Monday, October 29, 2012

Pemikir

Pemikir itu, think tank kan... rasa-rasanyalah...
Waktu dipanggil, untuk menganalisa Bajet 2009, aku agak keberatan, pasal subjek ekonomi bukan 'kekuatan aku', tapi, aku setuju juga, pasal kena 'paksa'. So datanglah aku ke studio dengan ramai yang hebat2. Ada 20 orang semuanya. Aku rasa. aku yang paling muda kot.

Kelakar juga. bila melihat ada segolongan, yang mengambil kesempatan dapat masuk TV sebagai platform untuk mengembalikan populariti mereka. Populist la maknanya. Pada masa sama juga, aku rasa macam budak-budak sekolah pun ada.

Bagi yang mengenali aku, mereka faham cara aku - berbincang pasal ekonomi ke, sejarah ke, marketing ke, aku akan melihat orang yang berbicara itu juga (personaliti mereka, sikap mereka, nawaitu mereka, dan kejujuran, keikhlasan mereka selain dari - pengetahun yang mereka lontarkan pada aku). Pasal, aku mengharapkan pengetahuan yang terbit secara ikhlas, tidak diwarnakan dengan benda-benda yang mereka personally suka.., tak fair la.. dunia tidak akan mengikut kesukaan kita, tetapi dunia akan mengikut kehendak Allah, kita la mendepani cabaran untuk tetap berada pada titik kebenaran didalam menelusuri kehidupan yang ditentukan.. So, never paint a picture... that we are not the maker....


Aku juga ingin mengambil kesempatan disini, untuk mengucapkan terimakasih tak terhingga pada Dato' Prof Shamsul Amri, diatas input semasa perbincangan dengannya. Aku rasa, kalau tak ada dia, tak mungkin aku dapat melontarkan pandangan dan pendapat yang bernas (aku tak puji diri ok, memang ada yang sms aku kata, ada jugak la view yang fresh datang dari aku), lagipun kalau aku ni perasan bagus, takkan aku ucap terimakasih pada orang lain, dalam blog yang aku tulis sendiri. So, to Prof, and also another Prof - Dato Dr Zaleha. Thanks so much. I've learn a lot, in fact politician should learn a lot from you both..

Tapi biasalah Melayu kan... kenal sorang, dia anggap semua prof tu sama... No la... ada yang betul2 5 star. Kalau tak, takkan Prof Shamsul leh jadi Timbalan di Majlis Prof Negara... So, sebab dia 5 Star, dan tiap kali aku jumpa (mengadap) dia di pejabat dia belanja aku Kopi Panas, dia pun seorang yang bertawaduk, simple and brilliant at the same think. A perfect blend.

Prof, insyallah, aku will pay you a visit one of these days. Kita borak-borak lagi... Pasal computer games kot...kali ni...

Homme d'Affaires

Inilah kenangan semasa aku masih lagi menjadi Home d'Affaires bagi pihak Universiti di St. Petersburg, Moscow dan Hungary. Tidak mudah, tapi bila memikul tanggungjawab, merentas sehingga 3 Negara (Russia, Malaysia, Hungary) dan pada masa yang sama berurusan dengan semua negara ASEAN. Gosh, it was a nightmare. Siang dan Malam, sibuk, maklumlah perbezaan waktu...

Tetap, I am glad, I train my subordinate well. They learn, how to handle different cultures, they learn the correct way, dealing with varieties of cultures, mindset, no-nos, and of course communication and proper (universal) politeness. Something that one has to go through sendiri. Baru boleh faham. Excessively alert, reading body language sampailah eye movement....

So, kalau aku buat kursus besok, nantila aku maklumkan... it is interesting. Eye is the window to the soul. Aku tengok mata orang, aku dah tahu orang tu macam mana... (tak lah sempurna, tapi tahulah juga macam mana....), aku leh baca dari diri orang tu, melalui nada suara, melalui gerak tangan, samada dia jujur ataupun nak membelit... atau nak menpsycho... kwang kwang kwang... tapi aku pun nak kena belajar lagi nih....


Sunday, October 28, 2012

Pengkalan Udara Subang (PUK)


Inilah pengalaman menarik semasa menaiki Charlie ke Sarawak...

Semasa dalam perjalanan pulang, tak sangka pulak nama takde dalam sistem. Tapi akhirnya, dapat juga pulang ke Semenanjung...


Inilah Tag Bagasi, amat berbeza dengan Penerbangan Komersial.



Inilah programnya - Jelajah Aman Kampus Kenyalang...
Syabas kepada Tentera Udara DiRaja Malaysia... (TUDM) kerana menyediakan perkhidmatan yang cemerlang...


Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)


Ini adalah program anak angkat bersama keluarga orang asli di Kampung Kelaka, Jelebu, Negeri Sembilan oleh USIM (Universiti Sains Islam Malaysia). Para pelajar adalah pelajar tahun 3, yang baru selesai cuti Raya Haji, dan kebanyakkan bergegas pulang kerana program ini diberikan markah (wajib dan bukan sukarela). Mereka dipertanggungjawabkan untuk tugas daie. Pengajian mereka ialah Dakwah & Islamic Management. Kehadiran aku, adalah atas jemputan sahabat aku dari YADIM, kerana aku berminat nak melihat program burger YADIM, dan rupa-rupanya disekalikan dengan pelajar juga (macam AMAN KAMPUS). Hadir bersama ialah Prof Dr Yusuf, Dr Salah (Mesir), Encik Mohamad - pensyarah mgmt, wakil JAKIM dan aku, serta orang-orang YADIM. Aku ucapkan teimakasih pada YADIM kerana sudi menjemput dan menumpangkan aku untuk sampai ke Jelebu, Negeri Sembilan ini. 























Semasa di Ohio, USA

Inilah gambar aku berjalan2, semasa belajar MBA kat US dulu, rasanya lebih seronok disini dari di UK..


Masjid Irkutsk

   Inilah antara kenangan paling bermakna selain dari di Mekah. Pada waktu ini, aku sedang mengembara merentasi bumi Russia sehingga ke Siberia. Dalam perjalanan balik, aku terfikir, untuk mencari samada wujud atau tidak masjid di bumi Siberia ini, bandar ini namanya Irkutsk, hanya beberapa tahun selepas aku berada disini, timbul nama bandar ini didalam akhbar di Malaysia, kerana Panglima Tentera Udara Malaysia, membuat penerbangan membawa balik Sukhoi yang dibeli ke Malaysia dari Bandar Irkutsk ini. Sewaktu melihat nama ini didalam akhbar, di Malaysia, aku tersenyum sendirian, mengenang kembali, bagaimana aku disana, dan akhirnya, nama Bandar ini akhirnya diketahui (samada diingati, aku rasa tak kot) oleh rakyat Malaysia.


   Inilah gambar jemaah dimasjid tersebut. Jemaah tidak ramai, tetapi mencukupi untuk mengadakan solat Jumaat. Terdapat mimbar, dan semua makmum yang hadir. Pada awalnya, mereka ini agak musykil kenapa aku sibuk mengambil gambar, tetapi aku tahu, peluang untuk sampai ke tempat sebegini adalah sukar. Nak mencarinya aje, sudah hampir membuatkan aku sesat berkali-kali. Terutamanya, masjid ini, asalnya adalah Synagogue, makanya, penduduk sekitar lebih mengingatinya sebagai tempat ibadah Yahudi berbanding Islam. Semasa sampai, aku disapa, kerana, yang menjaganya, menjangkakan, aku ini, bukan Islam. Lalu, mengajarkan aku supaya melihat keliling, dan melihat jam solat 5 waktu mereka. Dia sudah amat berumur, tetapi bukti keimanannya masih utuh. Beliau mengadai nyawa untuk mengekalkan keyakinan imannya kerana zaman komunis, boleh menyebabkan beliau kehilangan nyawa.


   Inilah gambaran jemaah yang berfikir bagaimana untuk menjawab semua soalan aku. Bagaimanapun, perlu aku jelaskan bahawa, solat Jumaat di Masjid ini, adalah sama seperti di Malaysia, so, pastinya AhlusSunnah. Aku masih ingat, akan kebijak saan Imamnya. Katanya kepada ku : apakah anda mampu berbahasa Russia, Aku - geleng, Apakah anda boleh berbahasa Turki, Aku - geleng, Apakah anda mampu berbahasa Arab, Aku - geleng. Apakah anda boleh berbahasa Parsi, Aku geleng juga. Akhirnya, aku dan dia, bersetuju untuk berbahasa Inggeris.  Soalan aku ialah supaya mereka mengetahui bahawa aku ini rakyat Malaysia, walaupun menetap di England. Mereka akan musykil kenapa aku sanggup datang sejauh ini. Aku kata, aku adalah pengembara. Ayat terakhir yang tidak akan aku lupakan ialah ; bila anda pulang ketempat anda, jangan lupa akan kami disini. Hampir menitis air mata aku...., Aku berpegang pada janji, sehingga hari ini, aku akan menceritakannya, dan aku memastikan gambar ini tetap kekal. Syukur, zaman sekarang sudah ada blog... Bagi yang mengganggap cerita aku adalah pembohongan, inilah buktinya. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui...


   Inilah gambar makmum meninggalkan masjid. Meneruskan kehidupan masing-masing. Aku bertanggungjawab untuk bercerita pada dunia, akan kewujudan mereka, ini jauh lebih awal, sebelum Jejak Rasul TV3 meneroka bumi Russia lagi. Aku sendir pernah membawa cerita ini ke TV3, malangnya mereka perlu melihat nilai komersial, dan aku diminta untuk mencari sponsor bagi mereka ke sini. Makanya aku rasa 'kurang kena caranya'...

   Jadi, janganlah kita terus menghukum mengatakan, mereka ini tiada agama, janganlah kita riak, merasakan Islam kita lebih sempurna dan mereka ini jahil. Imam mereka sendiri mampu bertutur sehingga 4 bahasa. Taranumnya semasa mengaji, adalah sempurna, lengkap dengan waqaf dan ibtida' yang sempurna. Jadi, aku sentiasa mengingatkan diri aku ini, setiap kali aku mendengar mereka yang merasa iman mereka, mengaji mereka, ibadat khusus mereka sempurna, aku mohon pada Allah supaya aku jangan terikut menceritakan apa yang aku buat pada orang, kerana tidak mahu riak, bongkak, dan ujub disisi Allah. Biarlah manusia zaman ini menilai aku sebagai sekular dan sebagainya. Itu tidak mengapa, kerana Allah itu lebih mengetahui...

   Entahlah, pada aku, lebih baik senyap, sepertimana aku senyap semasa ke Mekah. Itulah diri aku sebenarnya. So dibawah ini, adalah gambar aku didepan masjid. Yang cukup daif, mengambil wuduk dari cerek air, kalau musim salji tak dapat aku bayangkan macam mana keadaannya.. ini adalah Siberia, bukan London, so musim sejuk berkali ganda dari UK. Tapi jemaah tetap tabah....


   Kata2 yang disebut oleh makmum supaya mereka tidak dilupakan dan pesan Imam Masjid ini, tidak akan aku lupa sampai bila-bila. Atas nama tanggungjawab, kisah ini aku ceritakan. Aku amat berharap, ada pihak dari Malaysia yang boleh membantu menaik taraf masjid ini. Bertahun-tahun aku berkongsi cerita ini, tapi tiada satu pun pihak di Malaysia yang tampil, TV hanya nak story je.. Tapi takpalah, kita bermegah dengan masjid kita yang besar dan hebat...kita condemn Russia, mengatakan mereka itu komunis, tidak tahu beragama, dan walaupun mereka ada masjid yang daif, mereka itu sesungguhnya lebih ikhlas...Janganlah dicop mereka ini Chechen, mereka adalah Russia sejati. Aku mohon, jangan kita reka alasan, untuk kita menyedapkan hati kita sendiri... Kalau begitu, kita ini lebih hina dari orang yang kita anggap jahil ini...

Wednesday, October 24, 2012

مكة المكرمة

   Pengalaman pertama kali aku ke Tanah Suci ialah semasa aku masih lagi menetap di London. Pada hari tersebut, masih aku ingat lagi aku duduk di Park Room (tempat kitaorang semua buat research), duduklah seorang hamba Allah yang menjadi PR Arab Saudi. Tanpa diduga, aku bertanyakan padanya - bagaimana nak ke Mekah. Lalu dia berkata - pergi aje dapatkan visa di Kedutaan Arab Saudi.

   Rumah aku agak jauh dari Central London, untuk dijadikan cerita, esoknya Abhi, akan ke London, lalu aku mohon tumpangkan passport dan borang yang aku dah ada, berserta tiket (zaman tu, tiket kena beli pakai telefon, dan aku berjaya membeli tiket murah, transit di Athens (Greece), sebelum menyambung perjalanan ke Jeddah.

   Abhi, dengan penuh innocentnya menghantarkan passort, tiket dan borang visa ke Kedutaan. Keesokkannya aku diberitahu, yang aku dah DAPAT VISA. Aku panik sekejap, pasal, aku takde duit langsung time tu. Aku berlari ke flat rakan Arab aku itu, dia keluar dan bertanya - kau nak pergi tak ke sana? Aku jawab - ya. Dia balas - abis tu kau takut ape?, aku kata - dwet takde, semua dah abis, gaji belom dapat lagi.. Aku ingat nak tangguh dulu tapi visa dah dapat pulak..

   Lalu keluarlah kata-katanya yang 'original' sebagai penduduk Mekah - 'kau jangan nak berniaga, tawar-menawar dengan Allah. Aku tahu, kau nak pastikan kau lepas thesis, viva, baru nak pergi sana, kalau tidak kau tak pergi, tapi kalau kau dah dapat visa, maknanya, Allah redha kau sampai, dan kau akan berada dibawah lindunganNya... (amik..betul2 dia cakap direct - tapi inilah orang yang memahami erti sebenar Kebesaran Allah)

   Aku terdiam, aku termenung, aku akur dan faham maksudnya...Aku pun bersiap sedia... Dia, sampai dulu di Arab Saudi, dia ada rumah di Jeddah, makanya dia kata dia akan ambil aku dari airport, dan bawakan aku ke Mekah... Akhirnya hari yang ditunggu pun sampai.. Kain Ihram aku beli di Baker Street, ada kedai disana, dan sebuah buku panduan, selebihnya, aku bergantung pada bapa rakan aku tu bila sampai kat sana nanti..

   Pada malam, aku bakal berlepas, aku berjalan2 sekitar Chalfont St. Giles, dengan Zhenya. Malam yang dingin, dan menceritakan detik2 perjalanan kami merantau ke England, dia dari Russia, dan aku jauh dari Timur dunia.., sewaktu dia berjalan, tiba-tiba dia meletakkan sesuatu kedalam kocek jaket ku. Aku merasa akannya, lalu aku bertanya. Apa dia - katanya - I know you have no money, I know you cannot borrow to go there, and I know you need money to survive, so, take this and do not say anything more... (Aku tahu, kau takde duit, aku juga tahu nak ke sana, kau tak boleh berhutang, tapi aku juga tahu kau perlukan duit untuk hidup, jadi, ambil duit ni, dan jangan fikir banyak2).

Bayangkan perasaan aku waktu itu. Seorang mat salleh Russia, yang beragama Orthodox Christian, yang memberi aku duit sara hidup untuk ke Mekah... Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui... Wang itu adalah sebanyak £100 (RM500 = Riyal 500). Itulah bekalan aku sepanjang tempoh aku disana.. Bagi yang pernah kesana boleh la bayangkan apa yang boleh aku dapat hidup sebanyak ini untuk 17 hari.. Aku nekad, berpuasa setiap hari, dan minum air zam-zam sepanjang tempoh tersebut...

   Aku pun booking Chilterns Cab, menunggulah aku sorang2 di tepi jalan, berbekalkan beg sandang, teksi mengambil aku dari Gorelands Lane ke Station Chalfont Latimer. Aku sambung lagi naik underground ke Heathrow. (Jauh bezanya kalau dibandingkan dengan kat Malaysia kan, yang menghantar pun ramai, sampai ke airport lagi, sedih gak la time tu, nak ke tanah suci, sebatang kara). Perjalanan aku ke Heathrow je dah ambil masa dekat 3 jam denga public transport, belum dikira naik kapalterbang, dan sehinggalah sampai ke destinasi.. dengan penat, dengan azan dan menjaga rukun & tertib berihram..Tapi itulah hidup orang merantau, tiada manja, tiada berleka dan bersantai...

Kapalterbang yang aku dapat itu kapal terbang Greece, so tak hairanlah aku kena transit kat sane..

   Kalau di Malaysia, kita selalu diingatkan perkara-perkara pelik. Orang kita suka nak dengar cerita magic show. Syukur, pemikiran aku tidak dibelit sedemikian kerana aku datang dari London dan aku pun tidak suka, kerana ini akan menggagal nawaitu orang yang nak pergi, pada aku lebih besar dosa lagi kalau ditakut2kan orang nak ke sana, cuma masih aku ingat, aku rahsiakan perjalanan ini dari semua orang kecuali kakak aku, sorang, akhirnya semua dapat tahu jugak. Pasal, kalau2 la kan, aku meninggal dunia kat sana, karang semua orang ingat aku kat London plak.

   So, dalam kapal terbang, dugaan hebat, kapalterbang bergegar dari take-off sampai landing, berjam-jam lamanya, buat pertama kalinya dalam sejarah hidup aku naik kapalterbang. Cabin Crew pun panik, diaorang sampai tak nak senyum lagi bila bagi makan minum, tanya nak makan apa pun tidak, terus letak je dalam tray lepas tu duduk. Aku dah mula menggelabah, sampai tidak aku ni ke Tanah Haram... Allah redha ke insan macam aku ni sampai ke sana...

   Kemudiannya, Akhirnya..sampai juga aku ke Athens... Waktu itu, sempat juga melihat-lihat bumi Athen, sebelum menyambung perjalanan ke Jeddah. Disebabkan destinasi aku adalah Mekah, maka, aku kenalah berihram dari dalam Kapalterbang lagi. Itulah yang aku kena buat, dan itu yang aku buat, so tempoh aku berihram agak panjang la ceritanya... Aku bawa seribu kerisauan, jutaan kesedihan pasal aku ni minoriti kat London, lepas tu kena gasak memanjang, Professor aku yang dari Cambridge tu pulak orang paling sombong dalam dunia (tapi hari ini aku berterima kasih dengan dia), sikapnya, nak fail kan semua assignment dan thesis aku... Aku pulak pergi, tanpa kemewahan..., kena kerja cari duit, duit yang dapat, cukup2 aje...kadang-kadang, tak cukup pun... Nak balik Malaysia time tu, pun takde duit, hikmah Allah, disebabkan tak berduit nak balik Malaysia, aku sampai ke Makkah dulu...

    Masa aku kata yang aku nak ke Mekah, ianya datang secara spontan, aku berpegang pada ketentuan Ilahi, kalau dah sampai masa, dengan izinnya, pasti sampai, tapi kalau tidak dengan izinNya dan KeredhaanNya...walaupun disponsorkan, jangan salahkan sape2 (so aku bingung gak la dengan sorang ahli politik yang marah bila dia tak dapat p sane, katanya isu dia disponsorkan untuk p Mekah dipolitikkan), pada aku, memang patut pun rakyat tanya, 1st - p sana, paling afdhal dengan usaha sendiri, 2nd - kalau Allah redha, dengan jalan kaki pun boleh sampai sana. Tak caye, tanyalah warga yang jalan kaki, mulakan perjalanan 6 bulan awal, so bila sampai betul2 time musim haji..ada insan-insan dimuka bumi ini yang buat sebegitu... Mereka ini adalah unsung heroes...syukur, pengalaman aku melihat dunia, dan sampai ditanah suci membolehkan aku mengenali, merapati mereka ini...

  Sambil aku menulis, baru aku terbaca, yang ada lelaki Bosnia jalan kaki ke Mekah, untuk Haji tahun ini, kan aku dah cakap...




So, inilah gambar aku dalam Ihram. Masa ni aku dah sampai dirumah di Jeddah, Belakang aku penuh dengan kitab, pasal bapa kawan aku tu, pangkat tinggi sikit dari ustaz yang mengajar agama, so rezeki aku la, belajar ibadah di Tanah Suci dari insan yang orang sana pun belajar dengan dia... Dia memang sporting, tak typical ustaz-ustaz convervative, dalam kereta leh main lagu omputeh lagi, takde la ceramah agama memanjang... Tapi, dia mengajarkan aku sesuatu, bermula dari ayat  ni..

“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
(Surah At-Thalaaq: 2 -3)

Sebenarnya, ayat ni dibaca kepada ku selepas pulang dari Mekah, so, patutnya aku tulis ceritanya hujung2 nanti..tapi takpe lah, nanti aku sambung lagi Part II

Sunday, October 21, 2012

PWTC - AMAN KAMPUS

   Semasa aku ke Sarawak, seperti biasa, aku memang agak keberatan, rasanya dah ditulis didalam artikel yang lepas-lepas. Kemudiannya, jadi terlebih seronok pulak.Tak sangka kebanyakan student semua senang dengan aku, mungkin pasal aku leh layan diaorang semua. Biasa la kan, aku pun macam budak-budak juga kadang-kadangnya..

   So, semasa di Sarawak lagi, dah dimaklumkan akan ada majlis perasmian ini, di PWTC - sebenarnya hotel sebelah PWTC tu, ape namanya, nama lama Pan Pac orang selalu panggil. Aku pun asalnya agak-agak musykil juga nak datang, bukan sombong, tapi segan. Memandangkan semua student-student tu ngam dengan aku, so aku pun datang la dinner tu...

   Semasa tunggu kedatangan DS Rosmah, meja sekejap penuh, sekejap kosong. Aku pun pelik juga. Kenapa la, VIP (aku pun duk meja VIP), ni macam chipsmore, sekejap ada, sekejap tak ada. Rupa-rupanya, pasal nak pastikan diaorang tu sambut DS Rosmah bila sampai nanti, sampai ada yang tengah minum, tengah borak terencat-rencat. Itu takpe lagi, tapi bila aku diberitahu (oleh informer aku) yang mereka yang semeja dengan aku ni, rupa2nya adalah pemimpin-pemimpin NGO yang meletak nama untuk AMAN KAMPUS (Logo mereka, kemana sahaja kami pergi, sape orangnya pun tak pasti...)

   Hampir je aku tersedak kat situ. Pasal ape, haram muka diaorang ni aku nampak masa kat Sarawak, aku yang kat sana sampai 2 minggu pun tak kenal bunian-bunian ni semua. Tetiba je, kt Dinner Hotel, muka masing-masing timbul, paling best, standby nak tunggu kereta DS Rosmah sampai (mark my word ye, kereta sampai taw, bukan orangnya - kalau orangnya, tunggu kat ballroom je la, dia lalu, salam la..., itu la yang aku buat pun, nak memenuhkan entrance ballroom tu buat apa..), but again, inilah MANUSIA *?*? !!!, tak kuasa nak menyebut akan sikap mereka-mereka ni. Cuma, kami yang sama2 mandi sungai berbuaya, duduk rumah panjang yang kat belakangnya ada kandang 'kerbau pendek', dah rapat, saling mengenali satu sama lain, semua pandang je - kerenah 'pemimpin-pemimpin bunian ni...'

   So, inilah aku.. bersama DS Rosmah masa majlis tu...



   Yang ini masa nak balik, so memang la jalan keluar sekali. Menghantar. Tapi masa dia datang, aku kat dalam Dewan, tunggu...



   See... kan senang kalau ikhlas.. tak payah nak senyum meleret... so sorry.. aku tak pandai mengampu dan tak bercita-cita nak berguru dengan sesapa pun untuk mengampu...


   Ini plak, aku memerhati, exco aku tengah bersalam dengan DS Rosmah. Aku rasa, elok kenal dia betul-betul, sebelum dengar propaganda.. biasalah, zaman ini penuh dengan fitnah, dan paling kelakar, fitnah datang dari sumber yang berimej warak. Macamana ye, matlamat menghalalkan fitnah... Apa pulak hukumnya bila 'orang berilmu' rasa, fitnah itu afdal bagi menegakkan haq. Macam mana pulak bila mengaibkan orang, itu bukan dosa gak ke.

   Baru je malam tadi, aku 'ceramah' sikit, masa lepak2 minum. Aku kata - kita kena jujur dalam berkata-kata. Pepatah Arab - kita dilahirkan dengan 2 telinga dan 1 mulut, makanya elok mendengar lebih dari bercakap. Lagipun, lidah itu lebih tajam dari mata pedang..

   Lagipun, menyampaikan tanpa mengetahui kebenaran itu, juga jadi agen penyebar, kalau cerita itu elok, takpe la jugak (walaupun tidak digalakkan), kalau mengaibkan, dapat dosa kering, free free jer...

   So, biarlah manusia nak berkata. Aku pernah berborak panjang (masa dinner AMAN KAMPUS - SERI PERDANA) dengan DS Rosmah, depan ramai (sampai trafik jam jalan carpet merah tu, pasal ramai 'bunian mengerumuni ke kereta', tapi pasal perkara yang aku borak itu penting, aku buat dek je, apa nak teragak-agak, kalau nawaitu kita jelas)...So, masa berborak itu, aku nampak kesungguhan dia...dan komitmen dia untuk negara. Tang ini, aku tak taw la berapa ramai yang nampak dan jujur dalam diri mereka....

  Moga Allah, bukakan hijab aqal mereka yang mudah terpesona dengan luaran (harfiah) dan moga mereka mampu melihat yang maknawy (yang tersirat) dengan manhaj yang jelas....













Dr. Surin Pitsuwan - HRH Raja Nazrin Shah (Lecture Series 2012)

The Role of Regional Networks In Humanitarian Aid


   Inilah program yang aku hadiri semalam. Program yang banyak memberi pendidikan pada aku. Tapi yang paling utama untuk aku nyatakan kekaguman aku kepada Dr Surin Pitsuwan yang merupakan mantan Menteri Luar Thailand. Sungguhpun dia graduan dari Harvard untuk PhDnya, dia tidak dibentuk dan dipengaruhi pemikiran yang bersifat orientalis, tetapi sebenarnya dia menjadi sangat oksidentalis. Ini yang aku nyatakan semasa berbual dimeja makan semasa lunch semalam.


   Inilah dia gambar tengah makan, asalnya aku makan sorang je, tapi lepas tu disertai oleh wakil dari Somalia dan dia menegur aku. Aku dapat juga bertemu dengan Datuk Patty Schubert, juga wakil UNHCR yang berada di Kosovo. Sajalah aku pun buka cerita macam mana aku pernah berada di sempadan Serbia dan juga sempadan Croatia, aku pun ada pengalaman sendiri juga walaupun tak pernah dalam misi keselamatan ataupun UNHCR (kwang kwang kwang...)

   Sebelum aku terlupa, aku puas hati dengan makan, dan kagum, semua staff fasih berbahasa Melayu, cuma ada 2 orang Melayu yang agak 'kasar perangainya'. Untuk sebuah hotel gemilang seperti Royale Chulan, pastinya aku merasa agak kurang wajar. Mungkin juga, mereka ini merasakan aku ni - cuma penonton je, so tak layak untuk melayan aku sgt. Berbanding dengan mereka yang bermata biru dan berambut perang. Tetapi, pekerja asing pulak yang lebih berhemah. Diaorang la yang ambil gambar aku ni. Tapi mungkin juga pressure kerja, menyebabkan sikap mereka yang begitu. Bercakap tentang penonton, well, aliran politik mereka, tak dapat aku ungkapkan, tetapi kalau mereka menyampah dengan aliran politik aku, nak juga aku ingatkan, yang funding yang mereka dapat selama ni, sape plak yang bagi. Tak payahlah nak cakap 'its our right to have it', kalau negara ni dah lingkup besok, right or without right, memang mengemis jugak nanti.

Dr Surin Pitsuwan - memang seorang yang articulate dan bagus ceramahnya. Dia mengenali Malaysia sepertimana dia mengenali daerah dan kampung disini seperti mana orang sini (ntah2 lagi elok dari rakyat negara ini sendiri), bila aku nyatakan, ada yang kata, dah memang dia Pengerusi AHA (berkaitan ASEAN) - sedih tul jugak dengar komen gitu. Tak semua orang yang ada jawatan tu rajin nak amik taw, ntah2 kampung belakang rumah pun, tak nak amik taw name ape. So, bila bercakap pasal ASEAN, dan dia boleh mengambil taw secara terperinci, ertinya dia ambil berat tanggunjawab dia. Bukan bermegah, berbangga = Aku ini So & So...., masalah la..so agak2 la pada yg kata tu. Nampak sangat penaakulan mereka itu agak singkat. 

Ntahlah, mungkin juga angle yang aku maksudkan dia tak dapat tangkap, so bukan salah dia. But, again, back to Dr Surin Pitsuwan. Aku akan pastikan next time, aku dapat dengar lagi ceramah dia. Dia ada quote Shakespeare, ada quote Buddhism dan Quranic verses (in Arabic okey..), much more sincere dari kes ceramah by non muslim politician kt Malaysia ni. Dr Surin's pronounciation pun very much like orang sini, when he says the word - Allah, or Insyallah, or even Alhamdulillah, it was so typical. Sampai orang boleh terfikir that he went to mengaji pondok. But he is the ex Minister of Foreign Affair.



I am sure, HRH Raja Dr Nazrin enjoyed the lecture himself. 

One thing, I have to comment, about the Doa (it was purely in English), makes it feel a bit weird. But, again, dari sudut mutasyabihat, aku rasa tak salah, cuma mental blok aku je rasa pelik. MC- he was good, kalau aku jadi MC time gini, memang aku rasa pressure giler...

Saturday, October 20, 2012

Kelab Belia Graduan 1 Malaysia - AGM 2

   Setelah 3 tahun, akhirnya sampai juga waktu AGM kali ke 2. Rasanya seperti baru semalam aku hadir, dan diperdengarkan tentang Kelab Belia Graduan 1 Malaysia ini. Masih jelas diingatan sewaktu idea ini ditimbulkan dan dibincangkan di PMO dan bagaimana rupa dan wajahnya sepertimana ia diilhamkan. Aku juga tidak akan lupa akan 'krisis kekeluargaan' yang berlaku didalam kelab. Juga, pastinya aku tidak lupa akan segelintir yang mahukan platform NGO ini digunakan bagi kepentingan peribadi.

   Setelah 3 tahun, barulah kita kenal, siapa kawan dan lawan. Akhirnya tempoh tersebut tiba untuk sekali lagi memilih kepimpinan baru.

   Sewaktu Pro-Tem Committe dulu, aku asalnya Ketua Biro, kemudiannya aku menjadi Timbalan Pengerusi (untuk jangkamasa yang singkat), kemudiannya aku memilih untuk 'step-down', dan kemudiannya dilantik semula menjadi Ketua Penerangan. Antara insiden yang aku tidak dapat lupa, termasuklah, terpaksa berdiri memberi kenyataan akhbar didepan PMO, pada waktu panas tengahari, dan juga akan kemunculan aku di TV atas usaha KBG1M ini, menyelongkar penyelewengan dan kami semua berada didepan pejabat SPRM. Banyak juga pengalaman 'berapi' yang dilalui, tapi ini semua adalah perjalanan hidup, dan kalau tidak, tiada warna-warninya hidup ini seperti pelangi, maka, jadilah ia TV Hitam Putih.

   Sewaktu KGB1M dirasmikan, ia adalah di Kementerian Belia & Sukan, dan aku baru tiba dari Jerman, dalam tempoh kurang 24jam. Atas memberi sokongan, aku hadir juga ke Putrajaya pagi itu, dengan pakaian rasmi ini.


   Inilah baju rasminya. Aku pakai baju ini, dan setelah tenggelam timbul, akhirnya aku menyarung kembali baju ini semalam. 3 tahun ini, suatu tempoh yang singkat. Tapi banyak memberi pengajaran. Mereka yang bersama dengan aku didalam gambar ini, baru lagi mengenali apa KBG1M. Tetapi mereka adalah kepimpinan baru, yang pastinya akan membawa perjuangan Graduan 1 Malaysia seantero negara.

  Pengalaman didalam KBG1M yang tercipta dipejabat No 1 Malaysia, dan Pro-Tem yang asal, yang banyak memberi kerjasama, dan juga kematangan didalam menangani suasana di Malaysia. Aku amat berterima kasih kerana bersama dengan mereka, aku bertemu dengan ramai graduan muda yang bijak pandai, yang tajam akalnya, yang memang taat dan setia pada negara. Inilah uniknya KBG1M. Mereka ini bertaburan diseluruh negara, menjalani hidup dengan penuh tawaduk, sebagai professional dan mungkin juga bukan professional (tetapi dengan kelulusan dan pengetahuan), dan bila dipanggil, barulah kita melihat kembali wajah-wajah mereka ini.

  Aku seronok, kerana dapat mendalami suasana pekerjaan mereka dan memahami industri dimana mereka terlibat, bidang yang aku tak ceburi. Ini antara perkongsian ilmu yang amat penting untuk kita mengetahui sejauh mana kita menelusuri zaman kita tanpa tercicir. Ramai juga yang tidak dapat hadir semalam di Hotel Palm Garden, Putrajaya. Tetapi, pastinya jasa mereka dalam ingatan ahli kelab.

Ini dulu, buat masa ini. Aku sendiri pun, walaupun selepas AGM, masih belum pasti akan kedudukan aku selepas ini.


   Inilah dia bergambar bersama, perwakilan baru, Aku pun baru mengenali mereka yang bertiga ini, yang merupakan Presiden MPP di Universiti mereka sebelum ini. Disebelah aku itu, Udesh yang juga baru pulang ke Malaysia, dan menariknya, dia antara yang turut bersama pada peringkat awal Pro-Tem dulu, dan lepas tu dia fly. Kali AGM-2, dia dah balik sini, dan menyertai semula. Aku duduk kat belakang, kemudian digesa untuk duduk didepan. Akhirnya aku pun duduk sebentar semasa mengundian dan berpindah kebelakang, nak makan la..kalau kat depan kenala sopan santun sgt... Aku duduk bersama mereka, dan Joe & Arief (satu tempat kerja mereka ni) dari Sunway.

   Yang paling kanan itu ialah aku, terlewat yang tidak dapat dielakkan kerana sebelumnya aku di Royale Chulan menghadir seminar HRH Dr Tuanku Nazrin, disampaikan oleh Dr Pitsuwan - bekas Menteri Luar Thailand. So, ke Jalan Conlay, awal pagi, dan selepas lunch, terus pulang dulu, ambil baju rasmi KBG1M, dan kemudian ke Putrajaya untuk AGM ini. Malamnya pulak, ATM vs Kelantan, so faham faham aje la..

Inilah antara kenangan tersebut



Inilah Presiden aku, yang aku boleh katakan sabar dengan kepala angin aku. Memang aku akui, aku memang sangat-sangat cepat 'panas', tetapi pada masa yang sama, mestilah ada sebab dan asas. Aku bukannya Lembu yang mendepani Matador. Aku bersuara berdasarkan apa yang sampai pada pengetahuan aku. Nama pun mesyuarat, so, kena lah berterus-terang. Cuma kalau, ada benda exco lain tahu, dan aku lambat dapat tau, manalah aku tahu ada benda lagi yang tercicir. Aku pasti boleh menerima jawapan dan pandangan, kerana aku dah lalui macam2 mesyuarat yang panas membara diluar negara. 


Inilah pula Setiausaha KBG1M - gambar bawah, yang paling aku kagum kerana istiqamah dan sabar dia. Istiqamah dia, yang dulu2, aku sendiri pun tak faham, hari ini selepas 3 tahun, barulah terbuka hijab aqal aku yang terlindung. Aku kagum kerana dia tak pernah hilang sabar, very cool guy. Memang extraordinary juga la. Banyak kali juga, dia tolong aku, bab ceramah ni, masa aku memang tak ready, termasuklah bidalan - Kalau Kucing Tak Bergigi, Maka Tikus Menari-Nari yang aku guna pakai di Y2020 dulu, dia lah yang perkenalkan. Cuma sekali je, aku pernah nampak dia 'marah' dalam salah satu mesyuarat, itupun, pasal mamat sorang tu, betul-betul provok.. Anyway, aku rasa, AGM semalam dah selesai, jadi aku ucapkan terimakasih dan syabas kepada (Presiden & Setiausaha) KBG1M. Sepanjang tempoh 3 tahun pertama ini. Moga, yang sekarang ini, akan bertambah lagi kemakmurannya.


Apapun, harapan & doa aku ialah, supaya KBG1M ini akan terus mara kehadapan mendepani, pelbagai rintangan, onak dan duri.. Pastinya, ia akan mengukuhkan lagi KBG1M sehingga mantap disuatu hari nanti..



Wednesday, October 17, 2012

Cinderella

  Sewaktu diminta untuk menolong meng'arrange'kan appointment untuk bertemu dengan Timbalan Menteri Kesihatan. Aku memang teragak-agak, pasal aku tak pasti boleh, disebabkan last minute request. Aku pun cuma, menolong kesinambungan sahaja, aku bukan Pegawai atau Setiausaha beliau. Tapi, atas dasar ingin membantu, aku pun mengorak langkah bertanya. Aku mulai dengan sms kepada salah seorang yang bekerja dengannya. Malangnya tiada jawapan. Akhirnya memandangkan rombongan yang meminta ini, akan pulang ke Korea, dan sanggup menunda penerbangan, akhirnya, aku ambil keputusan untuk menghubungi terus (bagi yang mengenali aku, memang tahu, perangai aku, paling tak suka cakap dalam telefon, aku lebih suka sms, mms. Kenapa? Entahlah, mungkin pasal aku pernah buat telemarketing lepas sekolah dulu, dan asyik kena sembur, kena maki dalam telefon, so aku pun phobia sampai sekarang).

Tapi kalau ber sms dengan aku pun, eloklah, habiskan ayat, jangan separuh-separuh. Susah aku nak reply, dan kalau aku pinjam sudut pandangan Jerman, orang yang menulis sms, sekejap-sekejap ni, dia tak plan betul2 apa nak cakap, dan it is not professional enough. Keras kan budaya Jerman...

So, inilah gambar Cinderella. Sebenarnya, appointment nak jumpa Timbalan Menteri adalah untuk memaklumkan kewujudan Cinderella Hospital. Kalau artikel aku tentang 'sketching gambar', aku minta dimudakan 10tahun - itu dalam gambar. Tapi, Cinderella Hospital akan betul-betul mudakan orang tersebut. Ini buktinya...


  Dari seorang yang 'kurang menarik' (takkan aku nak kata dia ni dulu hodoh lak) - kepada wajah dia sekarang ini. Hospital Cinderella ini di Korea. So, memang Pakar Surgeon dia, nak jumpa Timbalan Menteri, tapi rupa-rupanya, dia dah fly ke Korea masa appointment dipersetujui. Hampeh, penat je aku arrangekan. Tapi, bukan salah sape-sape. Persoalan misterius - kenapa pegawai yang aku sms tu tak jawap.... (nak election dah ni... sikap2 menyepi gini tak membantu bos dia, nasib baik aku kenal baik dgn Dato, terus jumpa direct). Ye lah, aku sms Pegawai hari Jumaat malam, sampai Ahad petang, senyap. Aku tanya Dato - Ahad petang tu juga, dan terus Dato setuju. Time Ahad petang tu, Surgeon dah g airport - flight sebelah malam. Tapi masa tu, aku tak tahu lagi Surgeon dah g airport.

  Anyway, thanks very much to Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Dia minta ke Parlimen, dan siap dengan lunch lagi. So, aku bersyukur la, dapat hidangan yang enak di Parlimen. Inilah gambar kami. Pergi juga, walaupun Surgeon tu takde..


  Dato Rosnah, amat busy hari tu, tapi masih sempat, jemput lunch bersama kami. Kesediaan dia berjumpa, last minute, amat bermakna. Inilah erti berkhidmat untuk rakyat. Tak taw la, berapa ramai lagi yang mesra rakyat macam beliau. So, gambar aku, Kak Ajie, Ms Angie dan Mr Lee. Aku doakan, semoga Datuk Rosnah akan terus maju didalam politik dan dilindungi Allah..

Irkutsk - selepas turun dari Tasik Baykal


 Dalam perjalanan pulang ke England, ada satu waktu tersebut, aku ditetapkan untuk berziarah ke Tasik Baykal (bagi yang tak tahu, leh tengok dalam Wikipedia, dan peta dunia, dimana letaknya Tasik Baykal ini). Untuk sampai kesitu, aku kena ke Wilayah Irkutsk (dan sememangnya aku kena juga ke Irkutsk - kalau tidak melalui Irkutsk, aku tak boleh sampai ke Moscow, dan kalau tak sampai ke Moscow, aku tak boleh sampai ke London).

So, didalam perjalanan mengembara merentasi bumi Russia, ini macam-macam yang boleh berlaku. Kebetulan pada hari tersebut, aku bertembung dengan pelukis ini. Aku meminta dia melukiskan gambar aku, dan aku minta 'dimudakan' 10 tahun. Kelakarkan, aku pun tak terfikir akan sebut pada dia. So, bila dia mula lukis, dia bergurau, sambil berkata, memandangkan aku ni muda lagi, dia kena lukis seorang baby, dan baby itu adalah aku...

Aku tergelak juga, memang cekap aqal diaorang ni, mengolah kata-kata...


  Inilah gambar sketching yang dibuat. Tapi sketching ini melalui perjalanan yang panjang. Teramat panjang. Aku terpaksa membawa sketching ini, dari Irkutsk ke Moscow, dan kemudian ke London, dan pulang kerumah di Liverpool. Semasa aku terpaksa pindah dari Liverpool, dan belum mempunyai rumah baru, aku terpaksa menumpang di Stockholm, so sketching ini, ikut aku ke Stockholm, Sweden. Selepas itu, aku pulang semula ke England, dan kerana tempat baru aku belum lagi diconfirmkan, sekali lagi, aku meninggalkan England, menuju ke Jerman. Selagi aku tidak yakin ada tempat yang sesuai untuk aku letakkan. Aku akan membawanya bersama, kemana sahaja. Akhirnya, dengan izin Allah, bila aku ke Kuala Lumpur, aku bawa sekali, masih lagi bergulung. Bila gulungan dibuka, dihantarkan ke kedai bingkai gambar di Taman Melawati (bukan aku, ini dibuatkan oleh bondaku). Akhirnya, hasrat aku tercapai juga untuk memastikan sketching ini dalam keadaan terpelihara.

  Inilah kisah sekeping sketching sahaja... Kalau aku nak ceritakan benda-benda lain yang dihadiahkan, yang ditemukan, boleh tulis satu buku rasanya.... Aku memang kena ada rumah sendiri untuk dikhususkan semua barang-barang ini sebagai kenangan masa akan datang. Boleh la buat buat muzium ya, dengan tiket bayaran masuk...


Monday, October 15, 2012

Syrian Uprising



Inilah dia semasa aku diminta menjadi Emcee untuk program menyambut kedatangan Mother Superior en route Kuala Lumpur to Australia. Thanks pada Kak Ajie for her staunch support. I was unsure how to address the audience, I was also a little unhappy when the humming came about, it is obvious, as I was moving away from the microphone, as I was talking. Anyway, I am glad to have it done.
Thanks to Syarifah for recording this by the way..







Düsseldorf

Düsseldorf adalah antara tempat pertama aku kenali di Jerman selain dari Koln. Aku sentiasa suka datang ke sini kerana suasananya agak berbeza. Lebih bersifat kemasyarakatan. Inilah takdir kan, aku memang tak pernah ke Bonn, atau Frankfurt, walaupun ada kawan disana. 




So, inilah suasana pasar pagi dihari minggu. Aku sempat la beli beberapa barang sebelum balik semula ke London. Masa time ni, memang aku boring-boring ke, aku akan ke Jerman, time tu murah dan tak jauh. Lagipun, aku rasa lebih diterima di Jerman dari di England. Kenapa? Pasal rakan-rakan Jerman lebih ikhlas berbanding yang di UK. Walaupun rakan-rakan Jerman ini agak pedas sikit (budaya menegur yang agak2 terlampau) tapi lebih teratur dan lebih jujur. Peringkat awal, kalau tak biasa memang susah la. Tapi lepas baik, mereka akan lebih mesra berbanding dengan British. Aku tak prejudis tapi, inilah hakikat.. 

Sapa-sapa yang nak memahami budaya ini dari kacamata Malaysia, leh datang kaunseling dengan aku. Pasal aku tahu, ramai yang tersekat bila berdialog. Pasal, angle dan perspektif mereka dan kita berbeza. 


Masih aku ingat lagi, akan seorang rakan Malaysia aku, yang bersungguh-sungguh nak ke German dan England untuk close sales bagi kilangnya di Semenyih. Masa tengah meeting kat sana (awal pagi di Malaysia - aku tengah tidur), berbunyi la handphone aku. Rupa-rupanya dia nak tahu makna BENELUX. Dalam mengantuk tu aku, tanya, dia tengah buat apa, rupanya dalam meeting. Sempat lagi call aku tanya. Aku pun kata - BENELUX tu gabungan 3 Negara


Belgium - Netherland dan Luxembourg. Well, ada banyak beza antara orang yang pernah duk sana, dengan orang yang bercuti. Inilah yang aku maksudkan masa aku kata kat dia, dia belum bersedia nak pergi bermeeting kat sana (bukan aku kata dia tak boleh berjaya, cuma dia belum pernah masuk dalam environment tu, tak pernah merasa sepak terajang orang sana lagi). Bertanya pada aku, memang aku tak kisah, aku boleh share, tapi takkan sama dengan pengalaman sendiri.


Tapi disebabkan dia berkeras nak pergi, aku katakan, aku bagi dia 70% success rate di UK, tapi aku kata aku cuma boleh bagi dalam 30% je di German. Aku kata, boleh speaking English pun, belum tentu boleh memahami pemikiran British. Ini nak cakap English dalam meeting di Jerman. lagi payah nak seal agreement. 


Betul juga, akhirnya dia terpaksa akur. Dia dapat yakinkan client di UK, tapi German bagi tempoh dia buktikan dulu produk dia. To make it short. Akhirnya kilang dia kat Semenyih, tak tahan lagi. Pasal kerenah Jerman. So, deal itu ter cut off. Akhirnya dia terpaksa membawa diri, bekerja di Temasik (Singapura la tu).


Sape-sape yang nak deal kat Negara2 belah sana. Feel free to ask me.. 

Bauman Moscow State Technical University

Yang bernama diatas itu adalah nama universiti tersohor Russia, kalau ikutkan adalah Ivy League disana. Masih teringat lagi masa aku bertanya pada Dr Faez Khaled di rumah Dato Shafie Apdal (masa majlis berbuka), apakah dia pernah mendengarnya. Katanya dia tak berapa pasti, tapi rasanya lepas dikisahkan akan Universiti tersebut, dia memahami.


So, inilah gambar aku menandatangani MoA tersebut. Pada waktu ini, aku belum betul2 pulang ke Malaysia, kerana aku nak pastikan MoA ini termeterai sebelum aku committed untuk pulang ke tanahair.

Masa aku dengan beliau, Vice Rector disana, aku kagum akan sikap rendah diri beliau. Memang beliau tidak langsung ada masalah. Semasa aku di Malaysia, dan aku maklumkan pada Kedutaan Russia, Setiausaha Pertama, Nikolay hampir tidak percaya, akan lantikan aku bagi pihak BMSTU ini. Tapi bila dia diperlihatkan watikah perlantikan, baru la dia kagum dan percaya. Inilah dia takdir, cuma waktu semua ini agak asing. Maklumlah, Angkasawan pertama Malaysia pun belum lagi sampai ke Angkasa. Jadi, pendidikan BMSTU yang berpusat kepada penyelidikan angkasa lepas itu memang amat asing bagi ramai pihak. Terima kasih juga aku pada Ekaterina, kerana beliau cukup prihatin dan memastikan majlis MoA ini berjalan lancar di Moscow.

Memang aku sorang je ke sana, dan aku ke sana bermaruah. Malahan, pihak sana yang menanti kedatangan aku pun, terima aku dengan cara kehormat. Jadi, aku rasa tak salah kalau aku 'take credit for it'. Macam mana penerimaan Malaysia. Well, itu hal lain, Malaysia kena berfikiran global. Setiap kali, aku didendangkan dengan perkataan 'komunis', aku rasa kagum tentang pengetahuan rakyat Malaysia ini.

Sikap prejudis itu menyebabkan kita tercicir, kerana kita malas nak mengkaji. Pernah secara berkias aku lontarkan pada pelajar IPTA. Soalan aku ialah - kita menghantar angkasawan melalui NASA ke, atau melalui Russia. Jawabnya - Russia, jadi, kenapa belajar Aerospace di luar Russia, macam di UK contohnya.

Soalan lain aku pernah tanya pada seorang 'auntie' yang nak sangat anak dia belajar kat England. Katanya - Eropah takde class.. So, aku kata kat dia, memandangkan dia orang 'berkemampuan'. Aku tanya - Puan ada kereta, katanya ada. Aku bertanya lagi - kereta apa - katanya - Mercedes. Aku bertanya lagi - kereta lain ada tak- katanya BMW. So, aku bertanya kenapa tak pakai Jaguar?

Dia masih gagal memahami maksud aku. Lalu aku katakan - Puan - Mercedes & BMW buatan Eropah, bukan England. Jaguar itu buatan UK (masa itulah), sekarang Jaguar pun buatan Jerman. Sedihkan, bila bercakap tanpa berfikir....


Friday, October 5, 2012

Y2020

Y2020 panggil aku untuk bagi ucapan sebelum student ni semua ke Singapura. So, dengan penuh keengganan, aku pun pergilah. Sebenarnya aku dah pernah ke Dewan Rakan Muda ni dulu, kat Puchong, tapi ntah nape, petang tu, tak jumpa-jumpa, fed up sangat, akhirnya aku telefon Adam, dia minta aku tunggu kat IOI, dia datang...senangpun hidup aku..dah la nak berucap...Tapi, ucapan aku kali ni, aku puas hati...

Dalam pada itu, facilitator dari IKIP, datang all the way dari Pahang je yang ada. Dia pun tak sangka cuma aku dan dia je nak berucap, cuma aku sangat terharu bila dia kata - dia tak pernah dengar ucapan macam yang aku buat.... So, nantilah ye..aku coretkan kat blog ni...

Aku pun terharu akan kisah benar yang diceritakannya di Pahang, kisah seorang anak, yang selalu dimarahi oleh ibunya, sehinggalah budak tu meninggal, dan semasa dimaklumkan, ibunya langsung tak sedih, katanya anaknya itu tak boleh diharap, sehinggalah satu surat dari poket anaknya dibaca, akan kisah bahawa anaknya itu tidak pernah berhenti kerja semasa sekolah untuk menolong dia dan adik2nya.. Sewaktu diperiksa tin milo, ada duit RM2,000 untuk adiknya 2 orang, dan dibawah bantalnya ada lagi RM2,000 untuk ibunya...

Budak itu meninggal kemalangan motor, usianya baru 16tahun, dan sebenarnya setiap kali ibunya membebel, dia keluar rumah, bukan untuk menjadi budak jahat, tapi untuk bekerja, antaranya di bengkel, dan juga kedai-kedai.....Tragik sungguh, sampai facilitator tu pun kata, dia tak sanggup lagi berdepan keadaan macam tu. Ibu budak tersebut, bila dibacakan surat tu (oleh adik Allahyarham), dan melihat duit dalam tin milo tu, dia meraung....didakapnya Allahyarham...tapi nasi dah jadi bubur.....

Inilah gambar aku, cuma, agak agak blur...nak buat camane kan....

Tajuk ucapan aku ialah

Siapa Kita di Mata Dunia

Aku mulai dengan bidalan -
Bila Kucing Tidak Bergigi, Maka Kucing Menari-Nari. 

Disusuli dengan 3 Scenario, dan aku bertanya lalu aku menjawapnya semula....



Perdana Leadership Foundation

Sebenarnya, selepas di PGPF untuk program Mother Superior Agnes, pada hari yang sama, aku shoot off terus ke Putrajaya. Yang kelakarnya, masa di PGPF, memang aku ada bersalam dengan Dato Badariah. Dia terkejut, bila tau aku kena MCkan event ni. Katanya - how did you get drag into this?, the best part, bila dia kata - aren't you supposed to see me...kwang kwang kwang... Aku ingatkan dia dah tahu yang aku kena MC, rupa-rupanya belum jelas..tapi selepas tu aku taw dia dah taw...


Pasti tahu kereta sape kan..Tun Mahathir p US, so masa aku p PLF, kereta ni ade, aku pun amik la gambar same. Berhajat, bila la nak dapat satu... Masa time ni, kitaorang memang dah menanti Dato Badariah. Ceritanya, masa aku tengah melayan, bergambar dengan Mother Superior tu, Afiq g tanya pada Dato, samada nak meeting di PGPF atau di PLF. Dia kata, di PLF, tu yang aku terus shoot denga Afiq ke Putrajaya...

Memandangkan kami sampai lebih awal dari Dato, so, berjalan-jalanlah kami...

Inilah dia, suka-suka aje. Kebetulan tengah duk pk ape nak buat. Last-last solat kat Bilik Solat PLF, terus duk kat situ, tapi lepas lama sangat, Afiq ajak p ke Library PLF. So disini..


Dapatlah aku melihat tulisan tangan Tun M, yang menjadi minat aku untuk tengok camane rupanya... Dan sempatlah belajar sikit dari Datin Latifah, akan macam mana minatnya Tun M ni dengan buku, dan juga bagaimana Tun M boleh membaca buku yang teramat boring. So, memang mental stamina Tun M ni luar biasa..


Inilah aku bersama Datin Latifah. Banyak aku dapat belajar, yang aku paling kagum kerajinan dia untuk memastikan semua khazanah negara (yang kat belakang aku ni) terpelihara. Sesungguhnya memang memerlukan komitmen yang tinggi. Tapi, Datin Latifah memang sangat sangat komited akan kerjanya, sampai pernah disebut oleh Dato Badariah - katanya - kenapalah teliti sangat nak menyusun semua ni, tapi inilah sifat setia Datin Latifah pada Tun M dan negara. Padanya, ini adalah Amanah, dan perlu dijaga untuk generasi akan datang....Insyallah, aku akan datang belajar lagi tentang khazanah ini semua...Dan untuk makluman, setiap kali barang belakang ni, siap dikemas, siap di tag, di label, dan di indexkan, akan datanglah koleksi baru untuk Datin Latifah selesaikan lagi. Beliau dah bekerja dengan Tun M, sejak tahun 1985 lagi, katanya, inilah dia semuanya, dan semua ni dalam ingatan dia, kalau ditanyakan oleh Tun M, dia mesti tahu kat mana barang tu, walaupun sebatang PEN. Well, just imagine, disiplin yang cukup tinggi...


Ini dia PEN, tapi ini bukanlah khazanah negara, ini adalah pen kegemaran Tun untuk dia menulis, dan pen ini memang sentiasa ada untuk Tun M pakai...

So, inilah cerita semasa kat PLF hari tu, waktu tu, ada pulak Imam Madinah datang, sebab tu Dato Badariah nak balik ke PLF dari KL, cuma, ditakdirkan, dia tak dapat hadir (esoknya, bila aku ke PLF semula - Dato Badariah minta maaf, dia ada perjumpaan dengan Tan Sri Norian Mai), well, memang Tan Sri adalah Pengerusi PGPF, so memandangkan dia ada hal dengan Dato Badariah, tak sempatlah Dato Badariah nak ke PLF petang tu. Aku pulak, tak amik peluang bergambar dengan Imam Madinah tu, tapi amik gambar dengan Reverend, silap2 karang, ada lak yang kutuk aku...Biasalah kan kat Malaysia ni. Sebenarnya, aku pun tak berapa yakin, nak ke Imam tu amik gambar, dulu masa aku kat Madinah, katanya ambil gambar tu haram..so nak buat macam mana....

Sempat juga jumpa Pn Zarina, GM PLF, bila dia tahu, aku MC kat PGPF, katanya boleh kat PLF pun, 19hb Oktober 2012 nanti...Eh....bukan ke aku ada tamu dari Korea...ermm.....terbusy pulak aku bulan ni eh....