Friday, February 25, 2011

Semasa di Negara Matahari Terbit

Sewaktu aku menatap kembali akan waktu aku di Takayama, pasti aku ingat kembali bagaimana 'lurus bendulnya' aku ini, kerana melihat Jepun dari sudut yang silap. Aku menyedari bahawa, untuk memahami sesuatu budaya, memerlukan penghayatan secara dalam dan menyeluruh. Berbekalkan pesan yang dah obsolete dan expired tidak memungkinkan aku boleh untuk menjiwai adat dan budaya yang sebenarnya. Aku juga dibebani dengan nasihat dan pandangan yang bersifat jumud kerana diikat dengan akal yang diwarnai oleh hitam dan putih. Adalah sesuatu yang amat malang, apabila keindahan warna-warna pelangi yang wujud didalamnya dinafikan (atau cakap bahasa pasar - kena rejek).

Samalah seperti mana, aku boleh menghargai lagu-lagu didalam pelbagai bahasa, walaupun aku tidak memahaminya. Ada 2 school of thoughts. Ada yang menekankan, adalah perlu kita memahami lagu tersebut dari sudut bahasa dan maksud. Aku menolak pandangan keras tersebut, kerana selain dari Bahasa, didalam lagu turut wujudnya Melodi & Irama (yang tak boleh dipisahkan). Apabila kita sendiri yang menyempitkan pandangan kita, maka kita tidak seharusnya, merasa malu bila dilihat seperti katak dibawah tempurung.

Sekadar menceritakan pabila melihat album ku semasa di Takayama - Shi. Wilayah Gifu, yang memerlukan hampir 5 jam perjalanan dari Nagoya. Untuk itu, aku merakamkan rasa terharu diatas layanan baik keluarga angkatku (Micasa & Akiko, serta adik-adikku Yuri dan Hironari).

Pastinya pengalaman mereka, menerima tetamu yang cukup asing dari segi budaya dan cara, mungkin adalah boon or bane. Tapi setelah bertahun-tahun. Aku bersyukur kerana mereka masih tetap yang dulu. Yuri & Hiro telahpun meningkat remaja. Mereka lebih dan semakin Jepun berbanding dulu (ini bukanlah suatu perbandingan samada baik atau buruk, tapi adalah mengkategorikan amalan budaya yang dididik keatas mereka).

Dengan IzinNya. Mungkin aku akan kembali lagi ke sana.

No comments:

Post a Comment