Aku mengenali Pasya sebenarnya, melalui Zhenya. Zhenya & Pasya merupakan sahabat karib semenjak dari zaman persekolahan tadika lagi. Pasya memang dilahirkan di Bratsk - Siberia, tetapi keluarganya datang dari sebelah Ukraine. Datuk kepada Pasya masih menetap di Ukraine. Jadi aku terbayang betapa jauhnya untuk Pasya pergi melawat Datuknya setiap musim panas. Tapi inilah juga yang aku kagum akan kekuatan semangat mereka di Siberia, untuk mengekalkan jalinan silaturrahim, mereka akan menaiki keretapi berhari-hari untuk sampai ke Ukraine. Malahan kini, Ukraine sendiri telah condong kearah Eropah Barat, maka ikatan persaudaraan ini, diwarnakan dengan persempadanan politik itu sendiri.
Gambar ni, adalah monumen, di Siberia, inilah bumi Siberia, sejauh mata memandang, kat belakang aku tu, hutan sebenarnya. Luas, seluas -luasnya bumi Tuhan ini. Semua menjadi botak, pasal dah bulan 10, dah pertengahan musim luruh pun. Aku masih pakai kasut yang aku beli masa di Romania lagi. Tahan juga kasut yang aku pakai. Pasya, memang sentiasa pakai macam tu pasal dia memang sportman, dia kena p gym 2 kali sehari, untuk dia dan untuk train anak buah dia. Aku pun pernah kena tumbuk dengan sorang anak buah dia. Tapi masa training la. Aku tak pernah bergaduh dengan diaorang ni semua. Harap-harap begitu lah sampai bila-bila..
Pasya memang antara yang paling rapat dengan aku dan paling ambil berat. Kadang-kadang isteri dia pun tak boleh nak kata apa, pasal dia tahu, Pasya selalu risaukan aku datang dari luar Siberia. Jadi aku amat berterima kasih dengan isterinya kerana cukup understanding. Dia tak pernah mengeluh setiap hari dia akan masak, dan siapkan hidangan untuk semua, dan aku, yang terlalu banyak pantang larang ni pun dia faham, yang kena ada coffee setiap 2 jam pun faham. Kat sana, mana ada instant coffee, so, kenalah brew kat atas dapur tu, untuk dapatkan segelas coffee.. Nak brew untuk secawan pun ambil masa dekat 20-30 minit. Aku pulak dibuat macam bos, aku nak buat sendiri kat dapur selalunya diaorang takkan bagi.
Bulan 6 ni, genap la umur dia 33 tahun. Aku ni memang gagal ingat tarikh lahir, tapi tahun selalunya aku ingat. So, nampak gaya aku kenalah check, samada dia balik rumah Datuk dia atau tidak. Yang lain -lain pun ramai juga yang aku kena tengok keadaan masing -masing, macam Alexander, Denis & Daniel. Semua ni, memang aku sentiasa berharap, dapat datang duk kat KL...
No comments:
Post a Comment