Monday, September 24, 2012

PGPF - Rohingya Conference

Seperti yang dinyatakan diatas, hari tersebut adalah hari yang tidak dijangka oleh ku untuk diminta hadir, walaupun agak-agak last minute. Aku pun datanglah, walaupun tak ready. Maksud tak bersedia adalah tak tahu apa nak buat, tapi datang tu mestilah, datang, kan seronok bila dapat attend forum cam gini, walaupun agak-agak terasing.. Ikhlas ye, jangan plak ingat tulis dalam blog, ada makna tersirat plak...Btw, pada yang tersinggung tak hadir tu, dengan izinNya, nanti akan dimaklumkan awal kalau ada lagi...k, pasti ada peluang lain kali..yang empunya diri, taw la sape..

Inilah gambarnya. Dapatlah juga kenal dengan Jacob (orang New Jersey, yang boleh berbahasa English, memang patut lah kan...tapi dia juga boleh berbahasa Mandarin, dan Indonesia. So, bila dia borak dengan aku, aku boraklah dengan dia dalam Bahasa Malaysia. Terror gak lah mamat ni speaking orang sini... So, dia dah balik ke Washington DC (dimana dia menetap sekarang), so tengoklah bila dia nak datang sini lagi. Aku nak ke DC? Erm...ntah la, blom ada plan lagi...



Gambar bawah ni, gambar aku tengah berbincang ringkas dengan Dato Badariah. Siapa yang mengenali Tun M, akan mengenali beliau. Very sharp minded, and down to earth person. So, aku dapatlah juga berbicara akan paper  yang aku dah buat (bersama dengan S/U yang aku selalu brandkan sebagai - dependable & reliable), termasuklah team researcher aku tu. Thanks to them all...How I wish this paper can help me pay my bills, but again, ini kerja NGO, so tak leh la kata ape ape...atas nawaitu yang ikhlas..


Yang duduk kat depan tu, salah seorang penyampai. Asalnya dari Myanmar, Universiti Mandalay. Kemudian disebabkan dia vokal tentang Junta, dia tak boleh balik rumah dia, (kesian kan), so dia terpaksalah menetap kat England. Seperti biasa la..., dia, very smart guy, p Oxford and a few more big names yang aku tak ingat dah..so, now a Prof kat Oxford kalau tak silap...

Cuma, aku suka penyampaian dia, very sharp words to depict the scenario, tak payah cerita panjang berjela. So, omputeh, in that sense...

So, bercerita tentang kekejaman yang berlaku dan ketidakpenerimaan oleh Myanmar dan juga oleh Bangladesh agak mengelirukan aku. Kenapa ye leh plak tak diterima oleh kedua-dua negara.

Aku faham, fokus forum adalah untuk mendapatkan keadilan. Cuma dimana PUNCA. Pada aku, punca perlu dikenal dahulu, barulah leh fikir pasal remedynya. Now, kalau Myanmar tak terima aku leh faham jugak. Tapi Bangladesh pun tak nak terima...well, it should be open to public discussion. Aku dah tahu, tapi tak kan aku nak cerita kot..setiap cerita 'berat' cam gini, kenalah ada fakta...

Inilah gambar aku dengan Prof dari UK tu...


Time tu dewan dah kosong, tapi tak kisahlah, aku pun tak suka ikut orang yang terlampau popular, pasal yang aku kejar adalah ilmu orang tu, bukan popularitinya...So, dia pun dengan tawaduknya ambil gambar dengan aku...Thanks very much to you Prof..

Selesai di Dewan aku pun, minta izin, nak ke pejabat di Yayasan Al Bukhary pasal beg aku tertinggal kat situ. Pada yang menolong simpan kan, thanks very much. I appreciate the help...inilah gambar orang-orang hebat yang tidak kenali umum..., kecuali yang no 2 dari kanan tu....k... dia tak hebat, cuma menumpang aje...


No comments:

Post a Comment