Apa yang dinukilkan oleh ryanbayucandra ini yang menarik minat ku untuk menonton filem diatas...
Kata-katanya tepat sekali - 'ridha', bukan 'pahala'... semoga mereka yang memahami, menepati pengisiannya...
Aku tertarik menonton filem diatas apabila aku membaca akan komen dari ryanbayucandra ini. Aku tidak mengenali beliau, aku juga tidak meluangkan masa, untuk terus mencari akan komen - komen lain yang datang darinya.
Cuma aku merasakan ingin untuk menyatakan -
Ayat beliau, menyatakan kebenaran hakiki itu dari hati nurani, dan yang paling penting adalah untuk mendapat redha Ilahi. Malahan, beliau menegaskan lagi, 'bukan pahala'. Aku lalu termenung sejenak, memikirkan, perkara yang sering terlepas pandang, tidakkah selama ini, kita dimengertikan supaya mengejar pahala? Mengumpul pahala sebanyak yang termampu? Mencari & Mengejar Ganjaran Ilahi?
Namun, ayat beliau membuka hijab yang selama ini hadir tanpa aku sedari. Betul seperti katanya itu. Mendapat redha itu adalah sememangnya perlu, jauh melangkaui pahala. Sesungguhnya, dengan keredhaan dariNya, barulah dengan izinNya akan hadirnya pahala. Sesungguhnya, Yang Maha Mengetahui, pastinya mengetahui keikhlasan kita. Penjiwaan ikhlas didalam pengamalan, didalam Amal Ma'ruf Nahi Mungkar, itulah yang memanggil kepada keredhaan.
Teringat aku akan kata - kata berikut : Sememangnya kita boleh dan harus mengetahui SAH atau TIDAK SAH akan ibadah yang kita lakukan. Tetapi, samada ibadah kita itu diTERIMA atau TIDAK, hanya yang Maha Esa mengetahuinya. Boleh diqiaskan, pada pengamatan aku, maksud ryanbayucandra ini ialah : TERIMA = REDHA.
Makanya pabila menyebut akan mengejar ganjaran, teringat aku semasa di Liverpool dahulu, akan topik ' Religion & Capitalism '. Bagaimana disuatu zaman dahulu, terdapat golongan yang berkemampuan, makanya, sedekahnya pasti lebih dari yang kurang mampu (jika yang berkemampuan itu mahu menandingi yang kurang mampu). Apakah itu bererti, ganjaran pahalanya lebih besar?...
Moga beliau dirahmati Allah..kerana membuka hijab yang membelenggu aqal ku..
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAamiin ya Allah.. Kebenaran dan hidayah datang nya dari Allah, terima kasih atas doa nya.. semoga kita semua adalah orang2 yang selalu mengejar ridha Allah swt.. salam dari saya sesama Muslim.. semoga terus bisa saling mengingatkan dalam kebenaran.. dan saling menguatkan dalam kesabaran.. Aamiin..
ReplyDelete