Thursday, March 31, 2011

Amazing Grace & Auld Lang Syne

Setiap kali aku mendengar 2 lagu ini, ia ada kesan yang amat kuat pada diri aku. Ia akan sentiasa mengingatkan aku pada keluarga, adik-beradik angkat aku yang jauh beribu batu di Eropah (pasal lagu ini datang dari sana, jadi aku ingat mereka yang disanalah). Aku tertanya-tanya macam mana semua ini boleh aku lalui & menjadi bagian hidupku, dari seorang yang merantau seorang diri, sampailah akhirnya aku bertemu dengan 'keluarga' yang pelbagai. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Aku cuma seorang dari jutaan manusia yang menempuh pelbagai corak dan warna di hampir semua tempat, dan aku tegaskan berkali-kali, tidak pernah sebagai pelancong.

Jadi bila aku mendengar lagu ini, yang bersifat kemanusiaan, yang bersifat global, memang aku cukup tersentuh. Visualnya aje sudah cukup aku memahami, kerana sesungguhnya aku berada diantara benua ( seperti berkot & cuffling untuk perkahwinan mereka, dan berbaju Melayu disini, mencelah & bergurau dimeja makan bersama mereka - memang aku adaptasi dengan jayanya kerana perbezaannya bukan sekadar daerah, negeri atau negara semata-mata). Mendengar lagu ini, mereka akan berpegangan tangan & bernyanyi bersama, dan ada menitiskan air mata didalam visual lagu ini. Aku pernah disana, dan bersama berpegangan tangan & menghayatinya, dan kini aku di Asia Jauh, jauh dimata tapi tetap dekat dihati. Aku merasa, kesinambungan yang terjalin tidak pernah berkurang, malah tetap kuat dan utuh...

Wajah- wajah mereka, yang aku kenali, yang aku tempuhi didalam perjalananku akan saling bermain dihadapanku setiap kali lagu ini berkumandang... Aku akan terbayang akan setiap sebuah negara, kepayahan & kesusahan kali pertama aku menjejakkan kaki ke negara tersebut dan kemudiannya menjadi sebahagian dari mereka dinegara tersebut, dan senyuman mereka, mungkin juga wajah garang mereka, dan akhirnya mereka menjadi rakan & keluarga ku...setiap suasana yang aku lalui dan pengalaman pahit manis bersama mereka, menahan kesejukan berhujan dan bersalji dengan mereka, berkebun menanam kentang & timun, bergaduh di pejabat pos kerana soal sim kad, bertengkar dengan konduktor bas pasal tiket...mcm2 yang aku teringat. Yang menjadikan kenangan ini amat kuat, kerana, ia adalah sebahagian dari hidup aku... Ya, aku sendiri menitiskan air mata mendengarkan lagu Amazing Grace dan Auld Lang Syne ini...

Pengembara kesepian..perginya seorang..pulangnya...sebagai sebahagian dari mereka...

Palatul Parlamentului (Romania)

Sewaktu aku meronda-ronda Bandar Bucharest. Aku sampailah ke Istana hebat ini. Aku sebenarnya amat suka berjalan sorang-sorang pusing mana-mana Bandaraya dunia. Pasal aku bukanlah semata-mata nak melihat sebagai pelancong, tetapi lebih untuk merasa 'penjiwaan' setempat. Tapi kebodohan aku selalunya, pergi negara orang, macam gitu aje, tak pernah nak tengok buku panduan pelancong, tak pernah merancang nak tidur, mana, yang aku tahu dah sampai negara tu, seret bag, tanya kat kaunter airport, macam mana nak ke bandar, selepas tu, melilau cari hotel yang aku mampu.

Waktu ke sini pun, bajet aku cuma dalam RM500, je, tapi waktu ni, aku menetap kat London, jadi tiket kapalterbang dari London ke Bucharest, aku dapat bajet airline yang murah la. Waktu ni, Romania belum pun jadi ahli Kesatuan Eropah. Jadi, harga banyak yang masih murah, makan minum hotel dan sebagainya. Aku bersyukur, dah teroka negara - negara ni awal - awal dulu, sebelum ia di 'berjiwa Eropah'.. Sewaktu disini aku berkenalan dengan Ciprian yang sedang duduk di bus-stop menanti kawannya datang untuk dia tuntut hutangnya semula. Aku masih ingat, betapa dia tergagap-gagap nak cakap untuk menolong aku, jadi 'pelancong'. Tapi aku cuma mampu melawat tempat-tempat yang free macam muzium yang free. Kalau berbayar, aku tak boleh la tak p. Pasal aku disana, untuk 2 minggu hanya berbekalkan RM500. Kalau kat KL pun belum tentu boleh hidup lagi...

Jadi, aku dibawa melawat taman dan tempat bersiar-siar di Bucharest. Di dalam gambar diatas, diatas bangku sewaktu aku duduk melihat matahari terbenam, tiba-tiba datang seseorang lalu duduk disebelahku. Tanpa aku duga, soalan pertamanya ; 'anda dari Malaysia?', memang aku terkedu waktu tu. Didalam jutaan manusia di Bandaraya Bucharest, aku yang terpencil, datang sorang-sorang, boleh pulak dikenali oleh mat salleh sorang ni..Itulah kuasa Tuhan. Kadang-kadang aku tertanya juga, betul ke dia tu manusia.... Sampai sekarang, ia masih misteri..

Sewaktu aku ke Romania tahun berikutnya, aku pergi ke tempat yang sama, pada waktu yang sama, berharap, kalau-kalau dia akan muncul lagi..tapi tiada...

Aku paling suka beli kasut disana, pasal design dia special, dan teramat murah. Jadi aku amat terkejut, bila aku di Times Square, dan melihat kasut buatan Romania pada harga hampir RM1,000. Aku terkilan jugak, kalau lah aku tahu, elok aku yang jadi pengimport kasut dari sana awal-awal dulu. Paling kelakar, bila salesman yang jual kasut kat Times Square KL tu promote beria-ia benar akan macamana kualiti tak kalah dibandingkan dengan buatan Itali, Perancis & sebagainya... Itulah aku, aku yang datang Romania masa orang Malaysia masih lagi berkiblat ke Paris & Milan untuk fesyen, tapi pasal aku ni pengembara miskin, bukan bisnesman pegang duit berjuta..kalau tidak, dah berkontena kasut aku angkut bawa balik KL time dulu - dulu lagi..

Gambar di bawah ialah Istana Ceausescu, teramat besar, menjadi Pusat Parlimen, cerita penuh hal dia ada dalam Wikipedia. Tapi bangunan inilah yang menjadi kemarahan rakyat dia waktu tu. Kisahnya dia mati ditembak pada malam nak sambut Krismas. Tragik sungguh. Dah lah aku pun lahir bulan 12. Tak jauh je dari birthday aku time dia kena tembak tu...


So inilah gambar Istana tersebut. Aku teringat akan kisah ada rakyat Malaysia tak puas hati dengan perbelanjaan Putrajaya, katanya membazir. Mungkin yang bangkang tu, tahu kisah Istana ni kot. Tapi aku cuma nak ingatkan, masa Putrajaya dibina, rakyat Malaysia tak melarat, tak kebulur pun. Masa kat sini, sampai elektrik pun boleh takde. Dan bagi yang tak dapat bayangkan, biar aku ceritakan. Negara Eropah ni sejuk, kadang-kadang sejuk melampau. Diaorang bergantung sangat pada pemanas (heater), bila takde elektrik, boleh sejuk beku dalam rumah, silap-silap boleh mati. Jadi aku faham kenapa rakyat marah. Tapi aku tak pernah dengar pulak, rakyat Malaysia mati kepanasan dalam rumah pasal tak dapat on air-con, semata-mata pasal Putrajaya..

Prinsipnya sama - berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Sebelum kita kata, teraniaya, tengoklah orang yang lebih teruk dari kita. Sebelum kata kita melarat, tengoklah orang yang lebih menderita dari kita. Kata-kata yang tertulis, memang boleh dibaca, tapi kalau tak merasa sendiri, jangan cakaplah... Itu teori bukan realiti... So kalau yang bangkang tu nak samakan Istana ni dengan Putrajaya, aku rasa, dia masih keanak-anakkan. Orang luka terkena pisau, manakan sama dengan pejuang yang mati dibunuh kerana berjuang. Tapi kita hanya membaca dari tempat kita dengan penuh keselesaan...tahu tapi tak merasakannya...

Apakah kita semakin tamak?

Benarkah ada antara kita kini mula tidak ambil peduli apabila musibah menimpa orang lain (dulu2 semasa aku kemalangan, aku dibantu, 3 kali kemalangan, dan sekali kereta rosak - pada hamba Allah yang menolong - terima kasih, moga Allah jua membalasnya )

Adakah masyarakat kita yang penuh dengan sifat sopan - santun dan berbudi bahasa sudah bertukar menjadi tamak haloba ? (ye ke kita bersopan santun, aku cakap  terima kasih, ada juga yang tarik muka kat kaunter kedai  - perasan aku nak mengurat dia agaknya)

Beberapa kejadian berlaku memaparkan realiti sebenar sikap segelintir masyarakat kita. Februari lepas, seluruh negara membaca luahan rasa kecewa seorang pemandu lori treler - Ahmad Rozlin Ahmad Murad, dengan  sikap orang ramai berebut memungut kampit berisi beras bertaburan diatas jalanraya selepas lori treler tersebut terlibat dalam kemalangan tanpa memperdulikan mayat rakannya yang tersepit dikenderaan. (Aku pernah tengok cerita drama tv, seorang imam marah pada satu keluarga, pasal tak reti mempersiapkan  mayat, sebelum dimandikan, katanya, apa nak jadi, benda macam gini pun tak tahu nak buat, aku akui mengetahui menguruskan jenazah fardhu kifayah, tapi bagaimana pula bila ada mayat tersepit depan mata, dibutakan mata semata-mata nak mengejar kampit beras? Aku rasa berat lagi dosa pencuri beras dibandingkan dengan keluarga 'jahil' yang imam tu marah sangat)

2. Kenderaan pacuan 4 roda membawa lebih RM70,000 (dalam bentuk syiling) terlibat kemalangan di KM244 Lebuhraya Utara - Selatan berhampiran susur keluar Pedas. Duit syiling bertaburan, mereka yang lalu 'berpesta' mengutip syiling dan tidak menghiraukan rayuan pemandu kenderaan pacuan 4 Roda tersebu (bagaimana agaknya  diaorang ni kalau diaorang plak merayu, orang lain plak buat bodoh je..)

Mufti Perak - Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata - duit tersebut haram kerana ia mempunyai pemilik dan wajib dikembalikan

Penasihatt Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) - orang ramai hendaklah  membantu mangsa kemalangan tersebut dan memulangkan kembali wang syiling dan bukannya mengambil kesempatan daripada insiden tersebut.

Pada aku - kalau tak minta pandangan 'orang agama' pun, common sense lah, tak bolleh ambil hak orang lain. Betul juga kata pensyarah  aku dulu - I don't know why, common sense has become so rare?

Wajarkah insiden-insiden mencerminkan 'tamak haloba' rakyat Malaysia berlaku, sedangkan kita memang dididik dengan sikap Masyarakat Penyayang & Berbudi Bahasa? (Pada aku, didikan memang ada, tapi meresap masuk ke jiwa atau tidaknya, lagipun, kan rakyat Malaysia ni, terkenal dengan double standardnya... Macam masa aku berbual dengan Profesor Shamsul Amri UKM, katanya ; semut seberang jalan nampak, gajah depan mata tak nampak plak..)

Apa dah jadi dengan masyarakat kita hari ini, tinggal 9 tahun sebelum menuju wawasan 2020, dan kita sekarang menuju gagasan 1 Malaysia. (Kita memang menuju kemajuan, rakyat bangsa kita makin ramai yang pandai - tapi macam aku selalu cakap dalam ceramah, pandai tak boleh diikut, bodoh yang tak boleh diajar, common sensen takde..)

Rakyat Malaysia Tidak Jujur?

Benarkah rakyat negara ini sudah tidak ada nilai kemanusiaan dan tidak lagi prihatin terhadap mereka yang memerlukan? Persoalan timbul selepas beberapa kejadian baru - baru ini menunjukkan kerakusan rakyat Malaysia dan sekali gus mencetuskan pertanyaan terhadap tahap integriti masyarakat di negara ini terutama di bandar.

"Apabila nafsu mengatasi pemikiran, masing-masing memikirkan tentang diri sendiri dan tidak kisahkan tentang orang lain. Inilah masalah kita" - Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr. Mohd Tap Salleh.

Menurutnya, memang tidak dapat dinafikan bahawa rakyat Malaysia kini  terlalu bersifat materialistik.

Jangan kita ingat kita di Malaysia penuh sikap ketimuran, walhal tidak begitu.

Pengalaman Dr. Mohd Tap Salleh

1. ...semua kenderaan menghormati kenderaan yang keluar dari simpang kanan. Kalau di Malaysia, sudah tentu masing-masing berebut nak keluar simpang  dahulu... (di England)

2. ..penduduk (penghuni) apartmen disana tidak menggunakan bilik air selepas pukul 12.00 malam, kerana tidak mahu menganggu penghuni tingkat bawah bila pam ditarik, tiada undang-undang atau peraturan, tetapi kerana mereka prihatin dengan penghuni lain... (di Geneva - Switzerland)

3. ...tiada kes laporan rompakan atau kecurian berlaku di tempat bencana... (di Jepun)

Di Haiti  - Kedai di pecah masuk
Di Malaysia - Peti besi derma perlu dirantai + Papan tanda 'jaga barangan peribadi anda didalam surau'

Kejujuran Semakin Hilang

Apakah perkara menjelekkan berlaku pada bulan Februari lalu? Kemalangan membabitkan lori beras yang terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Bukan kemalangan itu yang menjelekkan tetapi situasinya, sifat jelek rakyat negara ini yang kononnya kaya dengan sopan santun dan budi bahasa serta tebal nilai dan budaya timur (wartawan tidak menyebut tentang agama)

Dalam insiden yang berlaku orang ramai lalu lalang dengan rakus mengaut beras yang bertaburan dan mengisinya dalam apa juga bekas termasuk topi keledar dan beg tangan (apakah rakyat Malaysia mengalami kebuluran melarat?)

Kerana tamak mahukan beras percuma (yang mungkin tak sebanyak mana boleh dikaut dengan tangan) yang bertaburan, mereka langsung tidak memperdulikan pemandu dan kelindan lori tersebut yang cedera serta dalam kesakitan. (dimana sikap prihatin masyarakat penyayang kita?)

Lebih mengharukan (aku lebih suka perkataan - meluat), orang ramai mengharungi lokasi kemalangan seperti semut menghurung gula, langsung tidak endah (tak amik  pot) kepada mangsa yang cedera (tapi kita lebih syok terjah orang untuk mengendap kes khalwat yang juga, mengikut Dr Asri - tidak  elok aib didedahkan)

Persoalannya - patutkah situasi tersebut berlaku disebuah Negara Islam (Negara distatuskan Islam dan Islam pada wajah mereka yang menghurung beras mungkin ada, tapi roh keIslamannya  dimana?) yang kononnya mempunyai masyarakat yang mengamalkan tatasusila tinggi? (aku tak berminat guna perkataan tatasusila, orang macam gini, ibarat telunjuk lurus - kelingking berkait)

Adakah ini menunjukkan rakyat negara ini sudah tidak ada nilai kemanusiaan dan tidak lagi prihatin terhadap mereka yangg memerlukan (masih ada yang prihatin, tapi mungkin tidak tahu memperlihatkannya, tetapi bagi yang oportunis, keprihatinan hanya kalau boleh masuk dalam tv)

Tinjauan rambang Mega (Utusan Malaysia) di kaunter hilang memberikan satu rumusan istimewa:

"lebih banyak aduan  barang hilang daripada mereka yang pulangkan barang dijumpai" - ini bermakna ramai masyarakat (iaitu aku - kau & dia ) yang tidak bersikap jujur. Jawapan petugas kaunter memberi gambaran bahawa jika kita kehilangan barang atau tertinggal sesuatu, jangan harap menemuinya kembali. Mereka yang menemuinya tidak akan memulangkannya. ( Pengalaman aku - menolong menumpangkan orang, bila dia turun kereta, kamera, psp dan handphone aku hilang sekaligus )

Eksperimen wartawan;

1. Kes 1 - Perhentian Bas Kajang, 5.30 petang, RM10 diletakkan berlipat dikerusi menunggu bas. Selang beberapa minit ada sepasang suami isteri  warga (aku rasa wartawan maksudkan bangsa) Cina kelihatan seperti menunggu bas. Suami melihat, tetapi isteri tidak mengendahkannya. Mereka naik bas. Selang beberapa ketika,  seorang lelaki pertengahan umur, berpakaian kemas, kelihatannya baru pulang kerja. Nampak duit tersebut, bertanya pada penulis, dan menyerahkannya kepada wartawan bila wartawan menyeluk poket.

2. Kes 2 - Restoran Mafana, Bandar Puteri, Puchong,  2.00 petang. Wartawan meninggalkan telefon berharga RM88, dipanggil oleh pelayan dan menyerahkannya. Wartawan meninggalkan telefon berharga RM1,800 (di restoran berbeza), memilih untuk duduk disebelah meja yang dipenuhi oleh remmaja lelaki. Sangkaan ternyata benar.  Telefon  diambil oleh salah seorang remaja, tanpa menyedari diperhati jurugambar. Remaja terus ke kaunter, untuk membayar makan & minumnya sahaja (bukan untuk menyerahkan telefon), dia terus pantas menuju ke kenderaannya (aku rasa motorsikal). Jurufoto pantas menerpa,  dan bertanya kenapa diambil telefon tersebut. Katanya ; "tak sempat nak panggil tadi & mungkin tiada siapa yang jujur untuk menyerahkannya kepada polis..Jadi baik diambil"

Senario diatas jelas bahawa sebahagian rakyat negara ini, tidak mempunyai integriti (keikhlasan & kejujuran) dan sanggup mengambil kesempatan diatas kesusahan orang lain (aku dah banyak kali terkena, bila aku tulis dalam facebook aku susah nak percaya kat orang, ada plak mamat yang terasa)

Kesantunan dan budi bahasa yang kononnya (aku suka wartawan gunakan perkataan - kononnya) menjadi pegangan dan amalan kita semakin terhakis oleh tuntutan kebendaan terutama dikalangan generasi muda (tapi aku rasa ada banyak sebab selain tuntutan kebendaan)



Dipetik dari Mega Fokus - Utusan Malaysia (31 Mac 2011)

Oleh           Noor Fazrina Kamal
Gambar      Saiful Bahari Ashari

Kemudaratan

Didalam ketidaksempurnaan kehidupan, yang sudah semestinya diperakui, kadang-kadang aku menerima hakikat, perfection tidak mungkin dalam imperfect world. Aku lebih yakin dan percaya akan 'state of equilibrium', dimana keseimbangan itu adalah perlu. Equilibrium ini aku fahami semasa subjek Ekonomi dipelajari dulu. Dari sudut sains pun sama, tekanan sentiasa ada, sebab itu wujud Newton Law. Jadi, bila bercakap tentang soal kehidupan, aku tertanya, sebagai manusia yang penuh kekurangan, kenapa desakan kesempurnaan itu melampaui kemampuan kita. It is a big difference between challenging oneself to improve, or about having utopian values to be achieved. Eventually, being utopian may lead to desperation.

Adalah amat perit bagi individu yang tidak mampu memenuhi expectation yang diletakkan keatas mereka. Pada aku adalah lebih wajar, expectation itu diselarikan dengan kemampuan didalam individu tersebut. Pada masa yang sama, melihat kepada perkara yang lebih makro. Prinsip - Guiding Principlenya tetap sama. Tak perlu aku sebutkan, cuma bila bercakap tentang terpaksa memilih diantara 2 kemudaratan, pilihkan yang paling kurang risiko berkaitan. Didalam membuat pemilihan tersebut, lihat dan kaji criteria serta aspek penilaian secara menyeluruh. Jangan disempitkan didalam ruang lingkup yang sama, kerana we do not live in isolation. Kaedah untuk isolate kan sesuatu, dan kemudian digabungkan kepada level makro haruslah difahami. Setiap perkara ada kaedah dan cara. Ada formula dan strategi, malangnya, ia dikelam - kabutkan dengan pemahaman cetek - matlamat menghalalkan cara...

Hikayat Merong Mahawangsa

Semasa menonton, aku memang tertarik dengan storyline penceritaan filem tersebut. Sayangnya, aku juga turut terganggu dengan perbualan orang dibelakangku yang merasakan bahawa dia mengetahui segala-galanya.. Cukup mengecewakan..

Enuf said, I believe, this is a a movie that gives a different in sight, on Bahasa Kebangsaan. Jarang juga kita terfikir yang Puteri Negeri China pun kena belajar cakap Melayu..

Desperate Housewives ( Season 7 )

Episode 3

  Happiness is something we all want, and so we search for it - little girl finds it in the taste of chocolate, well dress man discover it at their local mall, teenage boys experience it when talking to pretty girls, and there are housewives who simply can't be happy until they know everything they can about their newest neighbour on the block...

"On this street, never confuse being nosy with being friendly, they were digging for dirt.."

Episode 7

Humiliation is not always something we can avoid.. we may have wives who insult our masculinity, we may take jobs we feel are beneath us, we  may have boyfriends who make us feel old. Yes, there are all sort of ways to be humiliated in life. But the surest way to get your dignity back is to get what you have been waiting for..

Monday, March 28, 2011

Semasa di Netherlands

Aku ambil gambar semasa di Venlo, kalau ikutkan, aku paling suka pergi Venlo pasal cheesenya sedap. Lagipun, tak terasa langsung bila sampai kat Belanda ni, pasal dari Duisburg (Germany) kesini, adalah dalam setengah jam, dan tiada imigresen nak check passport pun. Selalunya, kitaorang akan kesini untuk beli cheese dan roti, dan aku paling suka sos German - Pommess, yang memang tak ada, walau di England sekalipun.

Waktu ni, musim luruh, sebab tu aku masih lagi kena pakai jaket tebal. Dan sesungguhnya, aku paling tak suka pakai jaket tebal-tebal ni, berat dan meletihkan. Sampai hari ni, kalau orang tanya, aku akan kata, aku tak suka pergi Eropah masa musim sejuk, pasal macam gambar diatas la. Tapi aku bersyukur berpeluang untuk dapat duduk disana, dan lebih bersyukur lagi, sekarang aku boleh pilih bila aku nak kesana. Semua di sana, samada di England, Jerman, Netherland, Russia, Portugal, Sweden akan faham bila aku pilih untuk pergi semasa musim panas. Thanks to you all there..

Memandangkan aku merantau lebih 10 tahun dulu, aku terkilan dan juga 'meluat' kadang-kadang dengan kesombongan pekerja travel agency, semasa aku ke MATTA FAIR, tak semua sombong, tapi pada yang sombong, pesan aku - memanglah korang semua pun pergi oversea, tapi pasal korang semua ditanggung company, dan korang cuma taw tempat yang company korang dah 'pasti selamat dan selesa'. Turun kapalterbang je, dah ada orang menunggu, dah ada bas menanti. Tak payahlah nak samakan orang merantau dengan orang yang pergi melancong. Jauh bezanya, ibarat tujuh petala langit dengan tujuh petala bumi...

Tun Mahathir

Sewaktu gambar ini diamnbil, aku belum lagi menetap di Malaysia. Aku berada di Malaysia untuk seketika, dan selepasnya, aku pulang semula ke England.

Kelihatan dibelakangku, Dato Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dan juga Yang DiPertua Negeri Melaka, Tun Khalil. Sampai hari ni, aku tertanya, macam mana Tun Khalil dari Negeri Pahang, dapat jadi yang DiPertua. Tapi tak kisahlah, semasa di Rumah Melaka, Raya tahun lepas, dia memang baik, layan semua orang.

Mesyuarat ini adalah di BBMB (yang kini sudah tiada dan diganti dengan CIMB), Cyberjaya. Aku pun tak tahu jalan, sesat juga pasal masih baru dengan Cyberjaya. Samada aku yang masih baru, atau Cyberjaya yang masih baru, tapi rasanya kedua-duanya lah. Tapi aku tak lupa akan pesan, Dato Seri Tengku Adnan, yang Tun Mahathir, is a very punctual person, dan memang betul pun. Dia sampai on time. Tapi aku kagum, yang escort police langsung tak berbunyi. Tahu-tahu je, dia dah sampai kat pintu depan, dan disambut. Aku masih lagi ingat macam mana suasana tersebut. Aku amat menghargai kekuatan tenaga beliau untuk berdiri, dan bercakap, dan menjawab semua persoalan. Itu adalah hari yang aku panggil 'Sehari bersama Dr. Mahathir'. 

Aku ada bertanya soalan, dan beliau menjawabnya, tapi tak perlulah aku tulis disini apa yang aku tanya, pasal soalan itu teramat panas, sehinggalah sekarang. Aku amat menghargai beliau yang begitu komited menjawab. Aku juga amat berterima kasih beliau menerima surat tulisan tangan ku pada waktu tersebut...

Naga

Sewaktu Tattoo ini dibuat, aku hanya terfikir, mahukan gambar harimau, tapi memandangkan template untuk Harimau tak ada, kenalah terima Naga yang ini.

Kalau ikut tarikh lahir, aku, sebenarnya aku ini, Harimau, dan bukan harimau biasa, diantara semua elemen-elemen yang ada. Ikut Kalendar yang ada 12 binatang, Harimau merupakan Raja di Darat, dan Naga pulak Raja di Angkasa. So, kalau ikutkan kepada 'territorial rights', Naga & Harimau tak boleh bertemu, hendak lagi kalau bekerja dalam satu pejabat. Paling panas, kalau seorang itu bos, seorang lagi pekerja, memang hari-hari boleh bergaduh.

Bagi yang agak 'kelam' & 'keliru', tentang tarikh lahir ini. Aku selalu berijtihad, yang sebenarnya, elemen-elemen ini, tiada kesamaan, tiada hubung kait dengan 'menilik nasib', tapi sebenarnya lebih memahami akan personali & sikap. Jadi, aku selalu juga bantah, bagi orang yang tetiba nak bagi ceramah ugama berdasarkan pada pandangan 'jumud' dia tentang tarikh lahir ini. Aku melihat dari sudut sains, iaitu, meletakkan 'kategori' yang sebenar akan diri seseorang itu, dengan sebenar-benarnya. Kalau dalam cerita 'polis' yang berkaitan dengan jenayah, polis pun akan buat, 'profiling' tentang orang tu. Jadi, pada aku, tarikh lahir ini sebenarnya adalah profiling. Jadi adalah amat rugi, bila 'tamadun membaca tarikh lahir ini' yang dah berusia 5,000 tahun, ditolak tepi, atas kejumudan tafsir, yang menyebabkan kerugian ilmu menganalisa manusia. Jadi kita akan bergantung kepada seorang Psychologist & Sociologist untuk mengenali manusia dan masyarakat.

Tak tahu pula, aku akan sikap kebergantungan kepada profesional lain, kalau benda dan perkara asas itu boleh kita buat sendiri, makanya buat lah sendiri dulu. Kalau sikit-sikit pun nak rujuk, then, itu adalah teramat manja pada pengamatan ku. Budaya aku semasa di Jerman & Russia, ialah belajar, dan mencari ilmu. Bila mendepani persoalan & masalah, selesaikan dulu, jangan terlalu cepat untuk mencari 'profesional' yang belum tentu ada pada waktu tersebut.

Jadi persoalan pokok disini, ialah terjahan perkara 'hukum' yang akan menyebabkan kita terpinggir dari memahami ilmu itu seperti yang telah dimaktubkan, disebabkan sesetengah pihak yang menghukum, mereka lebih faham, sedangkan pihak tersebut pun, tidak memahami akannya sedalam-dalamnya.

Contohnya - Minyak wangi beralkohol. Dulu-dulu ramai 'pengeluar hukum' yang semberono duk kata haram, alasannya najis. Jadi aku selalu provoke minda diaorang, dengan bertanya - habis tu cuka macam mana? Kan dalam tempoh tertentu dia jadi haram, lepas tu jadi cuka semula. Dia setuju, tapi yang membingungkan orang sebegini juga yang kata, jangan halalkan yang haram. Habis tu, aku kata, cuka tu kan dari haram lepas tu jadi halal semula. Selepas aku menggunakan analogi cuka, aku bertanya lagi pada 'pengeluar hukum', pernah pergi jumpa doktor, katanya pernah, pernah kena suntikan, katanya pernah, habis tu, yang kena sapu kapas sebelum kena injek tu, bukan alkohol ke? Yang itu boleh pulak jadi halal. So, katanya, bukan untuk diminum. Maka, aku jawab lagi, sape pulak yang kata minyak wangin beralkohol itu untuk diminum, minyak masak pun orang tak minum, takkan minyak wangi orang nak minum.

Orang orang yang 'kelam' & 'keliru' ginilah yang selalu meletihkan aku. Masalahnya, diaorang ini juga yang menjadi 'profesional' untuk 'rujukan'. Dimana kebergantungan akal, sekiranya mereka ini semberono, kerana tiada kemampuan untuk melihat 'yang terhijab & terlindung'. Apakah Islam itu bersifat superficial, dan mementingkan isu ranting, makanya perkara pokok, dan berat, tersisih. Setahu aku, Al-Quran itu sendiri bersifat mukjizat maknawy, iaitu mukjizat yang memerlukan kekuatan aqal untuk menghargai kemukjizatan tersebut. Kenapa pulak ada 'profesional' hari ini, tidak memanfaatkan kekuatan aqal mereka sepertimana yang dituntut?

Perkata paling jumud & kalut. Mengikut sejarah (yang aku tak ingat bila), tapi sewaktu kewujudan tenaga elektrik. Terdapat segolongan ulamat Mekah yang menentangnya, katanya, elektrik itu asasnya adalah api, dan itu adalah unsur Iblis, maka hukumnya adalah Haram. Mungkin mereka terlupa, barangkali, yang Lilin yang dinyalakan waktu malam itu, bukan pun berunsur api, tapi adalah api yang sebenar-benarnya. Yang itu boleh pula menjadi Halal. Persoalan yang bermain difikiran ku? Bagaimana caranya mereka ini, 'mengkaji, apakah melalui lembaran buku dan kertas, melalui pembacaan, yang tidak mencakupi keseluruhan ruang lingkup ilmu berkaitan, tetapi disebabkan lesen 'profesional' mereka, maka, hukum tersebut perlu dipatuhi. Wajib. sekiranya tidak, jatuh berdosa.

Peribahasa Melayu yang aku cukup suka gunakan bila bagi ceramah ' Janganlah kita jadi Pandai yang tidak boleh diikut, dan Bodoh yang tidak boleh diAjar'. Bukan untuk pendengar ceramah aku, tetapi untuk diri aku sendiri supaya ingat untuk sentiasa tawaduk & merendah diri. Masalahnya 'profesional hukum' ni, amat payah aku nak tengok tawaduk diaorang.

Seperkara lagi - Halam & Haram, seingat aku adalah Milik Allah, apa yang diantara keduanya itu, merupakan kontemporari yang boleh ditentu pakai oleh manusia... Dulu Alkohol Minyak Wangi itu ditafsir Haram. Ulama Mesir menghukumkan Harus kerana Alkohol itu membunuh Kuman. Aku di Mekah, masih lagi perkara, Alkohol itu Haram. Seperti yang aku nyatakan, Halal & Haram itu Milik Allah, siapalah kita yang suka-suka meletakkan hukum, sehingga masyarakat jadi keliru. Kebenaran itu tetap ada. Alkohol membunuh kuman. Jadi, tak boleh lah haram, kalau makruh dlm minyak wangi mungkin aku boleh lagi terima. Al-Quran tidak menolak dan menafikan Sains.. (Huru-haralah jadinya bila Hak Allah, dihakmilik kan oleh 'profesional hukum' ini...) Tak berdosa ke diaorang ni, atau diaorng merasa, diri mereka itu juga adalah maksum..?

Friday, March 25, 2011

Ungkapan Kegemaran Ku..

"I thought it will take a long time, but I realise, it is going to be longer than forever" (dari kartun dalam akhbar)

"Apologise for not apologising" - dari Bill Clinton

"Reluctantly but without any hesitation" - juga dari Bill Clinton - yang aku gunakan didalam tulisan aku untuk Parliment Malaysia - setelah diterjemah Melayu kan

"Until hell freezes over" - semasa sidang UN. Aku tak ingat siapa yang cakap dan kepada siapa. Tapi aku ingat macam mana marah orang tu.

Desperate Housewives (Season 7 - Episode 4)

 "do you know why people make fun of us?, they're jealous, because we still have the guts, to go after what we want" ie go & do it

Concluding remark of this episode - "Is it call a purse, and any woman knows it can hold just about anything, from a bottle for a baby to a cheque for protection, to a gift for a new friend. Whatever you find inside, there is one thing, you could be sure of, every purse say something about the woman who owns it, whether she knows it or not.."

"you have no choice. (by A), then I no longer choose..."(by B)

"it was concise & to the point"

"the inks not even dry" - its not dry (about a contract)

"we can't let opportunity for happiness pass by" (moving on after a divorce)


 Desperate Housewives - (Season 7, Episode 1)

"bad news travel quickly, and when it arise, we have to find a way to deal with it, if our husbands tells us to move on, we look for project to distract us, if the bills start to stacks up, we finds way to earn extra cash, if we're told a secret, too terrible to share, we learn to keep it to ourself, but we must remember, the bads news that's delivered, can sometimes be good news in disguised.."

 Desperate Housewives - (Season 7, Episode 2)

Bree:
"her grandmother, informed her, it's a woman's burden, her minister warn her, it was a sin, her teacher taught her, it was unhealthy", yes, everyone has told Bree, her sexual urges were dangerous, but no one, had ever told her, how to get rid of them" - reminds me, of Pendidikan Seks di Sekolah.

"Now for the love of God, can you at least remember..."

"I can't tell you how to live your life, all I can tell you is, not living your life is not the answer.., take my word - once it turn into regrets, its too late..."

"you tear other people's life apart for your own amusement, and then you get the fun of putting them back together"

" I'm a patient man, just to be clear, I won't be patient forever "

"The way things been going late, I am not worried about taste, as I am worried about poison"

"What you did was borderline evil, but you were right to make me... So I thank you for being a good friend, but don't ever do it again...you know, when I do not feel like killing you, I think I like having you around"

Summary
There are certain kind of pains that can't be treated in hospital, so that those who are suffering do what they can to heal themselves, some cure the ache of loneliness by making new friends, some soothe their excruciating guild with their new fusion of cash, some alleviate their burning desire, with small acts of kindness..But sadly, there will always be those who can't being to heal...because they realise there is more pain yet to come..

Wednesday, March 23, 2011

Parlimen Malaysia ( 22 Mac 2011 ) 8.30pm

Kisah bermula sewaktu aku menerima 'panggilan', untuk hadir perbincangan di Bilik 2. Aku hanya mendiamkan dirinya (maknanya aku tak begitu ingin nak pergi waktu tersebut, kerana ada perkara lain, bukan kerana aku tidak mahu pergi ke perbincangan tersebut)., tetapi cukup 48jam kemudiannya, aku ditelefon sekali lagi, dan aku tiada upaya untuk mengatakan NO, walaupun aku ini, memang terkenal dengan Black & White policy. Aku sebenarnya segan (ikut tertib orang Melayu), untuk mengatakan tidak berkali-kali. Dah bertahun dengan Jerman pun, masih ada lagi elemen 'segan' Melayu dalam diri aku ini.

Semasa dalam perbualan ditelefon tu, aku bertanya (sungguhpun aku mengetahui akan hakikat dress code masuk ke parlimen, please la, bukan kali pertama aku ke sana pun), samada aku boleh pakai t-shirt polo yang berkolar.  Sebabnya, cukup mudah, hari dah malam, dan aku pulak dari rumah. Aku rasa pelik sangat, kalau kena pakai necktie malam-malam buta masa nak keluar rumah. It feel so strange.

However, yang 'menjemputku' berkata, bahawa dia rasa tiada masalah kerana hari dah malam, dan menurutnya ramai 'rakyat istimewa' boleh pula masuk macam gitu aje, so dia kata, pakai je, bukan nak masuk dewan pun, tapi ke bilik perbincangan. Aku faham dan aku pun fikir tiada apa-apa kesalahan. Ibarat, kalau aku ni technician nak kena buat kerja repair dalam bangunan tu, takkan kena pakai kot juga. Tapi tak tahu la kalau memang macam gitu.

Aku pun, walaupun dah biasa, boleh terlupa bahawa Dewan masih bersidang pada malam tu.

Pada malamnya, selepas aku tgk tajuk berita, aku terus ber'pergi'an ke Parlimen, jalan yang aku pilih, adalah melalui Duke, terus ke Jalan Kuching. Dari situ terus lah aku dibelakang Dataran Merdeka.

Sesampai disana, polis bertanya, aku katakan aku pelawat dan ada mesyuarat. Dia minta aku tinggalkan lesen. Aku terus memandu ke pondok pengawal, dan menyerahkan lesen. Sambil bertanya, boleh ke aku ni masuk. Katanya yang cukup ramah dan sopan - 'tak pasti encik, pasal dewan masih bersidang, tapi cubalah tanya kat pintu masuk. Bilik mesyuarat pula di Bangunan Rendah. Aku dah mula rasa, mungkin aku kena patah balik je ni'.

Bila aku mendengar bahawa Dewan masih bersidang, aku terus bertanya, ada pintu masuk lain tak, pasal aku tak nak menyusahkan sesiapa pun. Aku masih tahu adab & adat, untuk masuk tanpa bertembung dengan Policy Makers Malaysia yang aku tak ada berurusan pun. Lagipun, memang ada muka-muka yang memang aku lebih rela tak tengok dari bertembung kat Pintu Dewan.

Katanya kepada ku - ada di Pintu 5, terus naik lif ke Bilik Mesyuarat.

Selepas itu, aku terus ke tempat aku biasa parking, walaupun aku rasa, mesti jauh dari Pintu 5 pasal tempat aku biasa parking tu, memang dekat pintu masuk utama. Aku terus berjalan laju pergi ke Pintu 5 (walaupun aku tak berapa ingat dimana). Aku tak mahu lewat, masih ada 5 minit lagi. Aku terlajak sampai ke Pintu 7. Aku bertanya pada wartawan yang baru keluar dari Pintu 7, dia kata dia tak pasti. Aku masuk dan bertanya kepada wanita yang menjaga Pintu 7, dia bersungguh-sungguh kata, aku kena patah balik dan masuk semula ke terowong. Aku pulak tak dengar dengan betul, aku terus masuk ke terowong, aku terlajak lagi sekali, aku sampai semula ke Pintu 4. Aku pun berpatah balik, pergi berjumpa dengan dia di Pintu 7 (jauh juga sebenarnya dari Pintu 4  ke Pintu 7). Dia agak menggelabah. Aku kata, kalau saya masuk dari Pintu 7 boleh. Dia kata, tak boleh Encik, pasal ini laluan terus. Tapi, cuba cari Pintu 5, Masuk semula ke terowong, lihat sebelah kanan.

Bila dia kata sebelah kanan, baru aku teringat aku melihat seperti sebuah 'bilik' anggota keselamatan berkumpul bila lalu didepannya. Sebenarnya bila dah masuk dalam bilik itu, nampaklah ruang legar depan pintu lif untuk aku ke Tingkat 2. Aku sampai buat kali ke - 3 nya di situ. Dan yang menjaga, berasa amat serba - salah, kerana tidak dapat membenarkan aku menaiki lif. Walaupun, kalau dia bagi naik tangga pun aku tak kisah. Pasal aku dah sampai dari 'jauh'.  Tapi dia bersungguh-sungguh mempertahankan peraturan dengan berhemah. Aku terima, dan aku ucapkan terima kasih. Aku terus keluar dari Pintu 5.

Semasa aku menuju ke parking kereta yang terletak dengan Pintu Utama Dewan, rupa-rupanya Dewan baru habis bersidang. Kelihatanlah, deretan kereta-kereta YB, ada yang teramat mewah, ada yang biasa, ada yang gah dengan pelbagai simbol & logo dikereta masing-masing. Aku terus sms pada pegawai di Tingkat 2, aku katakan;

'Salam, saya dah sampai di Parlimen, tapi tak dibenarkan masuk, kerana pakaian kasual. Jadi saya tak dapat hadir ke mesyuarat ini. Tapi, saya akan maklumkan pada ***'

Jawapan yang aku terima; 'Ok'

Aku forwardkan sms tersebut pada ***, dan katanya 'banyak protokol betul', dan dari kata-katanya, aku tahu dia marah. Yang menariknya aku tak rasa marah pun pasal tak dapat masuk mesyuarat tersebut.

Pada waktu tersebut aku teringat akan 'rakyat istimewa yang dapat masuk dan jumpa Menteri, seperti itu sahaja, dengan pakaian kasualnya juga'. Aku katakan pada diri aku. Aku cuma golongan rakyat biasa, salah seorang diantara 20 juta lebih warga Malaysia. Aku bukan pun 'golongan setaraf' seperti barisan pemilik kenderaaan-kenderaan yang berderet didepan mata aku sekarang ni.

Selesai membaca sms 'Ok' tersebut, dan melihat pemandangan indah kereta-kereta YB, aku terus masuk ke kereta untuk meninggalkan Parlimen. Aku ucapkan terimakasih diatas sikap dan etika sopan sewaktu menerima lesen aku dari pondok pengawal.

Masuk semula ke Jalan Mahameru, aku terus ke Cheras, dimana aku terlupa dan meninggalkan dompet aku diatas kereta di Petronas Sri Permaisuri. Aku ucapkan syabas kepada pekerja petrol pam tersebut yang ada menanti dikereta ku, bagaikan patung, kerana dia bimbang, sekiranya dia meninggalkan keretaku. dompet tersebut akan hilang. Walaupun hakikatnya. pada waktu tersebut, sekeliling aku tiada orang. Tapi iyelah, hari dah malam...belum tentu kalau tak nampak, ertinya tiada...

Baskin Robbins

Sudah lebih setahun rupanya Pink Day - Wednesday dilancarkan. Dimana, 2 scoop ice cream untuk kanak-kanak, adalah untuk satu scoop ice cream regular pada harga yang sama = RM7.90, kalau tak silap, tapi selepas tax lebih kurang RM10.00, jadi aku ambil peluang makan aiskrim kat Baskin Robbins ni pada hari Rabu.

Rasanya, lain kali pun aku akan pergi hari Rabu sahaja (kalau berhajat nak makan aiskrim la), kerana hanya hari ini yang ada pakej promosi tersebut. Peliknya sebelum ini, tak pernah sekalipun mana-mana pekerja Baskin Robbin maklumkan akan Pink Day ini.

Cuma, aku terkilan, tidak diberitahu yang 'Hot Fudge' sebagai toppings dah habis. Jadi aku tanya 'sebenar-benarnya', apakah di outlet itu sahaja yang dah habis atau 'kapal export hotfudge karam dilautan?', jawabnya - Stok lambat sampai.. Fahamlah aku..Aku tak salahkan mereka pun..Cuma sewajarnya dimaklumkan pada customer awal-awal. Kalau di Jerman, mahu dipulangkan terus aiskrim tu..

Monday, March 21, 2011

Cleveland, Ohio (United States)

Gambar semasa menuntut di Cleveland USA. Tempat tinggal, kat tingkat 7. Viking Hall, namanya. Seronok juga masa belajar MBA kat sana. Tapi, bila dikenangkan soal-berjawab masa kat Philadelphia Airport dengan imigresen sana. Fikir banyak kali kalau nak ke Amerika semula, sekarang ni, mesti lah lagi payah, aku pergi sana sebelum 11 September, pun dah sengsara waktu tu. Nak masuk USA memang 'mimpi ngeri', tapi selepas masuk. Terutamanya masa di Cleveland, memang seronok. Tak jauh pun dari Canada. Memang dah dekat dengan Niagara Falls. Cuma, aku je yang tak pergi-pergi ke Canada masa duk kat US dulu. Itu semua takdirlah, nak kata macam manakan...

Friday, March 18, 2011

Keluarga Poliakov

Gambar aku tengah memegang Pink Panther. Selalunya tiap-tiap malam, kami akan 'berperang denga Pink Panther ini'..

Inilah gambar keluarga angkat aku (sebenarnya aku ada ramai keluarga angkat), ini adalah keluarga Poliakov. Dalam gambar, yang paling 'masak' warna kulit, aku juga la...

Bratsk University

Aku masih ingat sewaktu dijemput untuk masuk, aku serba-salah, pasal aku tahu budaya belajar. "jangan gangu pelajar", walaupun kita ini tetamu dari jauh. Berlainan dengan kita disini, pelajar boleh keluar kelas untuk mengalu-alukan pelawat. Jadi, budaya menghargai ilmu itu sangat penting, bagi mereka. Teringat pula aku akan kisah di Jepun, dimana polis menolong seorang pelajar untuk menaiki kereta polis (dengan siren), semata-mata untuk memastikan pelajar tersebut, tidak lewat untuk peperiksaan, disebabkan oleh kesesakan lalulintas yang luar biasa pada waktu itu. Aku terfikir, bagaimana kita disini barangkali?

Ini gambar dari PostCard yang diberikan kepada ku. Aku selalu berjalan-jalan disini pada malam hari dengan Pasya. Kami akan bercerita panjang sepanjang perjalanan, dalam sejuk. Selalunya bila sampai didepan Universiti ini, kami akan lihat ke puncaknya, untuk mengetahui suhu pada waktu tersebut. Jadi, kita tahulah sesejuk mana bandar Bratsk hari tu.

Didalam aku tidak bersedia untuk berbuat apa-apa. Seorang pelajar 'nakal' di Universiti itu, menjemput aku masuk ke kelasnya, dan bertemu dengan guru bahasa Inggerisnya. Sampai hari ini, aku tidak lupa akan 'keterkejutan pensyarah tersebut'. Memang waktu tu, accent British aku terlalu kuat. Jadi memang tak boleh nak buat apa... Akhirnya, aku ada sesi temu ramah dengan pelajar tersebut. Thanks Misya, kerana jemput aku masuk dalam kelas..

Bratsk, masa didepan kedai

Aku selalu 'tidak tahu', wajah sebenar shopping complex di Bratsk ini. Seperti yang aku lihat dalam Ian Wright, semasa di pergi ke Tomsk. Katanya - Bangunan semua nampak sama dari luar, dengan keindahan dan kesenian, kalau dibuat sedemikian, begitu juga kalau didirikan dari batu, maka standard macam chocholate. Aku juga bersetuju dengan beliau, orang di Siberia, memang full of warmth and hospitality, sungguhpun kelihatan macam 'tak mesra dengan orang luar'. Bila dah kenal, mesra dia lebih dari tempat lain.
Bersama Dima, aku, seseorang & Zhenya. Sewaktu bersama mereka, aku diberitahu, bahawa aku satu-satunya orang bukan Russia yang pernah sampai kesini. Sebelum aku, adalah seorang warga Amerika. Seronok berada disana. Pejam celik, dah lama juga aku tak melawat diaorang semua. Kalau ada rezeki, aku ingin kesana tahun ini.

Bersama dengan seorang Putera di St. Petersburg

Putera ini, sebenarnya, patung yang berada dibelakangku.
Aku sendiri sampai ke hari ini, tidak ingat, di Istana yang mana satu. Tapi, kerana aku ingat, bahawa gambar ini diambil oleh sahabat baik aku, Aleksey, jadi aku pasti ini adalah di St. Petersburg. Unless, aku sendiri dah jadi pelupa.. Cuaca yang panas, dan juga silau matahari, menyebabkan mata aku susah nak buka, sebab tu, macam aku tengah kenyit mata... Ini adalah dalam perjalanan pulang ke London, selepas aku khatam kehidupanku di Siberia Russia.

Wednesday, March 16, 2011

Sekolah Menengah Semerah, Batu Pahat, Johor

Sewaktu memberikan ucapan, perkongsian pengalaman kehidupan diluar Negara.
Aku bersama dengan wakil NGO. Menyampaikan taklimat untuk pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Semerah Batu Pahat, Johor. Para pelajar ini datang dari Johor ke MAYC, yang berada disebelah Federal Highway. Seperti biasa, aku tidak pasti apa yang ingin aku ucapkan, jadi ia amat spontan. Aku pinjam pen dari salah seorang ahli KCD, kerana aku rasa lebih selesa bila ada memegang pen, walaupun aku tiada barang sehelai kertas pun. Aku melihat dari sudut semua yang berucap. Maka setelah mendengarnya, aku mengambil pendekatan yang berbeza untuk menimbulkan kelainan.

Ramai dari KCD selepasnya yang datang kepadaku bertanya, kenapa aku tidak menceritakan kisah kepayahan hidup aku di England sebelum ini. Aku pun jawab, tiada sapa yang bertanya, tapi apa yang aku kisahkan kepada pelajar dari SMK Semerah ini, adalah kisah benar. Maka, berpegang kepada prinsip, menjawab apabila ditanya, hanya pada malam tersebut baru KCD mengetahui akan pengalaman lampau aku.

Aku juga mengucapkan tahniah, kerana salah seorang pelajar yang berada dihadapan ku pada waktu tersebut, kemudiannya merupakan salah seorang pelajar cemerlang Negeri Johor.


Selepas bagi ucapan, dapatlah juga cenderahati dari penganjur. Terimakasih juga diucapkan kepada KCD yang mengundang aku. Begitu juga kepada wakil ANSARA yang berada disebelahku.  Bagaimanapun aku juga ucapkan syabas kepada seorang yang datang dari Kelantan, semata-mata untuk bersama para pelajar ini, dan kemudiannya pulang semula ke Kelantan selepas majlis tersebut dengan memandu sendiri. Inilah semangat juang orang lama..

Ploiesti - Romania

Majlis Perkahwinan Ciprian & Diana

Diana sedang menyematkan bunga pada baju ku. Disebelahku adalah teman wanita kepada sepupu Ciprian yang datang dari jauh. Aku sebenarnya yang paling jauh, datang dari luar Romania. Hari aku sampai, Ciprian dan Drago datang menjemput aku dari Airport Bucharest. Aku datang dari Gatwick London. Rasanya penerbangan kali ini, aku naik kapalterbang Hungary. Cuma aku marah, bila tidak dibenarkan ambil gambar di Airport tersebut. Aku juga marah, dengan sikap angkuh imigresen wanita, yang cuba nak cari pasal, asyik belek-belek passport aku, dari depan ke belakang, dan kemudian dia ulang semula 3-4 kali. Memang betul, nak cari pasal.

Nasib jugalah, dalam passport tu, ada puluhan cop negara lain, dan yang paling dia tak leh terima, Stamp dari UK tu, dan juga US & Russia. Maknanya kalau 3 negara besar ni leh terima aku, takde sebab dia nak fikir yang bukan-bukan tentang apa aku nak buat kat Romania. Lagipun, kad jemputan Ciprian memang aku ada bawa bersama just  in case, dia nak tengok juga.. Tapi rekod perjalanan aku bersih, dan Insyallah, aku akan kekalkan begitu dimana-mana negara.

Aku cukup teruja, dijemput ke perkahwinan dia. Memang tak sangka. Kali pertama aku di Romania, waktu aku duduk melanguk kat bus-stop, tak tahu nak buat apa, hanya dengan RM500 dalam poket (100 Pound Sterling), aku tak tahu nak makan apa.  Aku cuma ready minum air paip je, pasal nak ada duit bayar hotel murah. Makan, nasib baik aku tak memilih, jadi aku memang beli roti and butter (dah makanan orang putih pun), untuk makan kat bilik hotel.

Sampai hari ni, aku tak rasa segan mengakui memang aku pergi travel dengan bajet kecil macam kuman. Tapi it is about survival. Sebab tu, masa aku pergi MATTA Fair, aku 'kagum' dengan kesombongan sesetengah agency, dan mereka yang 'gah' nak p tempat orang putih.

Nak pergi melancong, sape-sape ada duit boleh pergi melancong. Tapi nak dijemput ke Majlis Kahwin, dan diterima oleh mereka, itu perkara lain. Itu memerlukan kepercayaan. Dapat duduk di rumah, diterima dalam rumah, itu juga satu pengiktirafan. Jadi aku tak heran kalau orang p melancong. Kalau orang tu dijemput, itu baru aku tabik.

Rasanya, dah ratusan orang tahu cerita tentang bajet RM500 aku ke Romania ni. Cuma apakah yang bermain di minda mereka. Seperti biasa, dia akan mengaitkan perjalanan 'melancongnya dengan dibawa oleh tour leadernya' seolah-olah itu adalah suatu pengalaman pengembaraan. Melancong sedemikian, walau dinegara mana sekalipun, adalah penuh 'kemanjaan'. Aku melalui ranjau yang cukup mencabar. Sebab itu aku cukup 'marah' bagi yang suka menyampuk, menceritakan pengalaman 'melancongnya'.  Melancong dengan dijemput ke hotel bila turun kapalterbang, jauh bezanya dengan aku ni, yang awal-awal dah kena tegur pasal aku kena naik bas, dan tak reti beli tiket. Namun aku bersyukur, ini semua memberi nilai dalam hidup aku. Insyallah, sesiapa yang berminat, aku tak kedekut berkongsi pengalaman..

Tuesday, March 15, 2011

Trafalgar Square

Inilah dia gambar aku kat Trafalgar Square. Inilah juga tempat yang bonda aku, sangat sangat nak tengok burung merpatinya. Aku pulak memang lah lurus bendul. Pergi masa time hujan. Dengan kotor dan basahnya. Tapi sekarang ni burung merpati dah tak banyak sangat rasanya. Demam agaknya. Kat belakang tu British Library, jalan sikit, akan sampai ke Piccadilly. Terus lagi....emm....tak payah cerita la...

Masa gambar ni diambil, aku memang bodoh-bodoh lagi...ialahkan...

Tapi kena rakamkan penghargaan pada rakan ku : Husayn Soyalp seorang Turkist Cypriot dari Cyprus. Banyak yang aku fahami tentang suasana sebelah tempat dia datang. Aku masih teringat lagi, kekecewaan beliau semasa beliau gagal mendapat visa ke US. Selepas merancang macam-macam dengan Adnan. Kata-katanya, in quote : we are not welcome in any country. Memang sedih gila aku tengok muka dia waktu tu. Gambar ini diambilkan oleh beliau.. Wherever you are right now Husayn, I wish you all the best..

Lord Mayor of Liverpool

Tak banyak yang aku nak cerita. Cuma aku leh kata, aku kagum dengan cara penyampai ucapan orang putih ni. Dia akan relate banyak benda. Semasa aku dipanggil untuk hadir majlis dengan beliau (yang aku teramat liat nak datang waktu tu, sebab tu aku pakai sempoi sesangat). Aku tak jangka dia akan memberikan ucapan yang menarik. Lagipun, diakan Datuk Bandar, bukannya orang politik. Dia sempat sebut pasal lampu gantung (chandelier) yang ada kat tengah-tengah ruang makan tu. Katanya - setiap kali lampu tersebut diturunkan untuk dibersihkan, dan kemudian dipasang semula, pasti akan ada skru yang tercicir. Aku pun mendongak ke atas. Memang besar gila lampu tu. So, aku pun gelabah juga, takut kekurangan skru akan menyebabkan lampu tu jatuh kat atas aku. Kelakar juga waktu tu.

Selain dari pasal lampu tu, di tempat dewan makan, ada satu kerusi, diperuntukkan untuk Queen. Tapi rasanya, dah bertahun kerusi tu kosong pasal aku rasa, dia dah lama tak datang jenguk Liverpool ni.

Yang paling aku kagum ialah bila penjaga pintu berdiri tegak, layan semua termasuk lah aku yang teramat sempoi ni. Seperti biasa, sape-sape yang aku rasa nak interview, aku akan selamba je interview, dan paling aku respect, penjaga pintu (dengan full uniformnya, denga tegak berdiri, jawab semua soalan aku, dan setiap ayat, akan disudahi dengan perkataan 'SIR'). So, tak lah aku ni dijajahkan. Mat Salleh yang panggil aku Sir, dan bukan sebaliknya.

Daun pintu hanya akan dibuka sebelah sahaja (yang sebelah kanan). Tahu kenapa?

Semasa di Denham

Aku kurang pasti nama restoran ini, tapi aku tidak lupa akan tempat kami selalu berkumpul. Selalunya di Spanish Restaurant ini. Ini semua gara-gara Manuel yang selalu sangat promote makanan Sepanyol. Aku tidaklah gemar sangat pun, pasal banyak 'pantang-larangnya', tapi memandangkan hampir kesemua rakan-rakanku gemar pergi restoran ini. Aku pun turut serta. Aku lebih suka ke Gallipolli, berdekatan Station Underground Angel (Northern Line), tapi biasalah, nak ke Central London, memanglah amat perit pasal terlalu jauh dari Denham ini. Hendak lagi, bila kita orang ni, tak ada kenderaan sendiri, kecuali gadis sebelah aku ini, Charlotte.
Charlotte bersama denganku semasa kami pergi ke Ohio, United States. Dia amat berhajat nak ke Niagara Falls (sempadan Canada & Amerika) - baru je aku tengok dalam siri Covert Affairs kisah orang Iran ini, nak pergi jadi rakyat Amerika, dia sanggup nak meredah Niagara Falls. Pada aku, mungkin aku salah, tapi Canada pun apa kurangnya. Tetapi biasalah kan... Cerita TV... dah namanya cerita TV.. Melihat gambar ni, teringat aku, dah lama sungguh...

Majalah Connection - Buckinghamshire

Gambar majalah Connection dibawah memaparkan aku dan 2 lagi, penghias majalah, yang sudah semestinya amat aku kenali. Sewaktu diberitahu bahawa Connection mahukan berita dari aku. Aku kurang pasti, apa yang menjadi bahan berita bagi majalah tersebut. Malahan, aku sendiri tidak pasti kenapa gambar aku berbaju polo biru itu yang diambil. Bagaimanapun aku berterima kasih pada Connection, dan juga pada rakan-rakan ku yang turut sama menghebahkannya. Sayangnya, di Malaysia ni, Majalah Connection tak ada dijual. Kalau tidak boleh juga aku simpan senaskah dua.

Budapest

Sebenarnya, aku pun tak tahu macamana asal usulnya aku boleh berada di Budapest. Seingat-ingat aku la..waktu dulu-dulu, aku memang lebih biasa ke Bucharest, melihat bandarnya, dan juga keramahan rakyatnya dan juga keindahan viewnya.. Tetapi, bila aku kena jadi 'Homme de Affaires', alih-alih, bukannya dengan Romania, tetapi dengan Hungary. Satu negara yang sebenarnya cukup asing buat aku. Tetapi, bila masa pulak ada negara yang aku memang dah kenal. Ibarat kata pepatah - Tak Kenal Maka Tak Cinta..

Kegemaran aku ialah berjalan keliling bandar sebelah pagi. Pada peringkat awal Hungary nak menyertai Kesatuan Eropah, memang terasa 'keghairahan' di sana. Lebih-lebih lagi pada golongan muda, yang tidak sabar-sabar menanti akan kemunculan 'Greater United Europe'. Golongan lain, sekiranya pada usia senja - adalah golongan terpelajar, dan tidak aku lupakan ialah golongan 'pengamal undang-undang' yang teramat fokus kepada warna hitam-putih. Jadi, mereka beranggapan bahawa memang akan ada pergeseran ataupun friction dari sudut ekonomi dan kedaulatan negara, tetapi ia adalah untuk sementara, sebelum menjadi sebuat Kesatuan Eropah yang kukuh dan perkongsian kekayaan.

Pada waktu aku diceritakan sedemikian, aku masih lagi teringat akan artikel yang pernah aku baca sewaktu aku hanya duduk di London dan tidak pernah ke Eropah, iaitu - apakah Kesatuan Eropah perlu bagi negara-negara Eropah Tengah & Eropah Timur. Jawapan penulis British tersebut - Tidak Perlu, malahan ia akan merugikan anggota baru.

Pada tahun 2008, hanya 4 tahun selepas menyertai Kesatuan Eropah, golongan yang amat 'ghairah' pada awalnya merasa kecewa. Golongan Professional yang aku temui pun menggelengkan kepala, menyatakan rasa terkilan mereka. Aku tidak akan lupa pada rakan ku yang seorang ni. Seorang professor Engineering yang menyatakan, memang dia sendiri tidak pernah bersetuju. Tapi apakan daya bagi seorang mengatasi suara rakyat yang ramai.

                            Kenalan ku sewaktu di Budapest. Kenalan yang cukup ramah & sabar.

Istana Jepun

Antara tempat terindah sewaktu di Jepun, termasuklah juga di Istananya. Aku masih terbayang keindahana suasana hening pada waktu pagi dan juga kicauan burung semasa berada di Istana tersebut. Terima kasih juga pada Akiko, yang telah membawa aku ke Istana tersebut, dan Mayumi yang datang dari Toyama, dengan menaiki keretapi semata-mata untuk menyertai aku dan Akiko di Istana ini.

Sempat juga bergambar didepan Istana


Tetapi, yang paling menarik adalah Taman Bunga Jepun yang berada di belakangku. Dengan Pokok Bonzai dan juga batu-batu kerikil yang dicorakkan, sampaikan tak dibenarkan berjalan diatas tanah, kerana ukiran-ukiran diatas tanah yang telah dicorakkan boleh rosak. Aku duduk bersila diatas tatami, pada mulanya orang Jepun pun terkejut, pada fikiran mereka, aku akan kekok bila duduk bersila disitu.

Airport Nagoya

Ini adalah gambar kenangan terakhir sebelum meninggalkan Nagoya. Aku hanya sempat berada disana (Nagoya) selama sehari. Perjalanan selama 5 jam yang perlu ditempuh sebelum sampai ke Nagoya sudah cukup membuatkan aku merindui Takayama. Bagaimanapun, kerinduan itu terubat setelah menemui rakan-rakan yang 'dah lama' tak jumpa masa berkumpul di airport.

Sungguhpun bersedih, tapi masih mampu untuk ketawa...
C'est la vie..

Shi Ra Ka Wa Gou

Melihat kembali akan gambar sewaktu aku di Shi Ra Ka Wa Gou, aku masih ingat akan perjalanan yang perlu ditempuhi, dengan kereta, melalui lereng bukit, dan terowong-terowong yang tidak terkata banyaknya..

Namun setelah aku melihat akan perkampungan yang berada dibawah bukit tersebut, aku merasa syukur dan takjub akan keindahan alam, dan bagaimana manusia berjaya mengadunkan keindahan ciptaan Tuhan dengan teknologi moden. Untuk itu, aku rasa bersalah, bila isu reaktor nuklear diwar-warkan, sedangkan selama ini, apa yang telah Jepun pelihara bagi memastikan alam sekitar terpelihara seperti gambar dibawah, mungkin tidak sampai kepihak luar. Perkampungan dibawah adalah sebuah perkampungan moden, yang kelihatan unik kerana binaan rumahnya adalah tradisional. Aku juga merasa amat kagum, bila mengetahui, bahawa rumah tersebut adalah rumah kediaman petani-petani yang bersawah padi dipersekitarannya..

Ini adalah antara tempat yang membuatkan aku ingin pergi ke Jepun semula. Ia cukup indah dan tenang... Moga Tsunami yang melanda, tidak menghapuskan semua keindahan ini..

Sunday, March 13, 2011

Tsunami

Semasa menonton berita berkaitan tsunami, aku menontonnya dari Televisyen Indonesia (RCTI), pada sekitar jam 1 tengahari waktu Malaysia. Aku cuba mencari-cari apakah sudah disiarkan oleh RTM tapi belum lagi. Stesen TV yang lainnya aku tak berapa pasti.

Perkara pertama yang terlintas difikiran ku ialah :
1. Macammana keadaan keluarga angkat ku di Takayama. Aku masih lagi belum menjawap surat yang dikirim oleh mereka

2. Apakah akan berlaku lagi ulangan episod di sebelah sini.

Semasa kejadian di Acheh, aku baru  seminggu tiba dari Moscow. Aku terus mendapat panggilan telefon dari sana, bertanya, samada Malaysia selamat ataupun tidak. Aku mengatakan, Acheh dengan Semenanjung Malaysia adalah jauh, walaupun kelihatan amat dekat didalam peta dunia. Aku tidak menyalahkan mereka, kerana itu adalah budaya pemikiran orang putih. Terlalu cepat untuk 'sekaliguskan segala-galanya'. Tapi tidak lama selepas itu, walaupun didalam penuh keengganan, rakan ku dari Portugal sampai juga ke Singapore, dan aku menemuinya untuk lunch dan dinner di Singapore sebelum aku naik bas balik ke KL pada sebelah malamnya. Dia juga menyatakan perkara yang sama, seolah-olah rantau ini terlalu kecil dan segala-galanya adalah sama.

Memandangkan aku pernah berada di Portugal, Aku menjawab secara analogi. Bahasa Portugis dan Bahasa Sepanyol lebih kurang sama. Tapi, tak mungkin orang Portugis dan Sepanyol suka dikatakan bahawa ia adalah sama. Kerana, kita bercakap soal identiti. Jadi, aku menyatakan, Singapura, Malaysia dan Indonesia adalah sebuah negara berdaulat. Maka, tak boleh orang Eropah 'longgok kan sekali dalam satu mangkuk'. But again, ini adalah double standard mereka. Maka, berkaitan dengan tsunami, mereka beranggapan bahawa seluruh Rantau Nusantara ini sebenarnya tidak selamat. Sebenarnya ini bukan perkara baru, semasa berlakunya kemalangan Bajet Airline Indonesia, rakan-rakan ku yang datang bercuti di Malaysia terus kata, mereka tidak akan naik Air Asia, kerana itu juga adalah bajet airline.

Mungkin kita yang tidak membaca majalah, akhbar mereka tidak akan faham, akan dorongan dari mana yang membawa mereka berfikir (menghukum semua adalah sama) secara demikian. Tapi inilah realitinya minda mereka..

Sekarang, berdasarkan kepada tsunami di Jepun, aku ternanti nanti akan tafsiran warga Eropah..

TP-Link, D-Link or Linksys

Semasa pemasangan streamyx dijalankan, aku dah mula tertanya-tanya, apa yang sepatutnya aku 'rombak' semula. Seperti biasa, lawatan ke Low Yat kena dimulakan semula. Rondaan bermula sejak 3 minggu lepas. Semua yang meniaga kat Tingkat 2, 3 dan 4. Aku akan pergi tanya.

Ramai yang menjual dan ramai yang bercakap, tentang distance range. Aku pula lebih berminat akan stability and security. Pasal aku bukannya nak buka commercial premise, cuma untuk pakai Wi Fi sendiri je. From there, I realise, most 'selling point' diaorang tak lah menjurus kepada keperluan aku.

Cuma ada 3 orang yang memberikan 'taklimat' penuh. Seorang namanya Fiq dari Thundermatch Tingkat 2. Aku puas hati dengan penjelasan panjang lebar, tentang samada Technology N atau G lebih sesuai untuk aku, dan samada aku perlu kepada 150 atau 300. Penjelasan beliau adalah lebih kepada perlu atau tidaknya ia dibeli, kerana Streamyx dah bekalkan Modem Router. Jadi that is good enough. Pada masa yang sama juga, dia mengatakan yang Modem Router Free tu, is 150 Mbps (yang ini beliau tersasar), aku balik rumah, check, it is only 54Mbps.

Aku berjalan lagi minggu satu laginya, dan bertemu Jason, dia pulak kata begitu, tapi aku realise kekeliruan yang terjadi ialah, speed dari pencawang kepada router kat rumah, yang sememangnya aku tak boleh buat apa-apa. Itu diluar dari kemampuan aku untuk pengubahsuaian. Tapi yang aku maksudkan ialah speed dari router ke komputer / laptop kat rumah. Ini yang aku tekankan sangat-sangat.  Ini yang menyebabkan aku tertanya-tanya antara penjelasan Fiq dan juga Jason, dan sebenarnya ada seorang lagi tapi aku lupa namanya. Seorang itu datangnya dari Sabah. Dan yang lainnya, adalah 2 anak gadis - juga dari Thundermatch, satu di Low Yat, dan yang satu lagi di Times Square. Mereka yang menolong menjernihkan kekeliruan yang bermain difikiran aku. Soalan magik aku terjawab bila aku tanya - mana yang paling ramai orang beli - Anak gadis kat Thurdermatch tanpa bertangguh terus jawab - TP Link. (Jawapannnya sama macam jawapan Jason kat Low Yat). Sebenarnya, aku dah pun buat research di internet, akan modem router yang popular dan reliable. Tapi website yang aku tengok kebanyakkannya dari belah-belah kampung aku. So, memang lah diaorang akan pro brand sana macam Linksys.

So, disebabkan itu, akhinya aku pilih juga TP-Link. Dugaan masih belum selesai. Aku kalau dah berjanji, aku kena tepati. Aku kena berpatah balik ke kedai Jason (dia merupakan kenalan lama aku yang berniaga peralatan komputer di Low Yat). Makanya pasal dah berjanji, aku kena beli dari dia. Masa tu, dia kata setting configuration dia akan buatkan. Tetapi, tiba masanya, ada problem line connection. Maka, dengan berat hati, aku terpaksa bawa balik modem router yang masih 'mentah' ni, untuk aku configure sendiri kat rumah. Satu benda, yang aku paling 'maleh nak buek'.  So bermulalah perjalanan aku dengan modem tersebut didalam hujan, seperti biasa, aku parking kereta, dalam jarak sebatu dari Low Yat.

Sempat aku singgah di kedai Usen, terkejut, bila sales girl situ kata, Usen kemalangan, habis sebelah kiri. Aku pun kata, nanti aku telefon dia tanya keadaan dia, nasib baik juga isteri Usen dah ada kat KL. Selepas tu aku sambung singgah Pavilion, jumpa Azlee, dia bertanyakan bila aku nak ambil TV (yang dia nak hadiahkan / pinjamkan), aku kata, nanti dulu pasal, pokok cili yang aku kirim hari tu lebih utama. Selepas itu aku terus nak balik, bertembung dengan Merody, aku kata, nanti kita citer-citer pasal aku nak cepat.  Lucy pun tak sempat aku pergi jumpa tanya khabar. Fikir-fikir balik, ramai juga yang aku kenal kat Pavilion ni.

Memandangkan aku lalu kat Cheras, aku terfikir nak tanya Wan, samada dia meniaga ke tidak, aku tak sempat beli semalamnya. Bila aku lalu, rupa-rupanya, kedai dia dah pindah. So, takpelah, Aku sms bagitau yang kalau dia meniaga di KL semula, harap dimaklumkan.. Dia pun jawab, belum tahu bila datang KL lagi..

Sampai dirumah, bermula la proses aku untuk configure dan setting Modem Router ni. Aku dah menduga, ia akan jadi 'malam yang panjang'. Memandangkan aku ni memang susah nak ikut arahan dalam buku panduan. Aku akan terus memandai-mandai dengan cara aku. Tapi syukur, menjelang 4 pagi, selesai juga. Memang penat sangat. Tapi puas hati lah. Hasil kerja tangan sendiri. So bermulalah era menggunakan TP Link ini. Bila-bila aku jumpa Jason nanti, mesti dia masih segan lagi pasal aku yang configure sendiri Modem Router ni. Tapi tak kisahlah. It is a challenge, and never run away from challenge.

Pasal terlalu letih, aku langsung terlupa appoinment dengan Dentist aku, Dr Nik. Kesian dia menunggu aku. Tapi nak buat macammana, dah memang aku terlupa (agaknya aku dah terlalu meMalaysiakan diri ku kot). Tak pernah lagi dalam sejarah hidup aku buat appointment dan aku juga yang lupa selepas diremind berkali-kali. kat Malaysia ni la baru terjadi. My God, what has happened to me. Mungkin ada banyak pressure dalam fikiran kot, termasuklah kena belajar pasal router configuration secara express. But life goes on ;-)

Saturday, March 12, 2011

DemiGod?

Berbual dengan rakan yang pernah aku tolong akan 'personal relationship'nya membuat aku terfikir, kenapa agaknya dia merasakan dari sudut agamanya, dia mengganggap aku ni Dewa. Memang aku terkejut, betul-betul terkejut. Menemuinya tadi, dia berkata, dia pergi ke kuil bersembahyang, dan mengatakan pada dalam dirinya terhadap dewa yang disembahnya "kau terlalu sibuk untukku, dan kau menghantar dia untukku, jadi aku akan merujuk darinya, supaya aku tahu apa yang perlu aku lakukan, kerana aku percaya, kata-katanya datang dariMu"

Memang aku tergelak besar mendengarkannya tadi. Aku kata pada dia - macam nilah, boleh tak I buat appoinment dengan Dewa yang you sembah tu, supaya I boleh serah file kaunseling you, kat dia. Boleh dia sambung kerja yang I dah buatkan ni. I percaya yang dia dah tak sibuk sangat sekarang ni. Musim perayaan untuk dia dah selesai.

18.03.2011
Aku baru mendapat panggilan dari empunya diri, bahawa dia dihubungi. Andainnya, kerana si dia kesepian. Aku hanya membenarkan separuh darinya, kerana empunya diri membuka ruang pabila menyatakan rasa cintanya didalam Facebook Wall.

Dia kata, masa dia beri 'persembahan' untuk Dewanya, dia kata dalam dirinya. Aku dah beritahu dan aku dah minta. Semua orang nasihatkan aku supaya jumpa Engkau dan minta Kau selesaikan masalah Ku. Tapi nampaknya Kau terlalu sibuk untukku. Jadi, aku berterima kasih pada Wakil engkau.

Lagi sekali aku tergelak besar. Semoga tidak lah jadi sampai macam tu. Katanya lagi ; Kalau aku tulis buku, dia akan jadi orang pertama rekomen pada rakan-rakannya tentang buku 'mengekalkan hubungan perkahwinan', aku tanya, kalau aku tulis buku politik pulak, dia tetap akan rekomenkan pada rakan-rakan..

Memang kelakar. Tapi aku bersyukur, hubungan dia selesai juga dan dia berjaya didalam perjuangannya. So aku bergurau lagi dengannya sambil berkata - sekarang masalah you dah selesai, dah sampai masa untuk I bersara, dan don't worry, I akan serahkan file P&C you pada Dewa yang baru. Dia menggelengkan kepala, katanya - No, I akan buat rayuan pada Dewa I supaya you dikekalkan disini, dibumi, dan di Malaysia, supaya, I senang nak jumpa you untuk rujukan..

Masyallah..apalah lagi yang boleh aku cakap...

*Artikel DemiGod ini ditulis dengan izin dan pengetahuan empunya diri*