Wednesday, April 13, 2011

Corak Pemikiran

Di Jerman, orangnya terkenal suka 'complaint', serba tidak kena. Aku berpegang pada pandangan bahawa, disebabkan sikap mereka yang suka 'complaint' menyebabkan apa yang mereka buat untuk orang lain, haruslah yang terbaik dan memerlukan kualiti. Jadi, kita tidak terkejut akan popularnya Mercedes Benz.

Pernah aku bertanyakan kepada rakanku, kenapa, bila dia 'tersilap', dia akan menggelabah. Dia kata - 'sekiranya kita buat salah, kita akan terus melakukan kesalahan untuk membetulkan kesilapan yang pertama'. Ungkapan ini sama, seperti - 'sekali kita berbohong, kita akan sentiasa terpaksa terus berbohong untuk menutup pembohongan pertama'.  Aku setuju dengan falsafah yang dipegang oleh rakan bangsa Jerman ku itu.

Seperkara lagi -yang aku tidak akan lupa, akan kata-kata seorang lagi rakanku, juga seorang Jerman. Katanya - di Jerman semua orang adalah polis. Jadi, sebab itu jenayah kurang.. Semua orang memerhati yang lain. Cuma, aku rasa agak terkilan, sampaikan nak bagi itik yang berenang dikolam pun, menyalahi undang-undang sana.

Berbalik kepada soal - 'complaint', ia pasti akan menghasilkan tekanan minda bagi membolehkan kita mempersembahkan yang terbaik, bila berurusan dengan mereka.

Aku ingin mengaitkan dengan soal budaya kita. Aku cenderung untuk berfikiran strategik, jadi aku tidak begitu pentingkan soal-soal tactical bila perkara strategik ada didepan mata.

Jadi, kemampuan untuk 'membuat keutamaan', iaitu memilih, perkara mana yang lebih penting, dan perkara mana yang kurang penting secara tepat amat perlu. Sekiranya, aku bertembung dengan seorang pelajar, yang tidak pergi ke kelas, kerana terlelap, disebabkan pada malam sebelumnya, dia pergi 'dating'. I see that as a serious problem.

Begitu juga, aku akan menolong rakanku yang teraniaya, sekiranya berlaku musibah keatasnya, tetapi aku tidak boleh untuk menyokongnya sekiranya terbukti dia salah. Kekerasan Minda yang sebegini adalah perlu. Menolong supaya orang itu boleh membantu dirinya sendiri. Bukan, menolong sehingga orang itu tidak perlu buat apa-apa langsung. Bila dia akan belajar akan silapnya kalau bersikap lepas tangan. Tapi, ini juga ada didalam budaya bangsaku. Bagaimanapun, you do not need to break the rules, but you can bend the rules.

Kalau kawan aku 'dipukul', aku kena tolong hantar dia ke klinik, tapi kalau kawan aku bergaduh dan cedera, dan punca pergaduhan itu adalah tactical, seperti isu cemburu, contohnya. Then, sorry to say, I tak boleh nak layan. Memang aku boleh bagi kaunseling, disebabkan aku boleh bagi kaunseling lah, aku nampak, dimana usaha bergaduh tadi tidak sampai kemana.  Bagi yang beria-ia nak bergaduh, pada aku, itu lebih kepada soal EGO, satu lagi faktor tactical dalam pemikiran manusia.

Persoalannya, dimana Ego itu perlu diletakkan?
Aku tidak menjawab soalan ini sekarang, kerana belum terfikir akan contoh dan metaforanya. Tetapi, memang ada.

Sikap Sambil Lewa
Ini adalah juga antara sikap yang ada pada kita disini yang jauh berbeza dengan orang kat Jerman. Aku pernah ditegur oleh rakan ku yang memang terkenal dengan sikap - mementingkan santai dan leceh-leceh. Katanya aku ini macam robot. Dia juga mengatakan, yang kita ini, bukan macam orang Jerman, jadi tak perlu lah nak ikut sangat. Dia mengumpamakan sikap aku yang akan tergesa-gesa menepati waktu seperti orang yang 'kelam-kabut'. Semudah itu dia menilai, dengan kaedah menilai yang entah dari mana diterima pakai olehnya. Sekali lagi, aku melihat ini permasalahan ego...

Pada masa yang sama, aku juga kagum, bila dia sanggup bergaduh mempertahankan rakannya yang memang salah, contohnya 'kaki barang', yang bila dia dah 'high', dia akan terus bersantai dengan rakannya ini. Inilah yang membuatkan aku rasa kesian pada dia. Apalah sangat keseronokan bersantai dalam bilik sempit dia tu, dibandingkan dengan dunia yang luas terbentang, dia hanya perlu mengubah pemikiran dia sahaja.

Bila aku melihat akan aliran pemikiran dia, dan sikap menjulang libur dan santai. Itulah yang dia akan dapat, dan setakat itulah keseronokan yang dia dapat, hanya pada tahap tersebut. Setiap sesuatu memerlukan pengorbanan, jadi, kalau dia sanggup korbankan santai murahan dia, mungkin dia boleh pergi lebih jauh. Tapi, padanya - 'aku adalah aku, kau adalah kau'...

Jadi dia memasang prinsip dalam dirinya diatas platform yang salah. Kebenaran itu bersifat universal, 'main barang' memang salah. Bersantai itu tidak salah, tetapi berlebihan bila bersantai memang salah, hatta makan berlebihan pun adalah salah. Jadi kalau dah salah main barang, maka salahlah ia, tak guna menegakkan benang basah..

Jadi, pemikiran siapa yang lebih mempunyai roh keIslaman sebenarnya? Orang Jerman, atau rakan ku ini..

Aku tidak berkeinginan menJermankan diri aku. Aku cuma menghayati elemen yang sesuai, bagi membolehkan aku meneruskan keseimbangan hidup diantara Timur & Barat. Secara kebetulan elemen yang positif banyak aku belajar semasa di Jerman dan dari orang Jerman sendiri.

Sikap sambil lewa- bila nak buat sesuatu kerja, samada bertangguh ataupun berhenti-henti..kadang-kadang makan masa berjam-jam.

Mesti nak hisap rokok dulu sebelum meneruskan perjalanan. Aku tidak kisah akan rokok, tapi aku lebih pentingkan masa yang berjalan, kerana ia tidak datang kembali. Sanggup lewat semata-mata nak menghabiskan rokok sebatang. Bila aku kata. terlalu mementingkan 'feel sedutan asap' dari perkara yang emergency... marah pulak..

Manja - bila dia kena buat sesuatu, dia akan buat sesantai mungkin, bila disuruh lebih, katanya penat...Inilah lagi budaya dalam bangsaku, yang selalu buat aku marah...

Bila buat pun, mesti nak ikut mood...takde mood tak boleh buat. Bila tengah buat kerja yang serius, kawan panggil ada masalah 'bergaduh dengan awek', kerja pun sanggup tinggal...Satu lagi kesilapan gagal membezakan soal strategik (kerja) dengan soal taktikal (soal peribadi yang tidak akan ada penghujungnya..)

Jadilah bangsa kita ini penat dan semput, kerana semua perkara dikelam-kabutkan dengan bermacam perkara yang turut bertenggek..

Bila kita berkeras memisahkannya, kita dikatakan robot pulak...
Tepuk dada, tanyalah selera..

No comments:

Post a Comment