Sewaktu London Eye diwar-warkan, aku tertanya-tanya apakah kehebatannya. Dan sehingga kehari ini pun, aku masih tertanya-tanya.
Ada rakan-rakanku yang merasa 'marah', kerana aku tidak tumpang berbangga akan produk British ini. Padaku, ia cuma wheel dalam bentuk yang lebih besar, berbanding dengan yang aku lihat semasa di Gua Musang, Kelantan. Benar, sewaktu gambar ini diambil, ia berlatar belakangkan Big Ben dan juga House of Parliament. Salah satu mercu tanda kehebatan London (aku sehingga hari ini masih enggan menggunakan perkataan 'Kota London').
Kalau tidak silap, tarikh gambar ini adalah 2 hari selepas berlakunya tragedi 11 September di New York. Sewaktu ramai warga Amerika terkandas di London, dan aku masih lagi menetap disana. Kenapa aku boleh berada di dalam London Eye. Kerana menemankan ibuku yang hendak melihat keseluruhan London secara bird's eye view. Katanya dia 'tak larat' nak jalan kaki ataupun turun naik London Underground. Itupun, aku masih lagi gagal menghargai London. Cuacanya, Suasananya, padaku, amat membosankan. Kalaulah tidak kerana aku terpaksa berada disana, mungkin aku lebih rela berada di Eropah atau mana-mana tempat lain didunia ini.
Masih terbayang lagi, bagaimana kalut dan terkejutnya semua warga London (termasuk aku) akan kejadian 11 September. Masih ramai yang mengatakan, selepas New York, London adalah sasaran. Ia adalah satu pengalaman yang amat 'tidak ingin dikenang' sampai bila-bila pun. Selain dari deretan pengemis jalanan, termasuk juga mereka yang tak dapat bilik hotel, terkandas di London akibat ketiadaan bilik. Aku bersyukur, aku masih boleh pulang ke rumah di West London, selepas melihat apa yang berlaku di Central London. Aku taubat tak nak tengok semua ni lagi. Ini tak termasuk dengan penutupan stesen stesen Underground yang penting. Yang menyebabkan, aku terpaksa menapak dalam kesejukan untuk naik bas, atau mencari stesen lain yang paling hampir. Yang eloknya, banyak juga la exercise, tak perlu ke gym sangat.
No comments:
Post a Comment