Wednesday, August 8, 2012

London Eye

Inilah kenangan semasa naik London Eye, pada waktu tu masih baru lagi. Aku asalnya tak berminat sangat kalau tak pasal Zhenya yang beria-ia, pasal ibuku sendiri pun nak naik sama.
Jadinya, Zhenya la yang beratur membeli tiket untuk kami bertiga. Pada waktu tu, kami baru je pulang dari masuk melihat dalam Buckingham Palace. Semua yang mengenali aku, memang tau, aku ni tak berminat sangat nak bercerita pasal London, ataupun mengisahkan macam mana suasana didalam Istana Buckingham, walaupun aku akui, memang aku pernah masuk. 

Selepas keluar dari Istana, kami berjalan-jalan sambil cari tempat makan kat sepanjang River Thames, jadinya lepas tu, lalu la kat London Eye ni. So, macam yang dinyatakan diatas, Zhenya beria-ria elok naik, pasal ibuku akan pulang ke Malaysia 2 hari lagi. Jadi aku pun setuju aje. Pasal malamnya nak ke Bayswater untuk jalan-jalan sikit. Kalau buat yang berat-berat, memang penat la, pasal lusanya nak hantar ibuku ke Heathrow. 

So, berbalik ke London Eye ni, memang macam fun fair biasa je, cuma ia adalah sebuah kapsul dan boleh duduk kat dalamnya atau berdiri, sambil benda ni berpusing-pusing. Pemandangan, apa yang ada la. Semua yang kat belakang aku tu. Bagi yang biasa dengan London, boleh la nampak Big Ben sebelah kanan tu. Itulah sebelah House of Parliament. Itu je la nak citer dalam ni. Apa yang special tentang Big Ben, aku pun tak berapa ingat dah. Semuanya berkait dengan sejarahkan..dan aku ni pun bukanlah berminat sangat untuk menghidupkan sejarah penjajah pun.. Tapi ibuku puas hati la, kali ni punya trip, dia dapat ke Buckingham Palace dan sempat juga la ke baik London Eye ni. Kalau harapkan aku, hampeh la, aku ni tak rajin sangat dengan benda-benda macam ni. So, kredit pada Zhenya la pasal dia yang cadangkan, dan mengusahakan sampai menjadi..

No comments:

Post a Comment