Thursday, April 14, 2011

2-2-2010

Gambarnya sudah terang lagi bersuluh, apa lagi yang boleh aku kata... Sikap berhati -hati tetap perlu ada, makanya kemahiran seperti perumpamaan 'melihat ikan di air sudah tahu jantan betinanya..' teramat perlu pada waktu ini
Ingatan yang bermain difikiran ku - cakap siang pandang - pandang, cakap malam dengar- dengar. Memang tertekan, tapi aku cuma manusia... Tiada gunanya sudah terantuk baru tengadah, jangan sampai pisang berbuah dua kali...



1. Hakikatnya...kehidupan penuh dengan liku-liku yang perlu dilalui..

2. Kalau takut dilanda ombak jangan berumah ditepi pantai..

3. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut, badan binasa..

4. Sesungguhnya lidah itu sendiri lebih tajam dari mata pedang, maka gunakan sebaiknya bagi membetulkan keadaan.. Itu kewajarannya hirisan lidah itu sendiri dari menyinggung... Gunakan untuk kebaikan...bukan untuk perpecahan...

5. Semasa aku belajar teologi, konsepnya adalah mencari kebenaran. Kebenaran tetap wujud walaupun yang bercakap itu mungkin tergagap..Jadi, mencari kebenaran melalui perbahasan bukanlah kaedahnya kerana yang tergagap tak mungkin lancar menyampaikan hujahnya..Apakah yang tergagap itu terlencong kebenarannya? Makanya, kesianlah pada yang bisu, kerana kebenaran yang diyakininya tak mungkin akan terungkap sampai bila-bila pun, walaupun mungkin kebenaran yang dimilikinya adalah kebenaran diatas segala kebenaran...

6. Bila aku bercakap untuk menyampaikan - aku sentiasa mengingatkan diri aku - biarlah sekiranya pandai, maka cakap aku boleh diikut, sekiranya masih bodoh, maka boleh aku ini diajarkan...

Pada yang memahami..ingatlah..langit tidak selalunya cerah..tapi bila awan mendung berarak..mentari akan menampakkan sinarnya kembali..walaupun pada waktu tersebut, kelihatan panasnya tidak ke petang, kerana hujan ditengahari.

Bagaimanapun, aku berdoa untuk tidak melalui saat-saat begini lagi... Walaupun aku cuma posmen... yang menyampaikan... Tapi, berani kerana benar, takut kerana salah.

Pesan aku pada yang bertanya pada waktu itu - tanya soalan bodoh, maka dapatlah jawapan bodoh dari aku. Bukan angkuh, bukan ego, tapi bila jatuh tersungkur, yang bertanya mungkin akan bertepuk tangan dari menolong...

Kawan ku dari Scotland pernah berkata - who said life is fair....

Kawan ketawa itu ramai, kawan menangis mungkin tiada...

No comments:

Post a Comment