Tiada kata, selain dari mendoakan YABhg Tun Dr M, dipanjangkan umur dan beroleh kesihatan. Semoga mereka yang tidak menghargainya, sempat untuk menyedari bahawa, tidak ada duanya orang seperti beliau. Benar, pemimpin itu ramai, tetapi yang sesungguhnya kepimpinan yang lahir dari nawaitu yang luhur, kerana orang yang sedar bahawajawatan tinggi itu semakin berat tanggungjawabnya adalah orang seperti beliau.
Mungkin juga, kita terlupa, ramai diantara mereka yang berpangkat merasakan, lebih tinggi pangkat, lebih tinggi kenikmatan merasa kesenangan, seolah-olah pangkat itu adalah suatu hadiah. Sikap sebegini yang menyebabkan mereka, dibuai mimpi, leka dan lena. Akibatnya, mimpi indah berubah menjadi mimpi ngeri... Syukur, YABhg Tun masih ada, untuk menyedarkan mereka-mereka ini..
No comments:
Post a Comment