Tulisan kali ini, bukan analisa profesional akan pru disana, cuma aku ingin berkongsi akan 2 perkara yang tak terduga...
Ada seorang rakan lama ku, telahpun berada di Bangkok untuk membuat pemerhatian...sebabnya...well, my friend is not a political analyst, tapi seorang pengusaha perniagaan...makanya.. penerbangan kali ini..adalah untuk beliau mengenal siapa yang bakal memimpin..dan berkemungkinan memberinya peluang perniagaan dinegara tersebut...berdasarkan kepada kata-katanya sewaktu aku makan dan minum dengannya di Cheras. Dia menyatakan..dia terpaksa pergi kesana kerana disitu adalah punca rezeki baginya.. Sedih juga bila dia menyatakan bahawa, di tanahair, usahanya ibarat mencurah air ke daun keladi...
Pada masa yang sama pula, seorang lagi rakanku, warga Selatan Thai, yang bekerja di kedai tomyam pula memaklumkan pada ku, dia diberi imbuhan oleh pelbagai parti disana, supaya datang mengundi, tapi dia tetap enggan, kerana menurutnya..ia tidak berbaloi kerana terlalu jauh semata-mata untuk mengundi. Tapi itu adalah haknya dan budi bicara dirinya selaku warga negara sana.
Rakanku yang di Bangkok, juga telah memulakan pemerhatian ke Indonesia, juga bagi sebab yang sama, iaitu seperti tujuannya di Thailand. Pada mulanya aku beranggapan, dia super ambitious, tetapi rupa-rupanya memang benar. Aku terkedu bila dimaklumkan (beserta bukti) akan siapa yang dikenali olehnya disana...
Well, akhir kata, semua usaha yang halal diredhai. Aku harap dia berjaya, kerana niat beliau ikhlas. Cuma dia selalu marah bila aku berkata - I pray that you will be sent to heaven quickly... (semoga anda akan pantas ke syurga) - tapi dia tahu aku bergurau.
Aku juga kagum akan tahap keimanan dan ketaqwaan didalam agama yang diyakininya sekarang iaitu Nasrani berbanding agama lamanya yang diselalu disebut (agama impot dari Asia Selatan)... Sungguh banyak perubahan dirinya sejak berkahwin, dan aku masih lagi merasa terkilan kerana sewaktu perkahwinannya itu, aku berada di Jerman... Apapun, bagimu agamamu, bagiku agamaku....
Selagi kita bernama manusia..selagi kita bernyawa ..selagi kita boleh bekerja untuk mencari rezeki yang halal...kemana jua pun kita pegi kemana jua pun kita tinggal...allah pasti akan bersama selagi kita tidak lupa kepadanya (allah)..
ReplyDelete