Monday, February 28, 2011

Journey to Promethea

                              The Pain in his heart will drive him to an early death
                            I was standing here a little too early to believe your story
                            Now that he is here, I can finally be on my way
                           May the Gods welcome you with open arms to the realm of the living
                                   He will be all you need for the prophecy    
                                   I would rather be a liar than a filthy traitor
Bait - bait ungkapan yang menarik untuk direnungkan, mungkin minda akan lebih menjurus dengan penilaian grafik, tetapi grafik juga adalah perlu, bagi seseorang untuk melangkaui sempadan minda untuk melihat akan isi dan bukan semata-mata akan kulitnya.. Semoga kesarjanaan dan juga kemampuan ilmiah tidak disia-siakan..

 The Prophecy Must Be Fulfilled
Prophecy yang mesti, wajib & harus difulfillkan. Sangat berat pesananya.. 
We have occupied this land since the beginning of the Universe
Adalah wajib berjuang mempertahankan hak, memandangkan mereka telahpun menduduki tanahair tersebut sejak zaman-berzaman

My spirit will descent on the Mighty Warrior among you
Siapalah agaknya yang akan meneruskan perjuangan yang belum selesai ini..
Perjuangan mempertahankan hak bangsa, yang selalunya disalah erti sebagai assabiyyah..

Friday, February 25, 2011

London Eye

Sewaktu London Eye diwar-warkan, aku tertanya-tanya apakah kehebatannya. Dan sehingga kehari ini pun, aku masih tertanya-tanya.

Ada rakan-rakanku yang merasa 'marah', kerana aku tidak tumpang berbangga akan produk British ini. Padaku, ia cuma wheel dalam bentuk yang lebih besar, berbanding dengan yang aku lihat semasa di Gua Musang, Kelantan. Benar, sewaktu gambar ini diambil, ia berlatar belakangkan Big Ben dan juga House of Parliament. Salah satu mercu tanda kehebatan London (aku sehingga hari ini masih enggan menggunakan perkataan 'Kota London').

Kalau tidak silap, tarikh gambar ini adalah 2 hari selepas berlakunya tragedi 11 September di New York. Sewaktu ramai warga Amerika terkandas di London, dan aku masih lagi menetap disana. Kenapa aku boleh berada di dalam London Eye. Kerana menemankan ibuku yang hendak melihat keseluruhan London secara bird's eye view. Katanya dia 'tak larat' nak jalan kaki ataupun turun naik London Underground. Itupun, aku masih lagi gagal menghargai London. Cuacanya, Suasananya, padaku, amat membosankan. Kalaulah tidak kerana aku terpaksa berada disana, mungkin aku lebih rela berada di Eropah atau mana-mana tempat lain didunia ini.

Masih terbayang lagi, bagaimana kalut dan terkejutnya semua warga London (termasuk aku) akan kejadian 11 September. Masih ramai yang mengatakan, selepas New York, London adalah sasaran. Ia adalah satu pengalaman yang amat 'tidak ingin dikenang' sampai bila-bila pun. Selain dari deretan pengemis jalanan, termasuk juga mereka yang tak dapat bilik hotel, terkandas di London akibat ketiadaan bilik. Aku bersyukur, aku masih boleh pulang ke rumah di West London, selepas melihat apa yang berlaku di Central London. Aku taubat tak nak tengok semua ni lagi. Ini tak termasuk dengan penutupan stesen stesen Underground yang penting. Yang menyebabkan, aku terpaksa menapak dalam kesejukan untuk naik bas, atau mencari stesen lain yang paling hampir. Yang eloknya, banyak juga la exercise, tak perlu ke gym sangat.

Semasa di Negara Matahari Terbit

Sewaktu aku menatap kembali akan waktu aku di Takayama, pasti aku ingat kembali bagaimana 'lurus bendulnya' aku ini, kerana melihat Jepun dari sudut yang silap. Aku menyedari bahawa, untuk memahami sesuatu budaya, memerlukan penghayatan secara dalam dan menyeluruh. Berbekalkan pesan yang dah obsolete dan expired tidak memungkinkan aku boleh untuk menjiwai adat dan budaya yang sebenarnya. Aku juga dibebani dengan nasihat dan pandangan yang bersifat jumud kerana diikat dengan akal yang diwarnai oleh hitam dan putih. Adalah sesuatu yang amat malang, apabila keindahan warna-warna pelangi yang wujud didalamnya dinafikan (atau cakap bahasa pasar - kena rejek).

Samalah seperti mana, aku boleh menghargai lagu-lagu didalam pelbagai bahasa, walaupun aku tidak memahaminya. Ada 2 school of thoughts. Ada yang menekankan, adalah perlu kita memahami lagu tersebut dari sudut bahasa dan maksud. Aku menolak pandangan keras tersebut, kerana selain dari Bahasa, didalam lagu turut wujudnya Melodi & Irama (yang tak boleh dipisahkan). Apabila kita sendiri yang menyempitkan pandangan kita, maka kita tidak seharusnya, merasa malu bila dilihat seperti katak dibawah tempurung.

Sekadar menceritakan pabila melihat album ku semasa di Takayama - Shi. Wilayah Gifu, yang memerlukan hampir 5 jam perjalanan dari Nagoya. Untuk itu, aku merakamkan rasa terharu diatas layanan baik keluarga angkatku (Micasa & Akiko, serta adik-adikku Yuri dan Hironari).

Pastinya pengalaman mereka, menerima tetamu yang cukup asing dari segi budaya dan cara, mungkin adalah boon or bane. Tapi setelah bertahun-tahun. Aku bersyukur kerana mereka masih tetap yang dulu. Yuri & Hiro telahpun meningkat remaja. Mereka lebih dan semakin Jepun berbanding dulu (ini bukanlah suatu perbandingan samada baik atau buruk, tapi adalah mengkategorikan amalan budaya yang dididik keatas mereka).

Dengan IzinNya. Mungkin aku akan kembali lagi ke sana.