Monday, November 25, 2013

Fairmont Heliopolis & Towers Hotel

Semasa menanti untuk berucap, sememangnya aku nervous, kerana memang aku tidak menduga akan berucap di hadapan YABhg Tun M & Wife, Sheikh Al-Azhar termasuk juga Sheikh dari Canada.


Apapun aku bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar. Majlis adalah pada hari Sabtu, baru sampai hari Jumaatnya. Mesir, tidak seperti yang aku bayangkan selama ini. Well, I have never set foot in this country before, but I learned how things are over here. Semuanya kena diberi tip, beli air segelas kat warung pun kena bagi tip, beli top-up kat kedai pun kena bagi tip. Apalah nak jadi agaknya.

Jadi aku ucapkan syabas pada pelajar Malaysia di Mesir yang meneruskan kehidupan. Semasa aku sebagai perunding pendidikan lagi, aku masih tertanya-tanya akan keadaan dan kehidupan pelajar Malaysia.... biarlah jawapan itu aku simpan sendiri...


Inilah gambar aku memegang cheque untuk diserahkan ke Gaza. Agak gugup juga mengenangkan tanggungjawab, Alhamdulillah semuanya selesai, pulang sahaja dari Mesir, Presiden Mursi, digulingkan..sememangnya semasa disana pun, dah terasa akan 'kehangatan' akan apa yang bakal berlaku... Thanks pada PGPF Club dan juga pada Dr Omer, tak sangka aku yang bila dia jerit memang terkejut semua orang. Juga bersyukur sempat melawat Makan Imam Syafie, dan juga Husein yang tubuhnya ditempat lain dan kepalanya di Mesir. Inilah kekejaman orang zaman dulu. Tetapi, mereka juga yang melakukan ini, adalah juga Islam. Masih jelas diingatan apa yang disebut oleh Dr Omer Sallah kepada ku semasa mendoakan Saidina Husein..

. Kelakar (not being cynical), ada yg sms aku, tanya aku jadi MC ke kat sana.. well, aku bukan MC kat Mesir... it will be very costly kalau MC nak kena import dari Malaysia. 

Akhir kata, terima kasih to my Board of Trustees. Without their trust, to send me there, I would not have been there in the first place...