Wednesday, April 13, 2011

Sibu - Sarawak

Sekarang, Sarawak tengah hot untuk pilihanraya disana. Semenjak kebelakangan ini, aku dihujani sms, dari orang Sibu (yang aku kenal baik), akan bagaimana perasaan mereka. Mereka yang aku kenali, cenderung untuk menyeberang ke sebelah satu lagi. Bagaimanapun, mereka ini, bukanlah referendum pada aku, ini cuma mereka yang aku kenal, dan aku tak kenal keseluruhan warga kat sana pun, jadi apa yang aku nak ulas ialah - corak pemikiran rakan Sibu aku ni dan juga cara dia menilai...

Dia seorang muda yang dewasa, berusia lewat 20an. Pernah duduk di Semenanjung, dan pernah juga duduk dengar ceramah ustaz yang datang. Dia amat memahami budaya disini. Kemudian dia pulang ke Sarawak, kerana sebab yang tidak dapat dielakkan. Dia mula membina kehidupannya semula disana. Disana, dia memang ada susur galur keluarga yang kaya, walaupun dia sendiri tidak kata dirinya orang kaya. Dia ada perasaan tidak puas hati kerana, tidak dapat mendaftarkan syarikat untuk menguruskan harta 'hasil bumi' milik keluarganya.

Dari awal lagi dia mengeluh, katanya, pegawai disana, lembab, tak layan orang, katanya pegawai disana (Sibu) ialah orang dari Semenanjung, jadi tak mengerti cara di sana. Aku tidak boleh komen, ini cakap dari luahan orang tengah marah. Tapi aku kata, kalau susah, sangat, datang lah ke KL, daftarkan syarikat tersebut. Tapi dia tak datang-datang pun.

Kemudiannya, dia mengeluh, katanya dia tak dapat ambil pekerja asing untuk bekerja di 'hasil bumi' keluarganya. Dia kata, dia kena 'hulur' supaya pekerja dia tak kena tangkap.

Kemudian, tibalah waktunya sekarang - Pilihanraya. Dia memang dah marah sangat dengan apa yang jadi pada dia, dia kata dia akan sokong sebelah yang satu lagi.

Aku cuma kata - 'marah pada pegawai, pegawai tu orang yang makan gaji, tapi yang dihukum orang politik'. Pasal apa aku cakap macam tu - pegawai tu, tak kisahlah kerajaan mana yang perintah, dia tetap kat situ sampai pencen pun, bukannya dia akan hilang kerja, bila kerajaan bertukar, jadi budaya kerja dia, kalau malas, tetap malas, kalau sombong, tetap kekal sombong, tak kira lah siapa Menterinya...'

Inilah dia, marahkan nyamuk, kelambu dibakar.

Dia complaint lagi, katanya, apa pembangunan yang ada di Sibu. Dia sms - 'abg dah datang Sibu dulu, tengoklah, dari time tu sampai sekarang tak ada perubahan apa2'. Aku jawab, setidak-tidaknya, rumah kat sana, lagi besar dari rumah kat Semenanjung (memandangkan dia ni orang bandar, duduk pun rumah batu tersergam indah).

Nasihat aku pada dia - 'jangan marah kerana kita tak dapat apa yang kita hendak, sampai kita pejam mata dengan apa yang kita dah ada' - belajarlah bersyukur..

Aku kata juga - aku juga banyak kali dimaki, di carut - marut oleh pegawai kat Putrajaya dulu, tapi aku tak boleh nak kata dia walaupun orang pentadbiran, dia pun sokong kerajaan. Tak semestinya. Tapi kalau kerajaan dah buat yang termampu, tapi masih nak dihukum, disebabkan 'hati terguris', itu boleh dibuat ukuran, sejauh mata kematangan kita ini menilai.

Jadi bila buat keputusan, disebabkan tersinggung dan merajuk, aku rasa, tahap kematangan menilai pemimpin, masih lagi keanak-anakkan. Budak-budak je yang cepat merajuk dan terasa.

Kalau mengikut kaedah pemikiran orang putih - protes itu boleh, tapi lakukan dengan cara yang berhemah, efektif, tetapi juga bukan sampai menumbangkan segala-galanya sampai saki baki manfaat yang boleh dicapai pun terhapus sama. Itu bodoh sangat kata diaorang. Jadi bila aku mendengar dia kata - 'kasi cuci bersih', aku cuma geleng kepala. Pada fikiran aku waktu tu - meruntuhkan sesuatu memang mudah, tapi nak membina semula teramat payah. Bagi yang memegang konsep 'vacuum cleaner ni', memang dia terlalu teoritikal dan tidak boleh merasionalkan secara berpada-pada.

Pepatah Melayu - buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
Konsep dalam Islam - Besederhana adalah yang terbaik - sebab tu nak makan, pun tak boleh terlalu kenyang)
Konsep Ekonomi - titik equilibrium (cari lah titik keseimbangan - bukan terlalu berlebih pada salah satu dari keduanya)

Tolonglah rasional sikit...Menjadi orang yang berpengetahuan kerana membaca - masih lagi teoritikal (jadi bila baca akhbar - telahan, tilikan orang lain, janganlah dengan secebis pengetahuan yang dikutip dari penulis tersebut, membuatkan kita angkuh jadi Professor serba tau).  Tapi yang paling payah ialah menghidupkan ilmu yang kita tahu...Itulah cabaran sebenar...

No comments:

Post a Comment