Tidak dapat aku bayangkan, seorang yang kurang upaya, tanpa kemampuan, dibiarkan seorang diri, hanya untuk menanti kematian datang.
Siang berganti malam, berganti siang.. di dalam rumah..didalam kegelapan malam..didalam kesejukan malam..dan celik mata disiang hari.. tetapi tiada yang datang kepadanya..
Kalau lah dia boleh berkata-kata.. apa yang mungkin dikatakannya..
Tetapi, apa yang bermain difikirannya semasa ditinggalkan kelaparan, dengan malam silih berganti.. Hanya Allah Yang Mengetahuinya.. sekiranya anak-anak lain mampu menangis untuk menzahirkan ketakutan, kelaparan, kesakitan... apa yang mampu dilakukannya.. bagaimanalah perasaannya waktu itu..
Hanya bertemankan yang Maha Esa..
Semoga dia terus dilindungi..
Syukur hari ini, ramai yang menyayanginya..
Sesungguhnya nasib manusia itu tiada yang mengetahui..