Monday, July 21, 2014

Percaya pada Siapa

Keratan akhbar The Star hari ini, merujuk akan blunder yang dibuat oleh Putin, yang disenaraikan sebanyak 9 point.  Aku cuma ingin mengulas akan Point 4.

4) Putin and the Russian armed forces were criticised for the handling of the Beslan hostage crisis which lasted for three days, from September 1 to September 3 2004. The hostage crisis, which saw 334 of the 1,100 hostages killed during the rescue attempt by Russian forces began when terrorists of the  Riyadus-Salikhin Battalion, loyal to Chechen separatist warlord Shamil Basayev entering the School Number One in Beslan, and demanding recognition of the independence of Chechnya at the UN and Russian withdrawal from Chechnya.
Criticism was leveled at Putin and the Russian armed forces by Beslan survivors and relatives of the victims who focused on the use of heavy weapons such as rocket flamethrowers and tanks to break into the school and rescue the hostages, who were mainly children.


Semasa kejadian berlaku, ditakdirkan aku dalam perjalanan dari Moscow untuk pulang ke London. Aku masih ingat akan tragedi tersebut kerana ia dapat aku lihat secara terus dari kaca mata Russia. Pada hari tersebut adalah hari dimana sekolah dibuka, dan budaya Russia, kanak-kanak akan dibawa kesekolah dan pada masa sama membawa bunga untuk diberikan kepada guru mereka.

Pada hari tersebut berlaku kejadian tersebut. Aku melihat apa yang terpaksa dilakukan oleh pihak Russia dan aku bercakap dengan rakan Russia aku yang menyatakan, kemungkinan besar mereka itu sendiri tidak Islam tetapi menggunakan imej Islam untuk meraih emosi masyarakat dunia.

Persoalan :
1. Apakah masyarakat Russia tidak ada yang Islam sehingga mereka itu tidak merasa apa-apa tentang Beslan dan mendiamkannya?
2. Apakah kefahaman sebenar masyarakat luar tentang hidup di Russia itu sendiri, atau ia adalah melalui apa yang disuntik oleh media pro Barat
3. Tidak budaya memberi bunga itu kepada guru itu adalah budaya terpuji dan apakah kita mengatakan hari ini bahawa Russia itu kasar dan tidak berbudaya dan kita ini lebih tertib dan beradab dan berhak menilai mereka?
4. Penulisan ayat diatas merujuk kepada kritikan kepada penggunaan senjata, persoalannya, sekiranya senjata tidak digunakan untuk menentang pengganas, apa lagi yang boleh dipakai... apa beza dengan apa yang terpaksa dilakukan di Malaysia.. semasa 'sweeping and mopping' dulu di Lahad Datu..

Bila menulis perlu jujur dan perlu ikhlas.. Selaku akhbar berbahasa Inggeris tersohor, adalah mengecewakan bila menulis dengan condong kearah tertentu..

Kelengkapan ketenteraan kita juga, banyak dibeli dari Russia, begitu juga latihan angkasawan.. tetapi mungkin 'colonised mentality' menyebabkan kita buta akan apa yang kita telah dapat, dan terus mendakap erat Barat dan menelan apa yang medianya perkatakan..

4 comments: