Saturday, April 7, 2012

Pemimpin


Sementelah aku melihat didalam FB aku tadi, ada seseorang 'kerabat', yang saban hari akan menyiarkan gambar-gambar yang memperlihatkan 'darjat kerabatnya'. Pada peringkat permulaan, aku akui beliau berhak untuk menyiarkan, dan mengiklankan, akan susur galurnya. Sehingga ketahap, bila mana, terdapat gambar 'Crown Prince' tertentu, pun akan dinyatakan sebagai, sanak saudaranya. Aku sama sekali bersangka baik dan mengatakan bahawa beliau berhak untuk mem'broadcast' akannya...

Bila mana, hari ini, aku terlihat di FB beliau, yang mempersoalkan akan Slogan - 'Pemimpin berjiwa Rakyat', dan beliau memberi komen, slogan tersebut, sebagai salah, kerana pemimpin itu sendiri asalnya rakyat jelata...

Maka aku rasa terpanggil untuk melihat, membuka buku kembali dan membuka Wikipedia kembali, untuk melihat dimana dan apa maknanya seorang Pemimpin.

Melihat kepada Wikipedia ini - http://ms.wikipedia.org/wiki/Kepimpinan

Aku kagum, dan amat bersetuju apa yang dinyatakan diperenggan ke-3 berikut:

Selain itu, kemahiran melihat masa hadapan juga perlu kepada seseorang pemimpin dalam memainkan peranan utama bagi mencapai kejayaan sesebuah organisasi ke arah kecemerlangan.Pemimpin biasanya akan lebih selesa dengan suasana yang sedia ada tetapi sesuatu yang baru tidak akan wujud sekiranya seseorang pemimpin itu gagal melihat masa hadapan.Kemahiran inilah yang membezakan antara pemimpin yang berjaya atau tidak.Dengan melihat masa hadapan,pemimpin dapat meletakkan harapan yang mungkin hanya akan berlaku selepas beliau tiada lagi tetapi laluan ke arah itu dilakukan semasa beliau memimpin organisasi tersebut



'Kemahiran Melihat Masa Hadapan' mengikut petua yang diberikan oleh seorang pemimpin gemilang, dikenali sebagai Tun M, mengingatkan aku akan kaedah yang diguna pakai oleh beliau iaitu - bila nak melihat masa depan, kita lihat kembali sejarah yang telah berlaku. Pada masa yang sama beliau juga memanfaatkan kaedah pemerhatian (empirikal) untuk diguna pakai didalam membawa negara menuju ke hadapan. Kaedah empirikal itu sendiri adalah lebih rumit, kerana penggunaanya perlu mempunyai kematangan didalam mengenal pasti, dapatan yang ditemukan samada relevant ataupun tidak. Aku tidak berminat untuk mengulas lanjut, cuma lanjutan dari kaedah yang diguna pakai oleh beliau membawa kepada pemanfaatan masyarakat Malaysia pada hari ini. Bermula dari Slogan - Malaysia Boleh, kepadalah Wawasan 2020, menampilkan ciri-ciri akan kemampuan beliau menepati ayat yang terkandung didalam Perenggan ke - 3 Wikipedia diatas. Sesungguhnya juga, kerana seorang manusia itu bersifat dinamik, makanya, aku lebih cenderung untuk mengandaikan terjemahan dan juga pengembangan idea oleh Wikipedia tersebut lebih bersifat penceritaan (yang semestinya mempunyai ciri-ciri ketidaksempurnaan) tetapi, manusia yang layak dipanggil pemimpin itu sendiri lebih hebat dari apa yang dikisahkan didalam Wikipedia. Kalau mengikut cakap orang kampung aku 'do not pigeon hole' pemimpin tersebut. Makanya keluasan dan pertumbuhan kepimpinan didalam diri seseorang itu, sememangnya jauh melangkaui dari batas-batas yang tertulis didalam Wikipedia tersebut.

Merujuk pula kepada ayat sambungan itu iaitu 'peranan utama bagi mencapai kejayaan bagi sesebuah organisasi kearah kecemerlangan', aku juga ingin berkongsi didalam menyatakan bahawa sekiranya jambatan yang terbina tidak difollow through dengan baik, makanya kerosakan akan berlaku. Inilah yang diakibatkan oleh pemimpin selepas beliau. Sepertimana perenggan diatas menyatakan - Pemimpin biasanya akan lebih selesa dengan suasana yang sedia ada tetapi sesuatu yang baru tidak akan wujud sekiranya seseorang pemimpin itu gagal melihat masa hadapan

Ini adalah terbukti sekiranya pemimpin tersebut malas untuk berfikir dan merasakan kedudukan tersebut adalah sebagai anugerah, dan bukan sebagai tanggungjawab..

Makanya pemimpin tersebut gagal didalam erti kata sebenarnya didalam memimpin. Sesungguhnya adalah suatu kerugian besar bagi negara sekiranya pemimpin tersebut ingin 'tidak mengadakan sesuatu yang baru', makanya tiadalah sesuatu untuk diadakan bagi meraikan rakyat golongan marhaen. Contohnya bila pemimpin tersebut berkata 'saya tak nak buat KLCC lagi dah', dan pada masa yang sama, menyatakan hari Sabtu 'dicutikan' bagi membolehkan rakyat meluangkan masa dengan keluarga. Terdapat seorang pemimpin lain yang juga, ingin meniadakan perlunya masjid, maka hanya sebuah yang didirikan olehnya. 2 pemimpin ini adalah pemimpin yang bolehlah ditakwilkan sebagai 'gagal melihat masa hadapan'.

Ayat - Saya tak nak buat KLCC lagi, menunjukkan yang beliau sememangnya gagal berfikir diluar kotak kerana melihat penjelmaan infrastruktur tanpa melihat akan pembangunan sahsiah didalamnya. Apa erti sahsiah ? - kecukupan didalam berkehidupan. Makanya apabila aku menyatakan beliau gagal, ini kerana, pembangunan infrastruktur itu sendiri berjaya membawa ciri-ciri kemodenan didalam hidup masyarakat golongan bawahan. Kemodenan yang didatangkan tanpa perlu mengangkut rakyat pergi melihat kemajuan diluar negara, memberi keselesaan kepada rakyat (2 bangunan kembar tertinggi didunia, membolehkan landskap persekitaran untuk riadah bersama keluarga dan juga sebagai nyawa bandaraya untuk bernafas. Sesungguhnya aku kagum apabila terdapat pemimpin diatas yang boleh aqalnya itu 'shot sikit'.

Ayat - Bercuti pada hari Sabtu, kerana masa sesuai untuk diluangkan bersama keluarga, membayangkan betapa jauhnya jiwa beliau didalam memahami denyutan nadi rakyat zaman ini. Ayat beliau bersifat idealis, tetapi langsung tidak praktikal kerana, masa bersama keluarga tidak ditentukan oleh hari cuti. Masa bersama keluarga tidak diikat pada jumlah hari, tetapi kualiti masa itu adalah yang lebih penting. Kebersamaan bersama keluarga yang mempunyai kualiti boleh dirancang, tetapi ia juga boleh datang dengan sendiri. Makanya, ayat sedemikian lebih sesuai bagi kanak-kanak, makanya apabila pemimpin tersebut memberi ayat seperti bercakap kepada kanak-kanak, aku tidak terkejut bila beliau merasa boleh memperbodohkan rakyat. Sekali lagi aku kecewa kerana beliau bersifat seperti raja dan bukan pemimpin...

Mengulas kembali akan kata-kata rakan FB aku tersebut, jelas dimana ada kebenarannya. Tetapi, untuk beliau mengatakan penggunaan perkataan rakyat adalah hak milik raja secara mutlak. Makanya, ada 2 golongan lagi yang sebenarnya berhak untuk menggunakan perkataan rakyat, dan mereka bukannya raja iaitu Presiden dan juga Bangsawan.

Ketua Bangsawan adalah Bendahara, dan Bendahara itu sendiri pada hari ini, boleh dinukilkan sama seperti seorang Perdana Menteri. Melihat kepada peranan Bendahara itu sendiri adalah termasuk juga sebagai bertanggungjawab bagi pewarisan diRaja sekiranya Sultan meninggal tanpa waris dan bertindak sebagai penjaga sekiranya Sultan masih kecil. Makanya jelas, bahawa sungguhpun Bendahara itu tidak berdarah raja, tetapi mempunyai tanggungjawab yang besar kepada rajanya, dan makanya juga pada rakyatnya.

Aku berharap sangat supaya 'kerabat' tersebut memperhalusi lagi akan makna rakyat, dan pemimpin. Hari ini Hamengkubuwono masih lagi memegang taraf selaku raja, tetapi yang memimpin rakyatnya adalah Presiden Bambang. Sesungguhnya istilah pemimpin pada hari ini itu tidak lagi semestinya raja.


























No comments:

Post a Comment