Wednesday, February 15, 2012

Stesen kat umah aku..

Gambar dibawah memberi kenangan nostalgia, bila dikenang kembali, tempat aku bernaung disana untuk tempoh bertahun lamanya. Inilah stesen underground yang paling dekat untuk aku, kalau nak ke London. Mengambil masa hampir 40 minit kalau nak ke Baker Street. Selalunya aku tak bernasib baik, kerana bila sampai di Stesen ini, aku selalunya dah tercicir bas yang terakhir untuk ke Chalfont St. Giles (tempat aku menetap), dan akhirnya aku terpaksa jalan kaki balik, lebih kurang 2.5 batu (masa tu, memang orang UK ni, masih guna sistem tu, kalau Metric, aku tak pasti berapa km). Selalunya, aku akan beli tiket, all zone, lebih kurang 5.4GBP, itupun lebih kurang RM35 (mcm nak sama naik ERL). Tapi nak buat macam mana, dah memang tempat aku, walaupun, di'isytihar' sebahagian dari London, tapi tak termasuk zon yang tersenarai. Memang tersingkir la tempat kita orang ni kiranya. Tapi gambar ini, bukanlah Chalfont & Latimer, tapi Latimer Road. Cuma, ia lebih kurang sama. Aku ingatkan, dah bertahun-tahun ada internet, ada la sape2 yang akan uploadkan, tapi tak jumpa-jumpa pun. Yang ada gambar landasan, tapi tempat beli tiket, takde, Tapi inilah dia, lebih kurang sama je.
Keeretapi yang aku naik, warnanya merah, laluannya dipanggil 'Metropolitan Line'. Terhenjut-henjut naik keretapi ni, jenis yang besar sikit dari jenis yang biasa pusing-pusing dalam London. So, selalunya aku memang akan turun di Baker Street, memang last pun untuk line ni, dan dari situ, mulalah melilau pusing-pusing. Tempat favourite aku, biasalah, samada di Camden, ataupun tempat makan kat Angel.
Inlah tempatnya platform aku berdiri, kalau hujan, masa time winter, memang nak menangis, dah la basah, sejuk menggigil pulak tu, tak kira lagi, pastu nak kena jalan 2.5 batu, termasuklah barang-barang yang aku beli kat London, tangan dah penuh kiri kanan, ntah berapa kilo, berat baju winter lagi...agaknya kepayahan ini, yang mendidik aku supaya tidak mudah mengeluh, dan tidak suka merungut..
Inilah kerusinya dan inilah namanya - Chalfont & Latimer, walaupun disediakan, aku tidak pernah duduk disitu, samada basah, atau aku tak yakin akan kebersihannya...Biasalah, kat tempat sejuk dan hujan, sentiasa lembab, jadi tak boleh nak agak, apa yang melekat kat kerusi tu..
Inlah dia, tempat duduk, memang skema, masih warna purple yang sama, cuma corak dah berubah. Mickey Mouse tu memang takde la. That is so American, kalau nak fikirkan, ada plak kat dlm 'car' yang ini.. Map yang terpampang tu la jadi panduan. Ntah nape, aku ni memang tak boleh hafal kot, walaupun dah berkali-kali turun naik, aku tak pernah hafal...tapi, aku tak pernah silap pun. So, kira okeylah, tak pernah salah turun, atau masa interchange, tersampai kat tempat lain..
Bila keluar dari Stesen, kedai yang sederet inilah yang akan jumpa dulu. Aku baru je jumpa ni dalam google. Jadi, kalau masih ada lagi, aku memang kagum, dah hampir 20- 30 tahun agaknya.. Kedai optician tu, dan sebelahnya kedai Chinese Restaurant, dan selepasnya kedai gunting rambut. Aku pernah tanya, tapi mahal sangat, last last aku p kt Gerrards Cross, itu memang kat tempat lain la. Yang itu nasib baik ada bas, dari St. Giles
Aku tak berapa pasti, tapi rasanya, inilah flat aku dulu, memang sebijik sama. Tapi kita tak tahulahkan kalau-kalau pelanduk 2 serupa. Tapi disinilah aku menelaah, mengkaji, dan mengenal pelbagai ragam manusia dari seluruh Eropah dan Asia, termasuk juga kejadian yang berlaku disini. Teringat plak time aku sorang-sorang kat sini, masa musim sejuk selama 3 minggu. Memang gelap dan sunyi melampau. Agaknya kot, sebab tu sampai sekarang, aku tak kisah kalau gelap dan sunyi sorang-sorang..dah terbiasa masa kat St. Giles dulu. Kelebihannya, inilah saat saat keemasan untuk menimba ilmu, mengasah aqal, membaca buku yang payah-payah, yang mindanya teramat teruji, takde sape ganggu..dan bermuhasabah diri...yang aku duk, kat hujung sebelah kanan nun, kat tingkat paling atas sekali....tgk gak la, blok sebelah tu, orang gaduh2 ke, atau ape ape ke...samada patut atau tak patut ditengok....kwang kwang kwang... Lupa nak cakap, aku sebenarya duduk di St. Peter, lepas 6 bulan baru aku pindah ke St. Giles...Apa yang jadi kat St. Peter, itupun panjang ceritanya juga...
Alamat aku memang pelik, sebab tu sampai hari ni, aku pun tak dapat nak explain, sebenar-benarnya, aku duk kat mana. Bangunan ni, memang akan jumpa sebelum aku sampai kat flat. Jalan kat bangunan ni, kat tepi jalan ni la, aku melangkah balik dari Chalfont & Latimer station. Ikut alamat, ini dah memang Chalfont, tapi dipanggil juga sebagai Newland Park. Memang dulu, aku pakai 2 alamat ni pun. Nasib baik, takde surat yang salah sampai. Time tu biasa la, masih surat menyurat lagi, kan klasik sket...

1 comment: