Wednesday, August 8, 2012

Majlis Anugerah Wanita Cemerlang

Melihat pada tajuk, mesti tertanya, apa kena-mengena dengan aku. Well, aku dipertanggungjawabkan untuk hadir. Makanya aku pun hadir walaupun keberatan. Maklumlah dah lama tak pakai formal, dan aku pun tak berapa serasi pakai formal- formal ni. Aku lebih suka bertshirt dan jeans. Senang la nak bergerak. So, dengan sikap yang sama, aku pergi ke Majlis tersebut.


Ini gambar selepas majlis, nak meninggalkan KLCC lepas dinner tersebut, tapi menghargai tetamu VIP (PM), so aku tunggu gak la kat karpet merah tu. Nampak tak sahabat aku yang bijaksana kat belakang aku tu.
Seperti biasa VVIP akan dikerumuni, dan memang bukan adab, budaya diri aku untuk berkerumun macam semut mengharungi gula. Setiap budaya ada cara menterjemah rasa hormat (believe me, I know this well, since I've lived in several different cultures/countries. Lagipun, PM tengah tunggu beloved wife nya. So, aku pun tunggu la sama kat belakang dia kan..takkan aku tak berhimpit sekali kat situ..Well, diaorang tu semua berstatus, dan I'm sure berpendidikan tapi kalau tak reti-reti jugak, nak menyelit sama...Too Bad..., tapi ada yang memang kena berada disisi PM, yang baju putih tu la. Itu memang prerogative dia kan. Wajarlah..

Tu dia, Najib bersalam dengan Najieb...kakakaka...Masa aku panggil dia, terus dia toleh, dia tanya 'how are you?', sebelum aku sempat jawab, that lady on my right dah menyampuk tak sudah-sudah...Well, takpelah aku rasa dia ada la kena mengena dengan Wanita yang dapat anugerah malam tu, walaupun bukan dia sendiri. Its Anugerah Wanita, so aku yang bukan wanita, dah datang makan free, elok bersyukur je, tak elok komplen2..tak molek lagu tue....;-)

No comments:

Post a Comment