Sunday, July 29, 2012

Dipisahkan oleh bahasa yang sama

Thanks pada saudara Bustanul, kerana memberi link dibawah to my facebook. Actually, bila melihat apa yang berlaku, ada juga lah kekaguman dengan ketegasan didalam mendaulatkan National Anthem negara berkaitan.
Well, rasanya pandangan aqal aku dah jelas tentang ini, kebetulan sungguh aku ada dapat komen dari seseorang yang melihat kepada semata mata perkataan dan bukannya maksud menyeluruh. Tapi, mungkin dia itu, seorang linguist. Jadi aku malas la nak argue.

Cuma teringat masa belajar dulu, lecturer aku cakap, you do not read words, you read the idea...

Gambar bersama si Ibu dan Anaknya

Ini bukan iklan ubat batuk ye, ini cuma merakamkan kenangan semasa aku bertemu dengan isteri Perdana Menteri ke 6, Datin Paduka Seri Rosmah. Waktu tu, aku dipanggil ke Hotel Nikko, ada majlis blogger disana, lalu aku pun menghadirkan diri. Kebetulan, dia lalu didepan aku, aku pun minta izin la ambil gambar. Dia dengan simplenya kata ok. Sebelum aku post kat dlm blog ni pun, aku dah minta izin (jangan ingat aku selamba je pakai gambar-gambar orang tanpa kebenaran, walaupun dari kamera aku sendiri). Dia agak teragak-agak, tapi keikhlasan mengatasi segalanya.. Aku berlaku jujurla, aku pun tak suka cakap berbelit-belit. Tak ada susahnya, nak bertanya, dan mendapatkan jawapan..

Terima kasih pada Datin Paduka Seri, diatas kesudian dia bergambar. Aku respect because she is knowledgeable about a lot of things, the best part is, she did not broadcast what she knew, but for those yang dapat dengar ucapan dia, will understand..Well, she also went to AIM (Asian Institute of Management - Philippines) which happens to be the Harvard of the East. Aku pun pernah berhajat gak nak gi sana, cuma belum ada rezeki...

Yang dekat bawah ni, masa majlis berbuka puasa di Seri  Perdana. Kebetulan aku duduk dengan Norashman Razak, sebenarnya aku tengah bergambar dengan kawan-kawan kat meja depan, dia yang offer ambilkan gambar. Lepas tu, aku pun kata, jom la ambil gambar sama. Dia angguk je. Masa kat Sarawak hari tu, masa kat rumah panjang George, dia keluar kereta, lambai tangan..sapa yang nampak terus tanya kat aku, kenal ke dengan dia? Erm...camane nak jawab ye..
Congratulations for that you finally graduated, and eventually learn Mandarin in China. Ntah bila la, mandarin aku nak improve plak..dah karat sangat..

Zaman kanak -kanak dulu..

Inilah gambar aku dalam paspot dulu masa balik ke sini. Khabarnya memang payah juga nak bawa aku pasal aku ni berat sangat.. Kemudiannya, meningkat umur jadi la gini..
Kemudian meningkat remaja, jadi lagu ni la pulak...
 
Kenangan je...

Negara di bawah Air

Gambar yang ini, juga di Belanda tapi rasanya  dah terkeluar dari Bandar Venlo. Saja melihat-melihat bumi Belanda ni. Katanya bumi Belanda ni, lebih rendah dari paras laut. Jadi sebab tu aku gi tengok pelabuhan kecil ni. Tapi masih tak dapat bayangkan macam mana, laut lagi tinggi dari darat.

Venlo

Inilah gambar kenangan masa kat Venlo. Time ni sebenarnya aku tengah selsema teruk. Pasal pertukaran cuaca. Waktu aku sampai dari Liverpool ke Jerman malam tu, memang cuaca buruk kat England, so dah ada tanda tanda nak demam. Tak sangka pulak sampai je kat Jerman, melarat makin teruk. Tapi nasib baiklah dapat juga  rawatan masa di Dusseldorf.

Elok sikit, aku pun dibawa jalan jap ke Venlo. Venlo ni, kat Belanda. Selalunya memang kitaorang akan ke Belanda untuk beli roti dan cheese. Member Jerman semua kata, orang Belanda ni, boleh cakap Jerman, so, aku pun kagum gak la, pasal masa sampai Venlo, aku ingatkan masih lagi berada di Jerman. Lepas beli roti dan cheese, kita orang lepak jap kat cafe, minum minum, sebelum balik rumah kat Jerman. Kelakar juga, lintas negara semata mata untuk beli roti. Tapi inilah keunikkannya. Bila wujudnya negara tanpa sempadan.

Kat Studio Bergambar..

Inilah gambar penuh yang photographer puas hati. Katanya lah..

Kemudiannya diminta gambar tanpa kot
Kemudiannya gambar kasual, dan diminta merenung kat kamera
Last sekali gambar yang ini la.... Opps...

Tuesday, July 24, 2012

Jurau

Gambar ini aku ambil masa budak-budak Aman Kampus tengah buat Info Siswa. Dengarnya, ada orang panas hati (dari kalangan urusetia kami) sampai ada file kena hempas. Aku dapat tahu lepas masuk bas, dalam perjalanan nak ke rumah panjang George. Kenangan  la, bas cam gini, mana ada kat KL kan. Lagipun, katanya bas Sibu,  tapi sebenarnya kita orang kat Jurau. Tempat kecik giler, tapi ramai jugak orang. Yang aku respect, ada sorang ni, jumpa kat atas jambatan. Dia boleh cakap denga 5 bahasa tempatan. Hebat gak, siap dengan syukur alhamdulillah lagi, bila aku cakap cina dengan dia, lagi laju dia jawap sampai aku pun terkedu.. Betul la jauh berjalan luas pandangan. Nilai ikut rombongan sebegini teramat besar bagi aku. Maklumlah aku kan berprinsip,  melancong hanya untuk orang kaya. Orang sederhana dan berjiwa lasak cam aku, tak boleh la manja2, duk hotel mewah2...memang tak syok punya...tapi kelakarnya, bila aku pakai formal, semua orang ingat aku ni, ikut protokol la sangat..

.







KBX1

Ini adalah kereta  Bentley milik YABhg Tun Dr Mahathir Muhammad. Aku dah beberapa semasa ber'event' dengan dia, dia pakai kereta ni. So, aku amik la gambar dengan kereta ni. Bila dapat memilikinya..tak tahu la pulak bila...Nombornya plat Kedah. Itu je la yang dapat aku cakap. Semua dah ada dalam gambar tu kan. Cuma, masa Tun nak masuk kereta, datanglah anakandanya Datuk Mukhriz, peluk dia sebelum pulang. Terharu gak la tengok kasih sayang anak beranak tu...


The Nagivators

..
Ini adalah rakan-rakan aku semasa aku menuntut di TAR College. Yes, Kolej Tuanku Abdul Rahman. Waktu tu, aku sorang je yang bukan Cina, so, ramai juga member-member ni ingat aku ni mixed blood. Dengan diaorang ni aku belajar cakap cina. Rumah diaorang pun dekat. Gambar ni aku ambil lepas aku p cycling, selalunya lepas gym. Diaorang akan layan aku kat rumah. Ketua  Rumah - Ho Aik  tak ada. diaorang ni semua  dari Pahang


Apa yang  aku nak cerita ialah mereka ini 'beriman dan bertaqwa' (ayat ni aku belajar masa PhD Theology dulu dan terjemahan Bahasa Melayunya aku pinjam dari gereja Indonesia) dengan kepercayaan -we are the church. Jadi tiap tiap malam beberapa kali dalam seminggu, akan ada Bible Studies. Aku pun, biasa la terdengar-terdengar gak. Kagum gak dengan tahap keimanan mereka ni. Dari rupa, memang tak tahu punya. Rumah yang diaorang duduk ni, memang disewa khusus untuk ahli mereka. Kalau orang luar tak boleh duduk situ.  Aku seperti biasa, semua tempat lepas masuk juga....kakakaka....Aku tak lah duduk situ,  cuma aku selalu lepak dengan diaorang ni...sampai esok harinya....

Rumah Panjang Ngalong

Ini adalah rumah panjang pertama sebenarnya yang aku diami. Kami dilayan dengan baik. Cuma pada peringkat awal ni, kami tak biasa lagi nak mandi kat dlm kolam. Rumah ini di Saratok rasanya, nanti aku check balik. Disambut baik oleh Tuai Rumah.
Ada  acara MIRING seperti biasa, cuma aku ingatkan ayam jantan tu akan kena sembelih, rupa2nya tidak.  Hari kami sampai adalah hari GAWAI, so merasa jugaklah suasana GAWAI kat sana. Bersyukur gak aku time tu. Pergi FREE kan, so memang langkah kanan la.
Malam sebelum kami bertolak. Kami dah diberi taklimat oleh Ketua S/U Ketua Menteri tentang  adab dan sopan rumah panjang. Aku ingat la apa yang diberitahu itu. Apa ceritanya, nanti sambung k...




Rumah Panjang George

Inilah keluarga angkat aku semasa di rumah panjang George. Aku agak gemar semasa berada disini, kerana sungainya paling luas (kebetulan, selepas tinggalkan Sarawak, berlakunya kes kena serang buaya). Dan dengan izinnya aku berharap dapat datang lagi kesini.

Keluarga angkat aku bersiap sedia, ini adalah gambar sebelum, kami keluar dari 'bilik'. Bilik adalah rumah bagi setiap keluarga. Pasal rumah adalah yang besar tu. Ada jugak 'zoo' kat sini ye. Jangan tak tahu plak.

Keluarga angkat aku, pegangannya adalah Katolik. Jadi  tidak menghairkan akan gambar yang penuh didinding tu. Cuma aku terkejut, juga bila tahu, mereka beriman dengan agama Jesus ini, sekitar tahun 2008. Lepas pilihanraya tu. Atau cuma kebetulan...

Selepas bergambar adalah masa untuk menyertai yang lain-lain kerana, PM akan datang. Kemudian tengaharinya PM pun datang. Rumah panjang ini ada kematian sebenarnya. Dan, rumah panjang ini turut didiami Tan Sri William Mawan. Cuma, disebabkan rencana program telah diatur, dan adat iban ada pantang larang yang ketat tentang kematian. Tempoh berkabung yang cukup panjang dan suasana mesti sunyi, maka, jenazah ditangguhkan ketibaannya, sehinggalah tamat program. Kecoh pelbagai hal, untuk siswa Aman Kampus, memang diaorang ada masalah hal makan. In fact, dari malam sebelumnya, dah kecoh hal makan2 ni, tapi nak kata macam mana dah jadi kan. Rombongan mengambil keputusan meninggalkan rumah panjang serta merta selepas PM balik. Nasib baik aku dah ucap selamat pada keluarga angkat aku ni, kalau tidak biadap sangat rupanya.  Kami semua terus ke Sibu selepasnya. Sempat juga aku lambai tangan pada Ashman (anak PM), pasal masa buka puasa tahun lalu,  dia duduk semeja dengan aku kat Sri  Perdana. Tapi, biasalah, takkan aku nak canang satu Malaya pulak.  Itu je la. Ada masa, aku nak gi Rumah Panjang ni lagi..

Yang disebelah aku tu, baru je buat tattoo, so, kesian juga la, rumah jadi panas pasal ramai orang, so dia berpeluh2 gak dan terpaksa menahan pedih. Mereka menjadi tuan 'bilik' yang baik, menjamu kami dengan mihun. Aku dan Afiq tak ada masalah, mungkin kerana adap menghormati tetamu, cuma Hamdan mengelak sangat. Tapi mungkin dia ada pendirian tersendiri. Islam itu menghormati perbezaan pendapat, sekiranya dia berprinsip yang agak ketat walaupun berada ditanah orang, itu adalah haknya. Aku rasa pasal dia sangsi tentang pinggan samada disamak atau tidak. Tapi, masa solat dalam 'bilik' ni dengan dindingnya begitu, takde masalah pun sebenarnya...

Syber Touché Technologies

Ramai yang tidak sempat datang melihat projek cyber cafe yang aku usahakan. Terdapat ramai juga yang terkilan kerana jangka hayat STT itu agak pendek, tetapi ini adalah disebabkan oleh keadaan semasa yang tidak dapat dielakkan, bagaimanapun, aku berterima kasih diatas sokongan kuat dari Epi & Kerol yang sentiasa dapat membantu dikala aku kesibukan kerana tugas dan tanggungjawab diluar. Semasa siapnya syber ini, aku mengetahui bagaimana cabang dan ruang lingkup sebenarnya, dan ia sememangnya menakjubkan. Patut pun, GAME is actually a big business. Patut pun, Friendster itu dibeli, dan ramai yang sanggup bayar untuk main game dalam FACEBOOK. Sebenarnya, ada banyak segmen tertentu didalam virtual reality dan dimana peluang bisnesnya. Sebagai seorang yang terlatih didalam bidang Pengurusan Perniagaan, dan juga biasa didalam membuat kajian akan potensi perniagaan, dapat jugalah aku menilainya. Cuma, aku juga perlu jelas bahawa, formula  STEEPLE itu sendiri tidak mencukupi, kerana di Malaysia, ada perkara lain yang lebih besar dari itu.  Biarlah aku menyimpannya untuk pengetahuan ku...

Setiap perniagaan perlukan konsep, dan ramai yang aku temui kurang jelas, bila aku maksudkan konsep. Yang selalunya aku ditanyakan ialah, besar ke belanjanya nak berkonsep-konsep ni. Penat dan letih untuk menerangkan. KONSEP = PETA (ROAD MAP). Kalau kita nak mulakan perjalanan, kita kena lah panduan sebagai road map, kalau tidak boleh sesat. Begitu juga dengan memulakan perniagaan, paling penting kena ada konsep yang jelas. Semasa buat Masters dulu, aku banyak kali bertembung dengan business yang dipanggil 'confuse positioning'. Maknanya, tengok kedai, orang pun tak tahu, apa sebenarnya yang dijual. Antara konsep business yang mudah dan berjaya macam 7Eleven  contohnya. Ia cuma kedai runcit 24jam, macam tu juga dengan KR1M, kedai runcit juga, cuma menawarkan harga yang lebih kompetitif.

Kertas idea paling awal, cuma melalui kertas  graf, berdasarkan keluasan lantai dan berapa banyak yang nak disumbatkan dalam kedai tu. Cuma, pasal aku belajar jauh-jauh, tak ada makna kalau tak guna ilmu yang aku ada, jadi aku dapat juga bantuan jiran depan rumah untuk buat 3D drawing, matlamat cuma - supaya wajah sebenar kedai itu jelas, dan pada masa yang sama, warna, lighting semua dah difinalisekan. Bajet cyber ni kecik je, jadi aku tak mampu nak employ interior designer la, cuma aku kena la perah otak sikit, berfikir untuk menambah baikkan semua. Lantai dalam gambar aku cat sendiri, Bajet  paling murah aku rasa. tapi kontraktor yang buat dinding bercermin itu, tak jujur, akibatnya dinding tersebut tak rata, cermin yang dipasang sepatutnya end to end, tapi dia buat jadi tingkap pulak. So aku kira dah lari dari konsep sebenar. Hampir aje semua ni terbatal waktu tu. Banyak yang aku tak puas hati, tapi nak kata macam mana, pemilihan kontraktor bukan kuasa aku. Tapi bila berlaku masalah, kontraktor bawa mulut, aku yang kena sound balik. Padahal kontraktor tu yang salah. Inilah maksud aku, nak buat business, walaupun paperwork 1st class, tapi hujungnya manusia juga kena jujur dan ikhlas...

STT berkeupayaan untuk menampung 70 komputer serentak (ini pun, banyak kali kecoh kat ofis), ditanya berkali-kali, sampai aku pun tak tahu punca was was sebenar. Jumlah point 70 komputer tu, kontraktor networking tak boleh nak menipu, pasal boleh tengok dengan mata kasar, tapi, kualiti networking dia, dia boleh tipu. Itu sebenarnya, cara nak menilai. Cuma, aku dipenatkan dengan kaedah traditional untuk mengenal 'penipuan perniagaan' padahal,, aku dah nampak, benda-benda lain yang kontraktor tu nak tipu contohnya macam kes dinding bertingkap tu. STT, aku benarkan cuma setakat 40 komputer, juga atas  sebab (ruang, keselesaaan dan speed - semua 3 perkara inipun termasuk dalam apa yang aku panggil Kriteria Konsep) tapi, sekali lagi aku dilengahkan dengan perkara-perkara yang tak kena mengena.

Lukisan di dinding mendapat pujian melambung dari customer, termasuklah contractor game aku, yang menjadi contractor kepada 400 cyber seluruh Malaysia. Maknanya, dalam marketing, aku dah berjaya cipta niche sendiri. Aku anggap, pujian contractor game itu satu pengiktirafan pasal dia bukan jalan-jalan kat 400 cyber, tapi dia berurusan dengan bos-bos 400 cyber dan dia tahu macam mana setiap satu cyber itu siap, dengan masalah dan cabaran tersendiri.  Terima kasih pada Epi yang melukis dan Ridza yang cat dinding tu. Belanja tak mahal pun, pasal cat aku beli kat Melawati, upah cat tak leh nak cerita dalam blog la. Cuma, bos tak suka gambar ni, akibatnya, aku kena marah. So, aku pun terdiam juga. Aku buat untuk dapat customer, yang penting customer suka, dan penting customer tak keliru kedai ape ni. Dan ia dah berjaya. Tapi pernah juga disuruh padam. Aku pun pelik gak. Kalau kat Theme Park kat Times Square ke, kat Genting ke, kat Sunway Lagoon ke, kena ada gambar yang  memperlihatkan suasana. Jadi, kalau dinding tu kosong, memang boring giler la customer aku. Pada aku, satu rahmat bila Epi offer untuk tolong lukis. Ingat ya, tolong taw, bukan minta digajikan untuk lukis... Sayang juga, bos tak tahu, berapa ramai sukarela untuk menggerakkan projek ni..Nak bagitahu pulak tak dapat...

Itu lah, dengan warna meja, kerusi dan dinding termasuk lighting yang matching. Kalau ikutkan, dah ada yang tiru konsep aku ni. Cuma aku tak sempat nak bertahan lama, kalau tidak aku rasa, dah difranchisekan juga la..

STT siap penuh, didalam walaupun tanpa signboard (yes, ramai terkejut, kedai ni takde signboard), tapi nak buat macam mana, dari awal, bajet tak pernah cukup, terpaksa pulak catu-catu duit yang ada. Antara pertimbangan paling besar ialah  sewaktu duit cuma ada sekian banyak dan aku kena buat pilihan antara game dan signboard. Aku kan business graduate. Aku juga customer. Aku tahu paling penting jaga hati customer. Apa kita akan rasa, kalau kita pergi kedai makan yang gah lagi hebat, dengan interior first class, dengan pelayan beruniform first  class, dan dengan menu yang  cukup hebat. Bila aku dah duduk dan diberi menu,  bila tunjuk, nak makan itu dan ini, satu persatu, pelayan kata, tak ada, dah habis, confirm lepas tu aku tak akan masuk lagi kedai tu kan. Jadi maksud aku yang penting ialah produk. Untuk cyber ialah game. Jadi kalau  ada signboard tapi takde game, customer tak akan masuk. Inilah analogy aku, dan memang dalam business school, kita diajar untuk beranalogy, syukur la akhirnya bajet disalurkan ke game. Sayangnya, nasi dah jadi bubur. Bos melihat dari tempoh masa kedai 'kononnya' dibuka, aku melihat dari masa produk aku siap. Jadi, pada pandangan aku, secara business rational - cuma 3 bulan je, bos melihat  dari tahun lepas. Faktor tiada pekerja, tiada bajet untuk kelangsungan kedai mcm nak beli barang, dan juga last sekali, game yang masuk lewat sangat tidak diambil kira. So, memandangkan aku cuma menjalankan projek. Aku kena la ikut  cakap bos.

So, inilah gambarnya. Bagi yang tak dapat merasa nak masuk tengok. Dapatlah ilham macam mana projek yang aku buat..

Wednesday, July 11, 2012

Depan House of Parliament - London

Sebenarnya, waktu ni, aku dalam perjalanan nak balik ke rumah. Tetapi biasalah, negara demokrasi kan, memang tak sudah sudah dengan protesnya. Aku pun tak tahu, dan malas nak ambil tahu. Tapi inilah suasananya. Aku cuma membayangkan, kalau Malaysia macama gini, alamatnya tak payah lah kerja ke, sekolah ke ape ke...Mungkin protes hari hari macam ni, dapat elaun jugak kot.

Tapi dalam zaman dunia maya ni, pada aku, kreatif sikitlah, buatlah protes alam maya (aku tak maksudkan blog dan fb semata-mata k..), tak menyusahkan orang lain, Polis pun leh fokus untuk tangkap penjenayah ke, cari budak hilang ke...dan lain-lain yang sewaktu dengannya....

Royal Charity Dinner 2012

Disini, aku yang paling kiri. selepas selesainya majlis bersama dengan DYMM Agung & Permaisuri, dimana tuan rumahnya adalah YABhg Tun Mahathir. Turut hadir adalah Perdana Menteri Malaysia dan isteri, yang kemudiannya bergegas meninggalkan dewan, untuk ke US dan Spain. Sempat juga aku berborak dengan kawan lama aku, Stan, tentang betapa sibuknya PM sekarang. Tetapi inilah maknanya bekerja.

Ucapan YABhg pada malam tersebut, aku merasakan bahawa beliau sebak. Beliau jarang memperlihatkan perasaannya, tetapi pada malam tersebut, ia jelas kelihatan. Aku memilih untuk terus berdiri, sebagai menghormati ucapan beliau, walaupun ramai dah memanggil aku kembali ketempat duduk. Hanya selepas beliau duduk, baru aku berjalan ke meja aku. Entahlah, agaknya disiplin yang diterapkan masa aku diluar negara membuat aku begini.

Pada malam tersebut juga, YAB PM, mengumumkan akan sumbangan peribadi beliau sebanyak RM3 juta. Tahniah dan moga terus dimurahkan rezeki lagi oleh Allah kepada PM Malaysia, Dato Seri Najib.

Selamat Hari Lahir ke 87 (July 10th) - YABhg Tun M

Tiada kata, selain dari mendoakan YABhg Tun Dr M, dipanjangkan umur dan beroleh kesihatan. Semoga mereka yang tidak menghargainya, sempat untuk menyedari bahawa, tidak ada duanya orang seperti beliau. Benar, pemimpin itu ramai, tetapi yang sesungguhnya kepimpinan yang lahir dari nawaitu yang luhur, kerana orang yang sedar bahawajawatan tinggi itu semakin berat tanggungjawabnya adalah orang seperti beliau.

Mungkin juga, kita terlupa, ramai diantara mereka yang berpangkat merasakan, lebih tinggi pangkat, lebih tinggi kenikmatan merasa kesenangan, seolah-olah pangkat itu adalah suatu hadiah. Sikap sebegini yang menyebabkan mereka, dibuai mimpi, leka dan lena. Akibatnya, mimpi indah berubah menjadi mimpi ngeri... Syukur, YABhg Tun masih ada, untuk menyedarkan mereka-mereka ini..

Sunday, July 8, 2012

Aku dalam Akhbar Sin Chew

Gambar aku sebelah bawah, dan Prof Szabo diatas. Beliau dalam lawatan ke Thailand & Malaysia. Sebelum sampai ke sini, aku dah terbang ke sana dulu. Bermesyuarat untuk menjelaskan kedudukan pendidikan di Malaysia. Prof Szabo adalah dari Universiti di Szeged. Universiti ni ada lebih kurang 2 orang Nobel Laureate. Szeged ini terletak paling hampir dengan Serbia. Teringat lak kawan lama aku Milan Todorovic, yang berasal dari Belgrade (ada juga la cerita cerita dengan dia dulu pasal perang Bosnia).

So berbalik pada Prof Szabo, dia tak pernah datang ke sini, jadi dia memang agak 'theoretical' sikit. Semuanya berdasarkan pembacaan dalam internet tentang Negara disini. Selain dari itu, dia juga memang ada la ' poyo' yang agak tidak bersesuaian. Semasa disini, aku mengiringi dia dengan Diplomat Hungary. So, pakai kereta kedutaan la, malaskan nak pakai kereta sendiri..ndak lagi dapat pulak plet kereta rasmi warna merah kan.....

So, dengan segala keistimewaan yang diplomat dapat, Aku tertanya juga, apa sumbangan Duta - Duta ini untuk kerjasama dengan Malaysia.

Semasa aku di Eropah Tengah dan Timur lebih 10 tahun dulu. Semuanya dalam keseronokan untuk menjadi sebahagian dari European Union. Aku memang sangsi. Masih jelas diingatan, majalah Economics yang aku beli di Gatwick Airport, London semasa nak ke Philadelphia, US. Majalah tu kata, kemasukkan negara blok Timur ke dalam EU akan menguntungkan Eropah Barat. Hari ini, pada tahun 2012, semakin jelas. Dengan Austerity Measures yang menekan, dan keinginan Chancellor Jerman kearah United Europe (dengan ber Presiden), aku semakin kagum dengan ramalan penulis dalam majalah Ekonomi tersebut.

Now berbalik pasal Prof Szabo. Dia pun tgh syok yang negara dia akan menjadi sebahagian dari EU. So, terserlah dalam dirinya akan sikap 'keEropahannya'. Aku selalunya banyak tersenyum, diam. Pengalaman aku lama dengan masyarakat Eropah Timur kerana aku punya ramai keluarga disana dan aku adalah sebahagian dari masyarakatnya. Aku bukan, dan tidak pernah menjadi pelancong di sana. Melancong adalah untuk orang berduit. Jadi melihat akan perspektifnya yang terlalu ilmiah sedangkan pentadbiran negara, harus bersikap praktikal. Aku cuma lebih banyak mengangguk bila berbual didalam kereta rasmi, yang jadi driver pun duk mendengar kat depan, dengan wakil kedutaan.

Inilah, bila persepsi, memikirkan yang aku ini, orang Malaysia, yang pastinya lebih terasing berbanding dengan mereka yang disana (syukur warna kulit aku membolehkan aku dinilai sedemikian, menyebabkan aku lebih mudah menerobos persepsi yang ingin dicipta oleh orang putih, berbanding dengan pengalaman peribadi aku sendiri yang orang putih sendiri tak tahu).

Selain dari itu, aku juga nak mengulas akan sikap orang Melayu yang aku temukan. Antaranya, di JPA yang memang mengecewakan. Begitu pula dengan UCSI yang pada waktu itu aku bertemu dengan dengan DEKAN nya yang merangkumi 3 fakulti (Perubatan, Pergigian, Farmasi) - I mean, kalau nak jimat duit kerana pendidikan itu adalah satu perniagaan, takkan sampai 3 fakulti pun, bajet gaji untuk seorang Dekan je kot. Anyway, aku harus puji CEOnya, A polite and well mannered gentleman. Orang korporatkan...

Selepas dari JPA, dan UCSI, aku dan Prof ke UPM. Melihatlah aku akan suasana orang akademik Melayu yang aku tak bercampur, maklumlah, aku ini anak tiri kerajaan, bukan anak emas, belajar kat TAR bukan UiTM pun, jadi aku memang tak tahu budaya kerja dan profesional Melayu. Masa aku bersama duduk dengan Prof Szabo, fahamlah aku akan mereka ini... Contohnya, kata Dekan tersebut pada Prof Szabo - 'tengoklah Putrajaya, kononnya nak mencontohi Negara di Eropah, dengan landscape yang pelbagai, tapi... hasilnya.. begitu je lah, tak menjadi..'

Well, inilah suasananya.. semasa aku bersama Pro Szabo didalam bangunan Tkt 6 di Parcel C, aku malu dengan ketidak jujuran pegawai tersebut. Tapi apa nak kata, dah hampir 5 tahun. Sebab tu, agaknya PRU 2008, merudum. Cuba tgk, tarikh dalam akhbar ni. Tahun 2007...

Memikirkan semua ini, aku terfikir, kemana halau tuju

Friday, July 6, 2012

YB Kamalanathan

Asalnya aku tak merancang nak tulis, cuma semalam, semasa aku di BERNAMA, ada forum bersama beliau, dan aku memang dari awal lagi, kagum dengan kemampuan berbahasa Melayu oleh beliau. Semalam, memang hard facts. So, aku puas hati dengan jawapan dia. YB Dr. Tan Seng Giaw (DAP) pun, memang aku profesionally respect pasal kemampuan bahasa Melayunya, dan kesungguhan bercakap tentang rakyat serta negara Malaysia.

Gambar ini, bukan lah gambar di BERNAMA semalam, tapi gambar ini, di NIKKO juga, sama dengan masa aku jumpa Phang Chin Fei tadi. Tahun 2011. Cuma, aku teringat masa kempen, waktu tersebut aku 'terhadir', masa itu, baru aku perasan, dan kagum akan kemampuan 'DS Rosmah menyampaikan ucapan'. Sungguh, kalau lihat pada kelulusan beliau, maka memang wajarlah DS Rosmah punya ucapan sehebat itu.

Bersama Phang Chin Fei

Yes, akhirnya aku dapat juga bergambar dengan Chin Fei. Thanks to Afiq, yang tolong snapkan gambar ini. Masanya di Nikko Hotel, waktu tu, aku tengah hadir, dengar ucapan, Yang hadir - Tun Mahathir, DS Najib and wife. Gambar diaorang tu, dalam artikel lain pulak.

Masjid Nabawy - Madinah

Disinilah aku membawa diri, dengan bersendiri, dah memang aku ni, jenis tak boleh ramai-ramai, dan tak boleh terlalu diambil berat kot. Aku suka mengembara, dan gambar ini, aku baru lepas keluar dari masjid dengan teman aku. Dia yang ambil gambar ini, walaupun waktu itu, ramai orang sana dok kata, haram, ambil gambar.
Susah la aku nak cakap, mazhab yang berbeza-beza ni, pening gak aku nak fikir. Aku ni, cuma insan biasa, yang jahil, dan tak berapa arif macam diaorang tu.
Sejarah, sampai di Arab Saudi (Mekah & Madinah) seorang diri, dari London, atau lebih tepat, dari Buckhinghamshire. Masih teringat lagi, aku duk kat tepi jalan tu tunggu teksi, pakai ihram pun, semasa di transit di Athens...nanti, bab yang ini aku cerita lain kali...

Pulang ke Nagoya

Inilah aku, bersedia untuk pulang semula ke Nagoya setelah menetap di sebuah kampung terpencil di Takayama. Banyak yang aku pelajari semasa berada di perkampungan tersebut. Aku bersyukur juga kerana mendapat peluang, merasa menjadi orang Jepun sebenar. Terima kasih aku tak terhingga pada Micasa & Akiko Koyama yang telah melakukan yang terbaik untuk aku, dengan perangai aku yang memang ikut kepala sendiri waktu tu. Biasalah, memang aku ni jenis rebellious pun, tapi itulah kesabaran mereka. Adik-adik aku, Yuri & Hironari pun dah hampir dah 17 dan 15 tahun. Memang remaja sungguh...

Dunia itu kecil sebenarnya, selama mana kita meyakini bahawa kita akan melihat semua itu tanpa teragak-agak, baru tadi aku terbaca tentang bos DIGI (yang memang orang Nordic pun), dah 2 tahun di Malaysia. Oleh kerana minatnya yang mendalam pada marathon, dia sanggup terbang dari KL ke Berlin, dan terus ke tempat marathon, dan selepas selesai, dia kembali ke airport untuk terbang balik semula ke Malaysia. Mengikut katanya - hanya sehari di Eropah...

Rekod peribadi aku -
Sarapan di Romania
Makan Tengahari dan Mesyuarat di Hungary
Makan Malam di London

Akhirnya aku penat melampau, memang tak larat dah time tu... tapi thanks pada jiran Anthony yang berumah di Rosetti House. Dia la buatkan kopi dan sandwich untuk aku sementara menunggu si Anthony yang tak reti2 nak jawab telefon aku. Tengah sejuk mengigil waktu, terjerit-jerit aku panggil. Memang si Anthony ni tidur mati waktu tu. Tapi pasal rumah dia leh jalan kaki je p Tate Gallery, Trafalgar, so, memang la aku lebih suka duk rumah dia...

Puteri 2011 (PWTC)

Disebelah kanan ku, Prof dari MSU, dan disebelah kiri ku, Timbalan Menteri di JPM. Agak menarik bila dia bertanya kepada ku, dimana pemerhati (seorang Menteri), dan aku mengatakan keluar dewan. Dia mengeleng dan mengatakan, adalah tanggungjawab untuk tunggu sampai habis. Tidak sewajarnya meninggalkan dewan untuk menghadiri program. Aku setuju, it is common sense, mungkin pegawai Menteri tersebut terlepas pandang. Apa pun, aku seronok mendengar ucapan YB Datuk (yang sedang berucap diatas pentas), sungguhpun aku kurang setuju dengan sebahagian dari penulisan tersebut, tapi apakan daya, sewaktu aku meminta salinan tulisan tersebut (hatta melalui e mail), ia tidak diberi, alasannya kertas tidak ada (memang tak logik, bukan aku suruh print pun).

Well, inilah Melayu, aku hadir sama, untuk menolong, diatas permintaan Datuk, namun seperti ada 'group within a group', selaku profesional, takkan aku nak melalak kata, mengajar pada insan tersebut. Dia sendiri harus mengakui akan kesan tindakannya.

Selesai ucapan, aku sempat duduk bersebelahan Datuk (sewaktu time makan), and being myself, aku berlaku jujur dan berkata 'its was too long'. Datuk agreed. Aku juga minta maaf, sincerely apologising, kerana aku tidak menyebut tentang 'the speech will be too long from my point of view'. Anyway, I do believe, it is important to say things as it is. Insyallah, next time, I will say it as it is..

Wednesday, July 4, 2012

Pangkalan Udara Kuching - 10hb Jun 2012

Gambar tengah kepenatan menunggu, jadi atau tidak naik C130, ke Subang. Duduk bersama aku adalah Bayang, dan didepan aku Nelson. Diaorang lah yang mengajar aku memahami budaya masyarakat Iban khususnya dan Sarawak amnya. Sungguhpun aku kelahiran Sabah, tapi aku tak reti apa pun tentang Malaysia Timur. Memang fail. Gambar ni pulak diambil oleh bakal 'YB', memang aku tak perasan bila dia klik kamera.

Baju yang ku pakai, dah tengok, faham sendiri ya. Aku cuma pemerhati. Nawaitu suci lagi luhur. Untuk Negara. Seronok berbicara dengan Bayang, pelajar USM Bidang Sejarah. Cuma waktu berdiskusi dengan dia di Setapak sebelum dia balik Pulau Pinang. Aku kata, bolehkan dia 'berpisah' dari kecenderungan politik semasa mengkaji sejarah? Inilah menyebabkan, aku kata, interpretasi ada pelbagai, kerana, manusia itu tidak ma'sum....

Istana Hida - Jepun

Inilah antara Istana terindah, dengan Japanese Garden terindah aku pernah tengok. Garden yang berada dibelakang aku. Masih jelas lagi, macamana, batu-batu kecil dicorakkan diatas tanah, sampai tak dibenarkan memijak tanah. Aku rasa, cuma Maharaja je yang boleh jalan kat Garden tu, tapi ertinya, akan berselerak semula. Ada rezeki, aku nak kerumah keluarga angkat aku di Takayama.. Baru je, parents angkat aku , hantar kad, tanya apa khabar. Diaorang pun dah lost track dengan aku ni, kejap kat Malaysia, kejap kat lain....tapi, aku sentiasa maklumkan dimana aku, cuma koordinat je aku tak reti nak bagi..

Sebagai rakyat yang patriotik memang standard la, aku punya beg ada bendera Malaysia. Aku tak segan apa pun. Dah memang aku rakyat Malaysia. Pada aku la, lagi segan rakyat Malaysia, tapi terhegeh-hegeh pakai topi NYC, pakai baju t-shirt (London) - aku pun ada t-shirt tu, banyak plak tu, tapi kalau aku yang berada di luar negara, aku tak rasa pakai macam tu menaikkan maruah aku. So, aku pakailah beg berbendera Jalur Gemilang..

Selepas Mesyuarat di St. Petersburg.

Ini adalah gambar semasa di St. Petersburg, Russia. Bukan gambar baru, selepas mesyuarat dengan Universiti, Seperti masyarakat sana, untuk berfikir, kita akan berjalan-jalan sambil berbincang. Sampai sekarang aku dah terbiasa, walaupun di Malaysia cuaca agak panas untuk berjalan.. Waktu ini, aku berada didepan sungai yang ada jambatan yang akan terbuka pada sebelah malam untuk membolehkan kapal lalu untuk melintas (betul ke bahasa yang aku guna pakai ni?),

Cuaca agak dingin, dan typical of St. Petersburg, Cuaca sentiasa hujan. Itulah salah satunya sebab, setiap kali cuaca baik, aku nak ambil gambar. Maklumlah, dulu2 masa duduk di Eropah, dekat sini nak ke Russia, kalau dari Malaysia, berjam-jam perjalanan...

Fikir fikir balik, aku pun tak pernah terduga akan bekerja, bermesyuarat dengan orang orang disebelah sana. Cita-cita aku tak besar mana pun...tapi takdir, tak siapa yang tahu...

86th Floor - KLCC

Aku kat belakang tu...macam biasa....

Peluang keemasan, bila akhirnya dapat juga naik ke Tingkat 86 untuk bertemu dengan Negarawan yang dikagumi. Ini gambar aku tengah duduk kat paling hujung, sebelah kanan. Banyak juga yang dikongsikan oleh beliau dan banyak juga ilmu - ilmu yang dapat diturunkan oleh beliau pada sesi bersama beliau pada petang bersejarah tersebut.

Menariknya juga, pada petang yang sama, sejurus selepas kami semua bersurai dan menuju ke haluan masing-masing, sungguhpun ramai yang nak ke NZ seberang jalan yang berjiran dengan Public Bank itu, aku terfikir untuk berpatah balik (selepas bergambar beramai-ramai didepan pintu masuk KLCC). Dengan takdir Allah, aku memilih untuk ke Isetan untuk melihat barang di supermarket. Tanpa diduga pada waktu tersebut, Tun Mahathir sedang turun dari escalator. Aku tidak melepaskan peluang untuk bergambar sekali lagi dengan beliau. Maklumlah di Tkt 86 itu, peluang sangat terhad kerana aku ni kan low profile, suka duk jauh jauh kat belakang belakang....Itu lah rezeki pada orang yang sabar...

Sungguhpun aku ni pemalu dan low profile, tapi itu keperibadian aku sebagai diri aku. Namun, sekiranya disebabkan tanggungjawab dan keperluan, aku tidak segan. Ini gambar aku bertanyakan soalan kepada YABhg Tun Mahathir. Soalan aku dijawab secara berhikmah (ada kiasannya), dan sehingga hari ini, aku masih memikirkan apakah maksud beliau...

Gambar YABhg Tun bersama dengan Presiden aku, Presiden Kelab Che Det. Moga KCD ini terus maju dibawah pimpinan beliau dan moga Allah lanjutkan usia Tun Mahathir..