Wednesday, August 8, 2012

Szeged - Hungary

Inilah gambar semasa makan, yang diambilkan oleh Prof Laszlo, seorang intelektual yang amat aku kagumi. Umurnya dah melebihi 75 tahun, bekas diplomat ke China semasa zaman wujudnya tirai besi. Untuk memahami sejarah Soviet, dan bagaimana orang-orang sepertinya melalui kehidupan, adalah terbaik bila dapat mendengarkannya First Hand.

Banyak yang aku fahami, bagaimana perit dan sukarnya pada zaman tersebut. Jadi filem yang aku tonton, berkaitan dengan suasana kesukaran semasa zaman tersebut, adalah sesuatu yang bukan sekadar dapat aku lihat, tapi aku dapat merasakannya berdasarkan pengalaman dari orang lama seperti Prof Laszlo.

Pada masa yang sama, walaupun melalui zaman sukar, tetapi pendidikan tetap diutamakan dan warga Eropah ini, tidak kiralah Hungary, Czech hinggalah ke Russia, prinsip menjulang ilmu tidak pernah luntur. Hingga hari ni beliau masih membaca, dan beliau akan menaiki teksi ke rumah, katanya untuk menaiki keretapi adalah agak memenatkan, dan ini adalah kata-kata seorang bekas Diplomat. Aku tak dapat bayangkan bagaimana wajah Duta Malaysia sekiranya bergayut dalam LRT untuk ke majlis di KLCC misalnya.

Well, it is just a wild thought. Memang warga Malaysia ni ada manjanya. Pada aku la. So, kalau ada manjanya, maknanya kita ni lebih mewah dan kaya dari Eropah la kan. Sebab tu kita boleh bermalas-malasan dan mengeluh bila berlakunya 'inconvenience'.

Pada masa yang sama, nak kata kerajaan tak bantu rakyat dan kejam pada rakyat. Aku rasa, penuh juga kereta kat jalan raya di Malaysia ni. Pelajar pun kalau lepas makan, tinggalkan je tray makanan pun rasanya tak salahkan. Masa aku makan kat kafeteria di Universiti Szedged bersama dengan Prof Laszlo, dia lepas makan, letak tray kat rak, aku pun ikut sama. Takde beza antara pelajar dengan bekas diplomat. Inilah antara budayanya. Tapi sebelum aku melalut lebih jauh, inilah gambar makan tengahari ditepi sungai Szeged dengan makanan yang dihidangkan 'Ikan' yang ditangkap dari sungai sebelah aku tu.

Terima kasih juga pada Prof Laszlo yang sangat merendah diri, sampai sanggup mejadi cameraman aku kat sana. Selain dari mengiringi aku sepanjang perjalanan dari Budapest sampailah ke Szeged. Agak-agakla, ada ke orang yang berstatus dan bertitle kat Malaysia ni yang macam tu....'tepuk dada, tanya selera...'

Makanannya - 1st Class. Aku bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan...

2 comments:

  1. Salam,

    Itu menunjukkan mrk menghargai kita & ikhlas,langsung tak fikir status diri. I think this is 1 of good value that communism brought in.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar. Ada good values dari pemerintahan sosialis tu. Dia sendiri takde kereta sampai sekarang. Naik keretapi dan teksi sahaja...

      Delete