Monday, April 8, 2013

Mesyuarat berkaitan Mushaf

Bila mendengar perkataan Musyaf ini, aku agak keliru, kenapa perlu adanya Mushaf tersendiri untuk Palestin, tapi selepas dijelaskan oleh Pengerusi, baru aku memahami, rupa2nya, di Singapura dan Malaysia pun ada. Well, ini adalah kelebihan penganjur, memang bidang mereka.

Tetapi yang paling penting, bila ditekankan akan diaspora Palestin, yang membuatkan aku melihat akan lebih jauh, dan doa yang disertakan untuk memastikan keamanan dan keadilan di Palestin. Inilah yang paling utama, disebalik usaha Mushaf Al-Quran ini. Kosnya memang ada, kelihatannya, itu tujuan utamanya. Tempoh adalah diantara 1 hingga 2 tahun.

Selain dari itu, aku tertarik dengan pandangan yang diberikan oleh salah seorang yang hadir di mesyuarat tersebut. Katanya - sewajarnya, hadis yang berkaitan dengan kezaliman turut dimasukkan, begitu juga dengan ayat  - ayat berkaitan di higlightkan untuk memastikan ia relevant dengan perjuangan tersebut.

Dan yang paling menarik, sahabat Restu mencadangkan pertandingan catur diantara Palestin dan diasporanya termasuk juga dengan Lawan Palestin itu. Pada aku, idea tersebut teramat baru tetapi amat menarik.

Itu je yang aku nak komen, untuk rujukan dilain kali..

No comments:

Post a Comment