Tuesday, September 25, 2012

Persatuan Bahasa Cina (TARC)

Inilah kad keahlian aku, masa aku belajar kat Kolej Tuanku Abdul Rahman dulu.
Pada aku, TARC adalah antara tempat terbaik aku pernah belajar, dan memberi banyak pendedahan. Peliknya aku ini, adalah student yang tak rajin macam yang lain. So, time diaorang semua tengah busy belajar, time tu la aku datang mengacau, tapi apa pun, dari diaorang semua ni, aku takkan lupa pengalaman bersama, duduk dirumah mereka yang biasanya dipanggil student house.

Macam rumah student dari Miri (Chee Kiong, Poh Yan Ping, Robin Wong Mun Kit + Vincent Wong Sze Zue dari Kedah). Masa aku kenal diaorang, aku langsung tak tahu diaorang semua dari top independent chinese school dari seluruh Malaysia. Jadi, kenal dalam satu rumah, aku ter'kagum' dengan ketajaman akal, aku rasa time tu, aku la yang paling bodoh. Dah la aku tak tahu diaorang ni top student, lepas tu, target focus diaorang dah jelas.

Chee Kiong antara orang paling rajin aku kenal dalam dunia, akhirnya dia tamat ACCA juga dan kemudian ke Singapore... Yan Ping pulak dari awal dah cakap kat aku nak p UMIST atau Imperial College, and memang dia sampai juga ke Imperial. Well, itulah bila tiada keistimewaan dan dimanjakan, semua dirancang awal2 dan usaha sebaik mungkin. Inilah nilai positif yang aku belajar dari mereka. Walaupun aku satu-satunya minoriti, tapi pengalaman aku, antara yang paling menarik.

Paling best bila aku sentiasa dijemput untuk semua acara, dari birthday, ke moon cake, cuma CNY je tak dapat, pasal diaorang semua balik kampong. Ada la juga kemudiannya aku pergi, tapi hari ke 2- ke 3 macam tu.



Jadi bila aku dah serasi, aku memang tak rasa terasing, malah aku jadi sebahagian dari keluarga diaorang. Rumah yang satu lagi, penuh dengan student dari Pahang macam Desmond Hoon Chin Keat - Ketua Rumah, kemudian Siu Juan, Mie Mie, lepas diaorang grad, batch baru masuk rumah tu, termasuklah budak2 dari Johor pulak, macam Bernard, tercampak pulak sorang Veen Senn (junior sekolah aku).

Ada juga love affairs macam Mui Kin dan Juh Kwee. Disebelah rumah diaorang ni, rumah Wan (dari Institut Megatech), antara yang paling rapat dengan kami, Wan ni Melayu, dari Kedah, dia duduk situ dengan mak dia. Adik beradik dia semua dah kahwin. Aku ingat lagi, projek kolej dia buat Go-Kart, memang jadi, tapi bingit teramat. Lepas tu aku tak tahu dia dimana sekarang. Masa baru-baru kenal, dia ingat aku ni Cina juga, macam diaorang yang satu rumah. Agaknya pasal dia tak pernah dengar aku cakap Melayu kot time tu...so, dalam kad ni, aku saja padam nama aku dalam tulisan latin, bagi yang boleh baca tulisan cina, silakan lah k...

Kisah Wan ni, agak tragik sikit. Aku doakan dia berjaya. Selepas aku tinggalkan TARC, aku pun tak kerumah jiran dia lagi. Jadi aku pun lost contact, pasal aku pun takde kat sini lagi.., antara rumah lain, yang aku selalu gaduh, rumah Ho Aik (Ketua Rumah) - kalau cakap dengan dia memang berbahas panjang, tapi semuanya ok. Dalam rumah tu, tiap-tiap minggu ada Bible Studies. Diaorang nilah Navigator. Aku dulu pun tak faham sangat.

Tapi sekarang aku dah tahu la apa dia. So, gambar-gambar diaorang masih dalam simpanan aku. Aku rindu gak nak jumpa diaorang semua. Rumah yang satu lagi - Rumah Kedah (Ping, Goh Cheong Ho, Bong Fean Loo dll) - paling aku respek. Aku ni junior diaorang, memandangkan aku ni special - satu - satunya Melayu. Diaorang la yang paling ambil berat, jaga aku kat Kolej dulu, termasuk la Lim Eng Han dari Johor. Aku masih berhubung dengan Goh dan Bong. So, kalau dengan diaorang, aku masih boleh contact semua yang lain. Cuma Leong sahaja, yang terus ke Hong Kong, dan kerja disana. Selain dari konteks ini, antara yang lain termasuklah Alan Lee, dan Alex Mok, Alex Mok terus menetap di Taiwan, dan membina hidup disana. Aku doakan dia berjaya.

 Dia dah puas hidup susah, kali terakhir dia datang waktu ibunya meninggal. Aku ingat lagi macamana aku kena jemput mak dia kat Jusco Maluri pasal waktu tu dia menetap dengan kakak dia kat Miharja Condo. Dia minta tolong aku, pasal dia takde kereta dan dia tak tahu macam mana nak pergi ambil. Selepas itu dia ke Australia - kerja macam tak ingat dunia, cari duit dan belajar (sama la macam aku kat England). Bapa dia menetap illegal disana dulu. Jadi dia pun tak berapa kenal sangat. Aku juga yang hantar dia ke Airport waktu tu.

Inilah kehidupan. Pelbagai warna. Ramai yang aku dah temui, dan ramai juga yang dah mengecap kebahagiaan. c'est la vie...

Monday, September 24, 2012

Berjaya Times Square

Hari ni pulak, forum by Tun M, untuk semua CEO yang hebat hebat juga. Ye lah kan, ade ke forum Tun M yang tak hebat?

Well anyway, it was nice to be there early, dan melihat semua yang hadir. Pada yang memanggil aku, thanks very much. Disebabkan trip aku ke Kelantan ditangguhkan, so aku decide to go for this and help out.

So, Tun M, sampai petang, cuma sebelah pagi, ada la taklimat by the President, by the invited speakers, yang semuanya dah kaya raya...

Cuma bila sampai waktu tengahari tu, aku terpaksa minta diri, biasalah kan...style Melayu, selalu bagitaw last minute kat aku. So, aku terpaksa rush p Putrajaya. Nasib baik la, aku berkeras nak datang balik ke Times Square untuk dengar ucapan Tun M...

Inilah dia event yang sebelah pagi nya...

Dan yang ini, masa makan tengaharinya... itu je k...ucapan Tun M? Nanti la aku ulas..., cuma nak kata, ada lah reporter yang agak agak kurang ajar dalam dewan ni...ntah la, tak taw aku ape nak jadi dah orang Malaysia ni...

PGPF - Rohingya Conference

Seperti yang dinyatakan diatas, hari tersebut adalah hari yang tidak dijangka oleh ku untuk diminta hadir, walaupun agak-agak last minute. Aku pun datanglah, walaupun tak ready. Maksud tak bersedia adalah tak tahu apa nak buat, tapi datang tu mestilah, datang, kan seronok bila dapat attend forum cam gini, walaupun agak-agak terasing.. Ikhlas ye, jangan plak ingat tulis dalam blog, ada makna tersirat plak...Btw, pada yang tersinggung tak hadir tu, dengan izinNya, nanti akan dimaklumkan awal kalau ada lagi...k, pasti ada peluang lain kali..yang empunya diri, taw la sape..

Inilah gambarnya. Dapatlah juga kenal dengan Jacob (orang New Jersey, yang boleh berbahasa English, memang patut lah kan...tapi dia juga boleh berbahasa Mandarin, dan Indonesia. So, bila dia borak dengan aku, aku boraklah dengan dia dalam Bahasa Malaysia. Terror gak lah mamat ni speaking orang sini... So, dia dah balik ke Washington DC (dimana dia menetap sekarang), so tengoklah bila dia nak datang sini lagi. Aku nak ke DC? Erm...ntah la, blom ada plan lagi...



Gambar bawah ni, gambar aku tengah berbincang ringkas dengan Dato Badariah. Siapa yang mengenali Tun M, akan mengenali beliau. Very sharp minded, and down to earth person. So, aku dapatlah juga berbicara akan paper  yang aku dah buat (bersama dengan S/U yang aku selalu brandkan sebagai - dependable & reliable), termasuklah team researcher aku tu. Thanks to them all...How I wish this paper can help me pay my bills, but again, ini kerja NGO, so tak leh la kata ape ape...atas nawaitu yang ikhlas..


Yang duduk kat depan tu, salah seorang penyampai. Asalnya dari Myanmar, Universiti Mandalay. Kemudian disebabkan dia vokal tentang Junta, dia tak boleh balik rumah dia, (kesian kan), so dia terpaksalah menetap kat England. Seperti biasa la..., dia, very smart guy, p Oxford and a few more big names yang aku tak ingat dah..so, now a Prof kat Oxford kalau tak silap...

Cuma, aku suka penyampaian dia, very sharp words to depict the scenario, tak payah cerita panjang berjela. So, omputeh, in that sense...

So, bercerita tentang kekejaman yang berlaku dan ketidakpenerimaan oleh Myanmar dan juga oleh Bangladesh agak mengelirukan aku. Kenapa ye leh plak tak diterima oleh kedua-dua negara.

Aku faham, fokus forum adalah untuk mendapatkan keadilan. Cuma dimana PUNCA. Pada aku, punca perlu dikenal dahulu, barulah leh fikir pasal remedynya. Now, kalau Myanmar tak terima aku leh faham jugak. Tapi Bangladesh pun tak nak terima...well, it should be open to public discussion. Aku dah tahu, tapi tak kan aku nak cerita kot..setiap cerita 'berat' cam gini, kenalah ada fakta...

Inilah gambar aku dengan Prof dari UK tu...


Time tu dewan dah kosong, tapi tak kisahlah, aku pun tak suka ikut orang yang terlampau popular, pasal yang aku kejar adalah ilmu orang tu, bukan popularitinya...So, dia pun dengan tawaduknya ambil gambar dengan aku...Thanks very much to you Prof..

Selesai di Dewan aku pun, minta izin, nak ke pejabat di Yayasan Al Bukhary pasal beg aku tertinggal kat situ. Pada yang menolong simpan kan, thanks very much. I appreciate the help...inilah gambar orang-orang hebat yang tidak kenali umum..., kecuali yang no 2 dari kanan tu....k... dia tak hebat, cuma menumpang aje...